Nak Berhutang Untuk Bisnes? STOP! Baca Ni Dulu…

Nak Berhutang Untuk Bisnes? STOP! Baca Ni Dulu…

Bergelar usahawan ni sebenarnya risiko untuk terdedah kepada hutang sepanjang proses perniagaan adalah sangat tinggi. Usahawan juga lebih cenderung berhutang dengan pihak bank untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Dalam kes macam ni, hutang dijadikan sebagai medium untuk menghasilkan lebih kekayaan dan sekaligus usahawan yang meminjam akan mempunyai modal yang mencukupi untuk besarkan lagi perniagaan mereka.

Tapi, harus diingatkan pinjaman boleh menjadi produktif, sebagai aktiviti yang akan menjana kekayaan atau ia akan menjadi satu beban kepada peminjam bila tak mampu untuk membuat bayaran balik pada pihak bank.

Dalam perniagaan juga, menjadi satu perkara biasa untuk melakukan transaksi hutang. Kadang-kadang kita berhutang dengan pembekal atau pelanggan berhutang dengan kita. Sekiranya perlu untuk berhutang, pastikan ada perjanjian bertulis yang mana kandungan tertera nilai hutang, tempoh berhutang dan saksi.

Komitmen perlu ada untuk memastikan yang hutang itu dibayar dan bukan bertambah. Jika hutang meningkat, ia boleh menimbulkan masalah terhadap perniagaan, si pemiutang dan melibatkan semua pihak.

Ada kalanya nak tak nak, anda akan terlibat dengan masalah hutang juga sama ada secara sedar atau tidak. Tanda-tanda anda terjebak adalah seperti berikut:

  • Meminjam lagi untuk membayar hutang dahulu
  • Pemiutang sering menekan anda untuk mendapatkan bayaran
  • Bayaran kad kredit dibuat secara minima
  • Penggunaan kad kredit digunakan secara maksimum
  • Terpaksa berhutang untuk membayar bil-bil biasa
  • Anda tidak mendapat kepercayaan untuk diberi pinjaman
  • Semua saudara dan kenalan menjauhkan diri
  • Dan paling dahsyat, simbahan cat merah di dinding rumah!

Mengikut statistik dari Jabatan Insolvensi Malaysia, 5 sebab tertinggi menyebabkan usahawan dan perniagaan mereka bankrap pada tahun 2018 adalah:

  1. Pinjaman Peribadi – 4,636 kes
  2. Sewabeli Kenderaan – 3,392 kes
  3. Pinjaman Perumahan – 1,982 kes
  4. Hutang Kad Kredit – 1,811 kes
  5. Pinjaman Perniagaan – 1,424 kes

Statistik ni pun dah menunjukkan kritikalnya isu hutang dikalangan usahawan. Puncanya dari mana? CASHFLOW! Hakikatnya cashflow tak salah…tapi yang salah adalah diri kita yang tak tahu kepentingan urus cashflow dengan betul.

Berapa bagus pun produk yang anda jual, hebat mana pun brand anda, semua itu belum tentu boleh menjamin bisnes anda dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang kalau pengurusan aliran tunai bisnes anda HANCUR!!!

Jangan risau, sekiranya anda salah seorang yang di atas, maka anda belum terlambat dan tidak bersendirian. Tunjuk ajar dari agensi kaunseling kredit boleh membantu bagi menyediakan pelan penyelesaian antara anda dan pemiutang bagi meringankan masalah hutang anda. Namun anda perlu ada kesungguhan dan berdisplin untuk bertukar bagi membolehkan anda hidup lebih aman.

Artikel terbaru

Leave a Reply