Nurul Atiqah Holding Sdn Bhd.: Tutup Butik Rugi RM30 Ribu, Bermula Dropship Jadi Jutawan

Nurul Atiqah Holding Sdn Bhd.: Tutup Butik Rugi RM30 Ribu, Bermula Dropship Jadi Jutawan

Anda ada pengalaman diperlekeh kerana berniaga secara online?

Itu situasi yang dilalui oleh pengasas syarikat Nurul Atiqah Holding Sdn Bhd kerana mahu melakukan transformasi terhadap perniagaan yang dijalankan.

Tindakan itu diambil Nurul Atiqah Kamaruzaman ekoran kegagalan menjalankan perniagaan sebelum fokus menjual tudung Fareha sehingga ke tahap master stokis.

Tutup butik, tanggung hutang

“Saya pernah jadi ejen kosmetik, dobi, menyertai karnival, pasar, booth dan event untuk berniaga serta buka butik, tetapi butik terpaksa ditutup, malah berhutang hampir RM30,000 ketika itu.

“Masa itu saya rasa dah tak nak berniaga, tetapi saya mesti lakukan sesuatu dan cari pendapatan untuk sara anak,” jelas anak kelahiran Sungai Besar, Sabak Bernam ini.

Menurut Nurul Atikah, majoriti peniaga di Sungai Besar menjalankan perniagaan yang diwarisi oleh ahli keluarga.

Mereka juga masih menjalankan perniagaan secara tradisional, hanya menanti pelanggan datang ke kedai.

Perlekeh jual online

“Saya ambil tindakan jual online, kena perlekeh, saya rasa kenapa kena duduk tahap sama, berniaga sebelum ini saya dah gagal, tak kan nak terus dengar cakap orang,” katanya.

Dengan menggunakan wang pencen emaknya, Nurul Atiqah mula berniaga dengan jenama Fareha secara dropship.

Memandangkan pernah berniaga sebelum ini tetapi gulung tikar, Nurul Atiqah menerima pelawaan rakan untuk menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran RichWorks yang disampaikan oleh Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Seterusnya, beliau menyertai Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang mendedahkan peserta dengan pelbagai teknik pemasaran terkini dan sesuai dengan keadaan semasa.

Langkah berani

“Memang seronok, Dr Azizan beri ilmu banyak, tetapi kita pilih. Daripada situ saya ambil langkah berani sewa kedai untuk letak stok. Dr Azizan suruh aktif dan buat live di media sosial.

“Dulu saya juga tak ada ilmu pemasaran, semua berubah apabila bersama RichWorks dengan saya mula buat live, ketahui ilmu kepemimpinan terutama cara nak urus pekerja, ilmu jaga ejen dan perlu restu daripada suami,” katanya.

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Nurul Atiqah menyertai program Spire pada Mac 2020 secara atas talian.

“Saya sertai kelas, anak saya memang atas pangku saya. PKP saya dah ada team, kalau saya kelaut, team juga akan kelaut.

RM1 juta pertama

 “Alhamdulillah, ketika PKP saya dapat capai RM1 juta pertama dan perniagaan mula berkembang serta pekerja saya semakin ramai,” jelasnya lagi.

Bermula dengan hanya dua pekerja, kini syarikatnya mempunyai 12 pekerja, 150 ejen dan 1,000 dropship.

Lebih membanggakan, hasil daripada menuntut ilmu dan melakukan perubahan, pada 2020 syarikatnya mencatat jualan RM11.1 juta meningkat kepada RM17.2 juta pada tahun berikutnya dan menyasarkan RM30 juta pada 2022.

Perniagaan berisiko rendah

Menurut Nurul Atiqah, menjual produk orang lain sebagai dropship adalah perniagaan berisiko rendah dengan menggunakan modal yang kecil malah ada tanpa modal, tetapi sangat menguntungkan.

Tambahnya, beliau tidak perlu mengeluarkan belanja untuk pemasaran yang banyak sebaliknya lebih berfikir mengenai strategi bagaimana untuk menarik pelanggan membeli produk.

Mengulas lanjut, beliau juga tidak menganggap apa dijalankan sekadar perniagaan orang lain, tetapi adalah perniagaan sendiri.

“Walaupun saya jual produk orang, matlamat saya bukan sekadar duit dan jualan malah nak tingkatkan diri dan membantu orang sekeliling. Kalau kita semata-mata jual produk apabila produk tak ada permintaan kita jadi down,” jelasnya.

Sementara itu, menerusi perniagaan yang dijalankan oleh Nurul Atiqah secara tidak langsung memberi peluang dan ruang kepada anak-anak muda di kawasan sekitar menjana pendapatan.

“Kenapa kekal di Sungai Besar, saya asal orang sini, kenapa saya tak buat perubahan di sini?  Kedai di sini dikuasi oleh bukan bangsa kita, kebanyakkan yang turun temurun.

“Mana kita, mana anak-anak muda? Saya dapat buka syarikat di sini, saya dapat bantu anak muda di sini walau bekerja di Sungai Besar, pekerja dah dapat keluar kereta, banyak perubahan dalam hidup mereka,”jelasnya lagi.

Bagi yang berminat untuk mendaftar sebagai dropship dan produk yang ditawarkan boleh layari laman web nurulatiqahholding.com.

Dalam pada itu, Nurul Atiqah menasihatkan kepada mereka yang ingin berniaga tetapi tidak mempunyai modal supaya bermula dengan dropship.

“Siapa cakap kita tak boleh berjaya kalau berniaga produk orang. Alhamdulillah saya berjaya membuktikannya. Kita tak perlu pun ada produk sendiri, yang penting dalam bisnes kita kena ada mentor dan kita mesti rajin menuntut ilmu,” ujarnya. 

Artikel terbaru

Leave a Reply