Nampak Simple, Tapi Berapa Sebenarnya Harga Baju Mark Zuckerberg?

Nampak Simple, Tapi Berapa Sebenarnya Harga Baju Mark Zuckerberg?

Anda boleh bayangkan tak bagaimana seorang hartawan seperti Mark Zuckerberg, pengasas Facebook yang memiliki aset berbilion dolar menjalani kehidupannya sehari-harian?

Walaupun memiliki nilai kekayaan yang tak habis tujuh keturunan bak kata orang, beliau bagaimanapun secara luarannya memilih untuk hidup cara bersederhana bersama keluarga tersayang.

Begitu juga dengan penampilannya, Mark dilihat selesa tampil ringkas dengan mengenakan pakaian yang hampir sama iaitu t-shirt setiap hari apabila berhadapan dengan khalayak ramai.

Ketika ditanya mengapa beliau memilih pakaian yang hampir sama setiap hari menerusi satu temu bual pada tahun 2014, beliau menjelaskan bahawa dirinya ingin menjalani kehidupan yang mudah.

“Saya mahukan kehidupan yang mudah. Oleh itu, saya perlu membuat sedikit keputusan terutama sekali berkaitan pakaian yang perlu dipakai setiap hari supaya tenaga saya dapat digunakan untuk perkara yang lebih penting,” katanya.

Namun begitu, walaupun pakainya nampak ringkas tapi sebenarnya harganya bukan calang-calang ya!

Ia bukanlah t-shirt biasa seperti yang boleh didapati di pasar raya. Ternyata baju yang dipakai oleh beliau bernilai $400-$600 dan dihasilkan oleh pereka fesyen terkenal, Brunello Cucinelli. Tak percaya bukan?

Sebenarnya, kebanyakan ikon hebat seperti beliau ini akan mengelak daripada memakai pakaian yang mempamerkan logo sesebuah jenama kerana tidak mahu memberikan publisiti percuma secara tidak langsung kepada mereka.

Itu pilihan beliau. Bagaimana pula dengan anda?

Artikel terbaru

Leave a Reply