NEKAD! Jual Kereta Demi Penuhi Impian Berbisnes

”Isteri mana suka menyusahkan suami? Walaupun suri rumah kalau boleh nak juga ada duit sendiri. Segan juga nak minta duit suami nak beli baju, takut menyusahkan. Apabila luahkan nak mula berbisnes, namun suami tentang sekerasnya. Kebetulan suami tinggalkan rumah pergi kursus 3 bulan, masa ni lah saya mula ambil ‘order’ dari kenalan rapat”

Apa jadi kalau anda berbisnes tapi takde ilmu bisnes yang betul? Kucar kacir, betul? Kalau boleh semua benda dalam bisnes anda nak buat sendiri. Sama seperti kisah Puan Nurul Shafikah yang pada awalnya berbisnes seperti Rashid dan Rashidah. Dia lah kerani, dia lah majikan dan dia jugalah pekerja. 

Tidak ingin terus menerus hidup seperti itu, beliau mula ambil langkah untuk keluar dari permasalahan bisnesnya itu dengan mula mencari Circle dan ilmu bisnes yang betul. Biar rugi sekarang dari rugi di kemudian hari, Puan Shafikah nekad untuk menjual keretanya untuk dijadikan modal daftar ke SPIRE. 

Walaupun terpaksa melalui fasa sukar dalam bisnes, kini Puan Shafikah berjaya tingkatkan sales bulanannya dari RM 25 Ribu ke RM 100 Ribu sebulan. Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya capai sales RM 1 Juta dalam bisnesnya dan membeli kereta idamannya iaitu Vellfire bagi menggantikan keretanya yang pernah digadaikan dulu dan yang paling AWESOME beliau capai semua kejayaan itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)! Tahniah Puan Shafikah! 

Anda kenal mana-mana usahawan yang dah berbisnes tapi masih belum bina bisnes dengan berjaya? Nak kami kongsikan kisah kejayaan daripada 48 Usahawan Jutawan dari anak didik MenThor Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang berjaya capai RM 1 Juta pertama dalam bisnes? Jom sertai Bina Bisnes Berjaya Edisi Your 1st Million Summit pada 26-28 Februari 2021 (Jumaat-Ahad) ini. Ingat tiada yang mustahil, meskipun dalam tempoh mencabar. Ini peluang anda, It’s Now or Never

BONUS UNTUK ANDA! 

RichWorks juga ingin memberi tajaan bimbingan perniagaan Mentorship di RichWorks kepada 10 Usahawan bertuah untuk dilahirkan menjadi jutawan dalam tempoh 6 bulan ke 1 tahun. Syarat untuk mendapatkan tajaan, usahawan perlu memiliki perniagaan sendiri dan jualan sebulan sekurang-kurangnya RM 30,000. Pemohon hanya perlu menghantarkan tulisan tentang cita-cita perniagaan dan aspirasi anda untuk capai RM1 juta pertama. Pemohon yang terpilih akan ditemu ramah oleh pihak RichWorks.

Terima Kasih.

Salam Kejayaan,
Team RichWorks

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Kita Buang Masa Bila…

Kita Buang Masa Bila…

Ya benarlah kata pepatah, masa itu emas. Kita akan buang masa bila… 1/ Kita buang masa bila kita tidak berterus terang dalam berkomunikasi sesama kita;

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Kerja berpasukan yang hebat dapat memberikan impak positif kepada bisnes anda. Ia dapat membuatkan kerja-kerja team dapat berjalan dengan lancar bagi mencapai sasaran dan matlamat