Murid Darjah 4 Berjaya Catat Jualan RM5,000 Sebulan. Apa Marsya Bambam Lakukan?

Marsya Bambam jualan lebih RM5,000

Siapa sangka, kanak-kanak berusia 10 tahun ini dapat memulakan perniagaan malah mencatatkan jualan melebihi RM5,000 pada bulan pertama pada Julai lalu.

Itulah kisah Zara Marsya Adriana Saiful Lizan atau dikenali Marsya Bambam di Facebook yang merupakan murid darjah 4 di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Murni, Kuantan, Pahang.

Bayangkan dengan modal duit raya sebanyak RM94, Marsya bermula sebagai seorang ejen dengan mendapatkan 12 kotak aiskrim jenama Pops Malaya.

Dalam 30 minit, kotak aiskrim itu sudah habis dijual kepada keluarganya. Jualan dibuat makin bertambah hinggakan Marsya berjaya menjadi seorang stokis. Dia mulakan dengan memasarkan dekat keluarga terdekat sebelum diperluaskan kepada orang luar melalui keluarga dan platform media sosial.

Bisnes yang dimulakan pada Julai 2021 saja, Marsya mendapat jualan berjumlah RM5,549.

Bagaimana Marsya Bambam bermula?

Marsya Bambam mula bersemangat dalam bisnes ketika pandemik ini selepas selalu bersama ibunya, Azida Munira Abd. Samad, 38, mengikuti program-program percuma yang RichWorks bersama Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak pandemik.

Dia tahu kepentingan untuk buat orang nampak bisnesnya terutama secara online yang sangat penting ketika ini.

Bayangkan ya juga tiap-tiap malam membuat LIVE di media sosial bagi berkongsikan bisnesnya dan content yang bermanfaat.

Malah setiap hari Jumaat, bagi duit kepada datuk dan neneknya dan membantu orang lain. Dia melakukan bisnes agar dapat membantu orang lain juga.

Bahkan hasil usaha dijalankan, dia berjaya mendapat ramai kenalan baharu, termasuk enam orang ejen di bawahnya yang tinggal di Pekan, Temerloh, Kuantan dan Sepang.

Sementara itu, Azida Munira berkata, dia seboleh mungkin cuba menyokong minat Marsya dan tidak pernah memaksa anak bongsunya itu melakukan perkara yang tidak disukainya.

“Ada yang tanya kenapa biarkan anak buat semua ini, tapi itu memang minat dia,” jelasnya ketika ditemu bual oleh wartawan Kosmo! baru-baru ini.

Sekiranya berminat untuk dapatkan produk dijual Marsya Bambam, anda boleh layari akaun FB @marsyabambam atau hubungi melalui Whatsapp – 016-8368966.

Jika anda ada keinginan untuk memastikan bisnes dijalankan dapat berkembang dan mampu bina bisnes yang berjaya, boleh hubungi RichWorks bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Klik di bawah ini.

Nak Dibantu

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply



Ada sebarang pertanyaan? Anda boleh hubungi Pegawai Khas kami dengan menghantar borang di bawah. Pegawai Khas kami akan hubungi anda dalam masa terdekat.