Nak Jadi Usahawan Berjaya? Jaga 6P Ini

Nak Jadi Usahawan Berjaya Jaga 6P

“Ala, dia tu saja je nak buat havoc, buat perangai, nak publisiti murahan..”

Jaga 6P ini. Sesetengah peniaga sebelum ini ada menunjukkan beberapa perangai yang tak bagus di depan pelanggan.

Di era media sosial dan dunia tanpa sempadan ni, adalah satu kesilapan besar bila seseorang peniaga menunjuk perangai kerana ianya akan mudah tersebar.

Oh ye….mungkin ada yang kata itu publisiti, sesaja nak buat havoc supaya viral. Mungkin, tapi percayalah, viral benda yang buruk ni tak semestinya akan bertahan lama. Datuk Wira Dr Azizan Osman selalu kata “Marketing adalah proses berterusan”.

Tapi marketing perlu dibuat secara penuh etika barulah anda akan dikenang sebagai peniaga yang excellent! Terjerit-jerit di atas meja sambil angkat-angkat kerusi itu bukan marketing beretika namanya.”

Bila jadi peniaga, terutamanya jika anda berniaga secara online, anda tak boleh lari dari menjadi selebriti. Lebih-lebih lagi jika anda selalu upload video di media sosial, atau ada joint venture dengan artis atau sebagainya. Jadi, banyak mata yang akan memerhati mencari salah silap anda!

Kami nak kongsikan dengan anda 6P yang peniaga perlu jaga dalam urusan seharian supaya dapat bantu anda jadi usahawan berjaya.

6P Untuk Anda Jaga:

1. 6P Pertama-Perangai.

Ada orang kata “ikut suka akulah nak buat apa, inikan bisnes aku.” Ye, betul. Jika anda ada hati yang sangat kental dan ada ilmu nak tangani krisis sebaiknya, anda boleh je buat perangai tak senonoh di depan khalayak ramai.

Tak kisah sangat sebenarnya jika perniagaan anda baru ala-ala nak start, bukan orang ramai kenal pun siapa anda, tapi jika perniagaan anda dah maju, baik anda berhati-hati. Ada banyak mata yang memerhati menunggu anda jatuh. Mereka akan saja cari peluang untuk korek perangai buruk anda dan viralkan.

Perangai juga berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda niagakan. Contoh, jika anda berniaga produk berkaitan agama Islam tapi perangai tak selari dengan ajaran agama, payah juga tu. Jadilah peniaga bijak. Sebelum tunjuk perangai fikir dahulu..

2. 6P Kedua-Penampilan.

Ini pun penting. Penampilan peniaga perlu selari dengan apa yang diniagakan. Kalau dah jual ubat kurus, penampilan kita perlulah kurus. Kalau jual produk kecantikan, kita perlulah cantik. Anda mungkin tak nampak ini penting tapi ianya memang sangat penting kerana peniagalah testimoni terbaik produk yang mereka jual. 

Anda mungkin fikir, anda perlu jadi hipokrit dan tak jadi diri anda yang sebenar, tapi percayalah, dalam dunia sekarang, orang suka tengok benda yang baik-baik, contoh jutawan yang kuat agama, jelitawan yang menutup aurat, usahawan yang selalu bersedekah kerana orang ramai sentiasa tercari-cari ikon atau sumber inspirasi

Bukan setakat penampilan pemilik perniagaan sahaja, penampilan pekerja, kakitangan dan kedai juga perlu selari.

3. 6P Ketiga-Percakapan.

Ramai peniaga suka buat online video sekarang ini. Dalam online video ramai yang suka share ilmu, tips, petua, tutorial dan macam-macam lagi. Kami nak ingatkan anda, cakap lah benda yang baik-baik bila anda buat onlive video ataupun live feed.

Video anda tu mudah untuk orang ramai share dan disebarkan. Jadi jika anda cakap benda yang tak elok, tak senonoh, cakap benda yang tak ada ilmu, tak bagus sebenarnya untuk perniagaan anda.

Rancang apa yang anda nak cakapkan. Banyakkan baca buku, belajar dan tingkatkan ilmu atau berkawan dengan orang yang ada banyak ilmu supaya apa yang anda cakap ada isi dan intinya. Bukan setakat cakap-cakap kosong.

4. 6P Keempat-Pergerakan.

Jika anda merupakan peniaga yang dah terkenal, ke mana anda pergi, anda akan diperhatikan. Ke mana anda makan, anda berhibur, anda beriadah, anda belajar, anda membeli belah semua pun akan menjadi perhatian orang ramai.

Terkenal bukan semestinya bermaksud terkenal seluruh Malaysia atau seluruh dunia, terkenal di seluruh kampung anda pun boleh menyebabkan anda menjadi perhatian.

Contoh, anda seorang pengusaha kedai jahit di kampung anda, kat mana anda dapatkan stok barang jahitan dan kenduri kahwin siapa anda pergi pun akan menjadi perhatian. Jadi, berhati-hati. Jika anda ditemui di tempat yang salah, susah juga nanti.

5. 6P Kelima-Pemikiran.

Ada peniaga yang tak kisah nak beritahu seluruh dunia tentang ideologi, fahaman politik, siapa yang beliau sokong, artis mana yang beliau sukar, Ustaz mana yang beliau ikut, suratkhabar apa yang dia rasakan tak bagus, produk apa yang dirasakan tak sesuai dan macam-macam lagi pendapat dan suara hati sendiri.

Tak salah sebenarnya. Terutama di mata kita, tapi ianya akan dilihat sebagai salah oleh pelanggan anda yang berpemikiran berlainan dari anda. Jadi apa yang anda mungkin boleh lakukan ialah untuk kurangkan sedikit kelantangan anda, atau anda boleh cari jalan tengah, atau terus diam dan bercakap perkara-perkara yang neutral sahaja.

Tapi jika anda berani tanggung risiko, boleh je nak kata apa pun.

 6. 6P Keenam-Posting.

Posting anda di media sosial juga penting dalam menentukan kredibiliti anda sebagai peniaga.

Peniaga yang postingnya selalu sendu-sendu, negatif, kutuk-kutuk orang, marah-marah pesaing, adalah tak bagus untuk perniagaan anda. Sedar tak sedar, anda akan tarik pelanggan yang macam anda juga.

Cuba lebihkan banyak sharing ilmu, banyakkan berkongsi kisah inspirasi, yang boleh mengajak orang lain ke arah lebih positif.

Jadikan posting anda sesuatu yang terbaik yang followers atau netizen baca untuk hari ini.

Artikel terbaru

10 Comments

  • Nur Shahidah Binti Abdillah

    LEARNING POINT:-
    Nak jadi usahawan yang berjaya perlu ingat 6P:-

    1) Perangai
    -sebagai usahawan kita perlu mempunyai perangai yang baik seperti menjaga adab semasa berbual, jaga tingkah laku untuk memberikan inspirasi pada ramai org dan juga bisnes yang kita lakukan akan disenangi oleh ramai org. Kerana dengan sikap yang kasar sedikit sebanyak boleh memburukkan reputasi perniagaan yang dilakukan samada perniagaan baru nak mula atau dah lama.

    2) Penampilan
    -Penampilan sangat penting dalam pernigaan kerana ramai orang sekarang ni terutama di media sosial suka melihat wanita yang bekerjaya,yang pandai berfesyen, jutawan yang suka sedekah dan selalu cantik dalam penampilan untuk mereka jadikan sebagai sumber inspirasi.
    -Selain itu,jika kita mempunyai pekerja, pakaian pekerja kita pun perlu kemas,cantik supaya menarik pelanggan tertarik dengan perniagaan kita.

    3) Percakapan
    – Sebagai seorang usahawan perlu menjaga percakapan keran di media sosial sangat mudah untuk diviralkan.
    -usahawan yang kongsikan video tutorial,share tips dan sebagainya perlu bercakap dgn baik dan sentiasa tingkatkan ilmu untuk kongsikan pada ramai orang ilmu yang berikan mereka semua manfaat jika menonton.

    4) Pergerakan
    – Sebagai seorang usahawan,kita perlu menjaga pergerakan kita di mana jua kita berada.tidak kira samada perniagaan kita terkenal di malaysia atau di kampung atau orang yang mengenali perniagaan kita jadi kita kena jaga setiap pergerakan kita kerana jika terasalah tempat takut dijadikan viral dan boleh burukkan reputasi perniagaan.

    5) Pemikiran
    – Jika ada topic untuk kita bahaskan contohnya mengenai artis,politik dan sebagainya perlu pandai bercakap samada kita berada ditengah2 atau cakap berlapik kerana pemikiran follower atau pelanggan kita berlainan jadi perlu kita play save.

    6)Posting
    -Posting apa di media sosial sangat penting dalam kredibiliti seorang peniaga.
    -Banyakkan posting cerita mengenai inspirasi,sharing ilmu,kesilapan yang pernah dilakukan supaya follower atau pelanggan kita elak dari buat kesilapan dan mengajak mereka ke arah positif.

    • Team RichWorks

      Terbaik! Terima kasih atas perkongsian Learning Points anda. Jangan lupa kongsikan pada lebih ramai orang. Anda Kaya & Berjaya!

  • Alhamdulillah..p untuk penampilan tu betul² menyentap rasanya sebab kakak saya pun pernah tegur. Ok lepas ni nak ubah lagi baik. Terima kasih untuk semua 6P ✌

    • Team RichWorks

      Awesome! Terima kasih atas comment anda. Semoga bermanfaat!

    • Elsiavena

      Learning Point
      Sebagai usahawan apa yang di fikir, apa yang di rasa, apa yang di katakan akan mempengaruhi tindakan yang di lakukan.. Dengan itu perlu ada guideline untuk jadi usahawan yang berkualiti..

      1. Perangai
      Sebagai usahawan perlu jaga adab dari segi percakapan dan kelakuan agar tidak dilabel sebagai peniaga yang tidak beradab..

      2. Penampilan
      Walaupun sebagai peniaga Online, kena jaga penampilan juga agar tidak kelihatan selekeh dan kemas..
      Ada sesetengah pembeli akan melihat Peniaga dari segi Penampilan..

      3. Percakapan
      Jaga cara percakapan terutama sekali semasa bercakap dengan pelanggan atau semada membuat live stream..

      4. Pergerakkan
      Sentiasa berhati-hati dengan pergerakkan.. Kita tidak tahu ada mata-mata yang sedang memerhati terutama sekali pesaing kepada perniagaan kita..

      5. Pemikiran
      Berhati-hati ketika menyuarakan pendapat apa yang kita fikirkan baik.. Tidak semua orang boleh menerima pendapat atau idea yang kita fikirkan baik.. Diam adalah yang terbaik..

      6. Posting
      Sentiasa jaga adab walaupun hanya sekadar posting di media sosial..
      Lebihkan kepada posting yang berbentuk positif..

      • Team RichWorks

        Terbaik! Terima kasih atas Learning Points anda. Jom kongsikan pada kenalan anda. Semoga dipermudahkan urusan!

  • Ida haryaty

    Peniaga perlu menjaga etika untuk ‘excellent’
    1)PERANGAI
    Perlu dijaga kerana banyak mata
    yang memerhati.
    2)PENAMPILAN
    Penampilan perlu selari dengan
    apa yang diniagakan.
    Kita adalah testimoni produk kita.
    3)PERCAKAPAN
    Buat online video/live, cakap benda
    yang baik share benda yang
    berfaedah.
    Kita perlu meningkatkan ilmu/kawan
    dengan orang yang berilmu.
    4)PERGERAKAN
    Berhati -hati kemana shj kita
    pergi,jangan ditemui ditempat yg
    salah.
    5)PEMIKIRAN
    Berhati – hati ketika menyuarakan
    pendapat.
    Kurangkan kelantanggan, cari jalan
    tengah /diam/bercakap perkara
    yang neuteral.
    6)POSTING
    Posting di media sosial,
    menentukan kredibiliti peniaga.
    ‘Negetif’ akan menarik negitif.
    ‘Positif’ akan menarik ‘positif’.
    *Banayak mata mencari salah/silap kita .

    • Team RichWorks

      Good job! Terima kasih atas perkongsian Learning Points anda. Semoga boleh dijadikan inpirasi untuk lebih ramai orang.

  • Salam. 6p yang diberikan telah dipraktikan oleh saya saya berniaga pasar malam dan sentiasa berdepan dengan pelanggan secara bersemuka. Terima kasih diatas info yang diberikan

Leave a Reply