Muiz Hot Chicken: Bermula Dengan RM800, Kini Sudah Ada 85 Kios

“Saya juga nekad untuk mulakan bisnes pertama sendiri dengan modal RM800,” kata Pengasas Muiz Hot Chicken, Muhamad Muizzuddin Remle.

Menurutnya, selepas menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) beliau mula bekerja dengan ibu saudara sebagai pembancuh air dan mengoreng ayam pada tahun 2013.

“Dari situ saya mula belajar buat ayam goreng yang sedap.

“Pada peringkat awal saya hanya menggunakan periuk nasi untuk menggoreng ayam. Minggu pertama menjual saya menerima banyak aduan, ayam tidak sepenuhnya masak,” jelasnya ketika sesi Titan Summit 2021 yang diadakan baru-baru ini.

Beliau merupakan salah seorang 100 daripada 300 usahawan jutawan yang berada dalam Program Mentoring Richworks (Titanium) dengan menjana jualan lebih RM1 juta setahun.

Kemudian, beliau terbuka hati dengan rendahkan ego untuk belajar bagi pastikan perniagaan diusahakan dapat terus berkembang pada tahun lalu.

“Perkara betul yang saya buat adalah menyertai ‘circle’ yang betul. Saya ambil keputusan tutup kedai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya mula rasa pelik kenapa ahli Titan yang lain dapat tingkatkan jualan mereka berganda dalam tempoh PKP. Saya mula duduk dalam circle, jadi lebih agresif dalam dunia online,” jelasnya.

Menurutnya, bermula daripada satu, kini beliau berjaya memiliki 85 kios pada tahun ini.

Muiz Hot Chicken juga telah berada di pasaran sejak 8 tahun yang lalu iaitu pada 2013.

Dalam pada itu, Muhamad Muizzuddin memberitahu, impiannya untuk memiliki kereta idaman juga berjaya dicapai selepas menyertai bimbingan secara dekat bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Perkara betul yang buat saya sedar adalah apabila saya tulis atau ambil gambar setiap impian.

“InsyaAllah, tindakan itu bagaikan magnet untuk capai sikit demi sedikit impian kita,” katanya yang baru berusia 28 tahun ketika sesi Titan Summit 2021, baru-baru ini.

Mula hanya dengan bergambar dengan kereta orang lain pada 2018 dan selepas 2 tahun saja, usahawan jutawan muda ini mampu membeli kereta impiannya.

Bagi bangsa usahawan yang nak menyaksikan perubahan dan membina bisnes berjaya seperti Muhamad Muizzuddin, hubungi Team RichWorks di talian 019-2442244.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Muiz Hot Chicken: Bermula Dengan RM800, Kini Sudah Ada 85 Kios” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

4 Comments

Leave a Reply