Nak Jadi Usahawan Berjaya? Jaga 6P Ini

“Ala, dia tu saja je nak buat havoc, buat perangai, nak publisiti murahan..”

Jaga 6P ini. Sesetengah peniaga sebelum ini ada menunjukkan beberapa perangai yang tak bagus di depan pelanggan.

Di era media sosial dan dunia tanpa sempadan ni, adalah satu kesilapan besar bila seseorang peniaga menunjuk perangai kerana ianya akan mudah tersebar.

Oh ye….mungkin ada yang kata itu publisiti, sesaja nak buat havoc supaya viral. Mungkin, tapi percayalah, viral benda yang buruk ni tak semestinya akan bertahan lama. Datuk Wira Dr Azizan Osman selalu kata “Marketing adalah proses berterusan”.

Tapi marketing perlu dibuat secara penuh etika barulah anda akan dikenang sebagai peniaga yang excellent! Terjerit-jerit di atas meja sambil angkat-angkat kerusi itu bukan marketing beretika namanya.”

Bila jadi peniaga, terutamanya jika anda berniaga secara online, anda tak boleh lari dari menjadi selebriti. Lebih-lebih lagi jika anda selalu upload video di media sosial, atau ada joint venture dengan artis atau sebagainya. Jadi, banyak mata yang akan memerhati mencari salah silap anda!

Kami nak kongsikan dengan anda 6P yang peniaga perlu jaga dalam urusan seharian supaya dapat bantu anda jadi usahawan berjaya.

6P Untuk Anda Jaga:

1. 6P Pertama-Perangai.

Ada orang kata “ikut suka akulah nak buat apa, inikan bisnes aku.” Ye, betul. Jika anda ada hati yang sangat kental dan ada ilmu nak tangani krisis sebaiknya, anda boleh je buat perangai tak senonoh di depan khalayak ramai.

Tak kisah sangat sebenarnya jika perniagaan anda baru ala-ala nak start, bukan orang ramai kenal pun siapa anda, tapi jika perniagaan anda dah maju, baik anda berhati-hati. Ada banyak mata yang memerhati menunggu anda jatuh. Mereka akan saja cari peluang untuk korek perangai buruk anda dan viralkan.

Perangai juga berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda niagakan. Contoh, jika anda berniaga produk berkaitan agama Islam tapi perangai tak selari dengan ajaran agama, payah juga tu. Jadilah peniaga bijak. Sebelum tunjuk perangai fikir dahulu..

2. 6P Kedua-Penampilan.

Ini pun penting. Penampilan peniaga perlu selari dengan apa yang diniagakan. Kalau dah jual ubat kurus, penampilan kita perlulah kurus. Kalau jual produk kecantikan, kita perlulah cantik. Anda mungkin tak nampak ini penting tapi ianya memang sangat penting kerana peniagalah testimoni terbaik produk yang mereka jual. 

Anda mungkin fikir, anda perlu jadi hipokrit dan tak jadi diri anda yang sebenar, tapi percayalah, dalam dunia sekarang, orang suka tengok benda yang baik-baik, contoh jutawan yang kuat agama, jelitawan yang menutup aurat, usahawan yang selalu bersedekah kerana orang ramai sentiasa tercari-cari ikon atau sumber inspirasi

Bukan setakat penampilan pemilik perniagaan sahaja, penampilan pekerja, kakitangan dan kedai juga perlu selari.

3. 6P Ketiga-Percakapan.

Ramai peniaga suka buat online video sekarang ini. Dalam online video ramai yang suka share ilmu, tips, petua, tutorial dan macam-macam lagi. Kami nak ingatkan anda, cakap lah benda yang baik-baik bila anda buat onlive video ataupun live feed.

Video anda tu mudah untuk orang ramai share dan disebarkan. Jadi jika anda cakap benda yang tak elok, tak senonoh, cakap benda yang tak ada ilmu, tak bagus sebenarnya untuk perniagaan anda.

Rancang apa yang anda nak cakapkan. Banyakkan baca buku, belajar dan tingkatkan ilmu atau berkawan dengan orang yang ada banyak ilmu supaya apa yang anda cakap ada isi dan intinya. Bukan setakat cakap-cakap kosong.

4. 6P Keempat-Pergerakan.

Jika anda merupakan peniaga yang dah terkenal, ke mana anda pergi, anda akan diperhatikan. Ke mana anda makan, anda berhibur, anda beriadah, anda belajar, anda membeli belah semua pun akan menjadi perhatian orang ramai.

Terkenal bukan semestinya bermaksud terkenal seluruh Malaysia atau seluruh dunia, terkenal di seluruh kampung anda pun boleh menyebabkan anda menjadi perhatian.

Contoh, anda seorang pengusaha kedai jahit di kampung anda, kat mana anda dapatkan stok barang jahitan dan kenduri kahwin siapa anda pergi pun akan menjadi perhatian. Jadi, berhati-hati. Jika anda ditemui di tempat yang salah, susah juga nanti.

5. 6P Kelima-Pemikiran.

Ada peniaga yang tak kisah nak beritahu seluruh dunia tentang ideologi, fahaman politik, siapa yang beliau sokong, artis mana yang beliau sukar, Ustaz mana yang beliau ikut, suratkhabar apa yang dia rasakan tak bagus, produk apa yang dirasakan tak sesuai dan macam-macam lagi pendapat dan suara hati sendiri.

Tak salah sebenarnya. Terutama di mata kita, tapi ianya akan dilihat sebagai salah oleh pelanggan anda yang berpemikiran berlainan dari anda. Jadi apa yang anda mungkin boleh lakukan ialah untuk kurangkan sedikit kelantangan anda, atau anda boleh cari jalan tengah, atau terus diam dan bercakap perkara-perkara yang neutral sahaja.

Tapi jika anda berani tanggung risiko, boleh je nak kata apa pun.

 6. 6P Keenam-Posting.

Posting anda di media sosial juga penting dalam menentukan kredibiliti anda sebagai peniaga.

Peniaga yang postingnya selalu sendu-sendu, negatif, kutuk-kutuk orang, marah-marah pesaing, adalah tak bagus untuk perniagaan anda. Sedar tak sedar, anda akan tarik pelanggan yang macam anda juga.

Cuba lebihkan banyak sharing ilmu, banyakkan berkongsi kisah inspirasi, yang boleh mengajak orang lain ke arah lebih positif.

Jadikan posting anda sesuatu yang terbaik yang followers atau netizen baca untuk hari ini.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Nak Jadi Usahawan Berjaya? Jaga 6P Ini” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



Leave a Reply

logo richwell