Nak Buat Pitch Bisnes Anda? 5 Tips Pitch Buat Usahawan

Nak Pitch Bisnes Anda

Bagi usahawan terutamanya startup berkaitan inovasi dan teknologi, mereka tidak akan lari daripada pitch atau membentangkan bisnes mereka kepada orang lain.

Pitch kepada Venture Capital (VC) atau dikenali sebagai syarikat modal teroka, dalam bilik lembaga pengarah untuk meyakinkan projek anda dan memujuk pasangan agar tak meninggalkan anda bagi mengejar impian melalui bisnes.

Justeru itu, pentingnya pitch seseorang usahawan bagi menarik minat audiens dan menunjukkan bahawa bisnes mereka dapat membawa manfaat besar kepada pengguna.

5 prinsip asas bagi pitch yang power dan menerima suntikan modal :

  1. Pastikan packaging atau pembungkusan yang baik. Idea bisnes anda tidak dapat dipegang maka pastikan apa yang difikirkan diterjemahkan kepada visi yang boleh dikongsikan pada orang lain.

Contohnya, slide pembentangan yang menakjubkan begitu penting sama ada anda suka atau tidak, slide akan menarik banyak perhatian orang. Setiap slide juga prlulah mempunyai tema konsistn yang memperkukuhkan brand anda.

  1. Pitch sendiri. Founder atau pemilik bisnes perlu membuat pitch ini meskipun ada dalam team yang lebih baik bercakap.

Ini adalah hasil dan idea anda dan tiada sesiapa dapat menterjemahkan visi yang dibawa.

  1. Bercerita dengan ayat sendiri. Lupakan perkara standard mengenai analisis pemasaran, competitive advantages dan sebagainya.

Bayangkan umpama seorang kawan bertanyakan apa idea bijak anda? Apakah yang anda akan ceritakan dalam masa 5 minit?

Kemudian rekod video anda bercakap secara bebas dan itulah pitch yang anda nak berikan kerana ia mempunyai logik dan boleh berhubung dengan orang lain.

Orang akan mengingat anda bukannya anda punya mission statement.

  1. Menjadi lumrah manusia untuk mencabar sesuatu perkara. Bila anda sudah menerangkan soal harga dan model revenue yang ada, audiens akan mengeluarkan beberapa sebab orang tidak akan beli dan mendapatkan produk atau servis ditawarkan.

Maka, sebelum kritik atau cabaran dibuat, anda boleh keluarkan sebuah kajian yang kukuh bagi mematahkan hujahan mereka.

  1. Setiap slide anda perlu tanya soalan wajib ini, ‘so what?’. Anda yang menyediakan slid itu, maka jika anda tidak dapat menjawab soalan ini bagaimana pula audiens akan dapat?

Oprah Winfrey berkata mencuba bermakna tidak. Jangan kata – kami akan cuba. Anda tak mencuba tapi anda melakukannya.

Kata dengan tepat dan menarik.

Artikel terbaru

Leave a Reply