Nikmat Yang Jarang Dihargai

Nikmat

Siapa ada rasa nak dapat lebih banyak nikmat? Nak lebih kaya? Baca ini sampai habis…

Bersyukur adalah salah satu tanda yang kita sedar bahawa segalanya adalah pemberian daripada Allah SWT dan kita akan sentiasa memerlukan Allah dan bukannya Allah yang perlukan amalan kita. 

Sebenarnya nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kita adalah tidak terhitung banyaknya walaupun yang selalu kita lafazkan mungkin adalah:

“Tiada apa-apa nikmat yang aku miliki”. 

Antara nikmat besar yang kita jarang hargai adalah nikmat dipilih untuk menjadi umat baginda Rasulullah SAW.

KELEBIHAN MENJADI UMAT NABI SAW

1️⃣ SEBAIK-BAIK UMAT 

Umat Nabi Muhammad SAW disebut sebagai sebaik-baik umat 

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ 

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia fasik.
(A-li’Imraan 3:110) 

 2️⃣ UMAT YANG PERTAMA  AKAN MASUK KE DALAM SYURGA 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

 نَحْنُ الآخِرُونَ السَّابِقُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا 

“Kita adalah umat yang terakhir (lahir ke dunia) dan umat yang terdahulu (menikmati kelebihan, ganjaran dan masuk syurga) pada hari kiamat walaupun mereka (umat terdahulu) diberikan kitab (syariat samawi) sebelum kita.
[Riwayat al-Bukhari (836) dan Muslim (855)] 

3️⃣ SEDIKIT AMALAN NAMUN BESAR GANJARAN

( Hadith Riwayat Bukhari 2268)
Dalam hadis yang panjang ini, baginda Nabi SAW telah memberikan perumpamaan amalan umat nabi yang sedikit ini Allah dilipatgandakan pahalanya oleh Allah berbanding umat yang terdahulu.

Sebenarnya ada puluhan lagi kelebihan sebagai umat Baginda Nabi Muhammad saw yang tidak dapat dikongsikan semuanya dalam penulisan ini.

Semua kemuliaan yang kita peroleh sebagai Umat Nabi SAW adalah kerana kasihnya Allah terhadap baginda Nabi Muhammad SAW. Kita juga seharusnya perlu berusaha untuk mengasihi dan mengikuti ajaran baginda.

Bahkan mencintai baginda Nabi SAW juga adalah termasuk dalam aspek kesempurnaan iman.

Daripada Anas RA beliau berkata, Nabi SAW bersabda:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

“Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kamu hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya.”
(Riwayat Bukhari :15).

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kecintaan kepada-Nya dan kekasih-Nya Baginda Nabi Muhammad SAW.

اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىٰ حَبِيْبِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْن

Artikel terbaru

3 Comments

  • norita

    اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىٰ حَبِيْبِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْن
    Aamiin Ya Allaah Ya Mujib Ya Bariq

  • Razlina binti Abu Bakar

    Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yg telah Allah kurniakan pada kita selama ini….semoga Allah terus melimpahkan rahmatnya pada kita semua dengan sentiasa mensyukurinya… Aamin ya Allah.

    Dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya adalah tanda kita bersyukur padanya.

Leave a Reply