Mueeza Dikasihi Nabi SAW, 5 Fakta Berkaitan Kucing

Mueeza Dikasihi Nabi SAW, 5 Fakta Berkaitan Kucing

Apabila azan berkumandang, dia akan mengiau seolah-olah mengikut serta mengalunkan azan.

Rasulullah SAW amat menyukai sifatnya itu. Baginda juga amat menyayanginya dan selalu membelai serta mengusap tubuh kecilnya yang diselaputi bulu halus.

Itulah Mueeza, kucing kesayangan Nabi SAW.

Kucing Tidak Najis

Diriwayatkan oleh Ali bin Hasan dan Anas bin Malik, menceritakan bahawa, satu hari Nabi SAW berkunjung ke Bathhan, sebuah daerah di Madinah. Baginda menyuruh Anas menuangkan air untuknya ke dalam sebuah bekas.

Anas hanya mengikut permintaan itu. Setelah selesai, seekor kucing datang dan minum air di dalam bekas tadi. Melihat keadaan itu, Nabi berhenti seketika daripada meneruskan wuduk sehingga kucing itu selesai meminumnya. Kemudian barulah Baginda menyambung kembali wuduk hingga selesai.

Anas yang kehairanan lalu bertanya tentang kemusykilannya. Baginda menjawab, “Kucing termasuk dalam binatang peliharaan. Ia tidak dikotori sesuatu. Bahkan ia tidak najis.”

Abu Qatadah menyatakan bahawa Rasulullah pernah memakannya. bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia termasuk dalam haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” (HR at-Tirmizi, an-Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Satu lagi peristiwa yang menggambarkan bahawa kucing itu bukan binatang najis, seperti diriwayatkan daripada Daud bin Saleh at-Tammar dan ibunya.

Suatu hari hamba mereka menghantar semangkuk bubur kepada Sayidatina Aisya. Apabila sampai di rumah Ummul Mukminin itu, beliau sedang solat dan memberikan isyarat agar menyimpannya sesuatu. Bagaimanapun setelah selesai solat, beliau terlupa memakannya.

Ketika itu, datang seekor kucing lalu memakan sebahagian bubur tadi. Barulah Sayidatina Aisyah teringat pada bubur itu.

Lalu beliau membersihkan bahagian yang telah disentuh oleh kucing tersebut dan memakannya.

Ini kerana beliau pernah mendengar Nabi bersabda seperti hadis yang diriwayatkan di atas dan melihat Baginda berwuduk dengan air yang pernah diminum oleh kucing (HR Baihaqi, Abd al Razzaq dan al Daruquthni)

5 Fakta Berkaitan Kucing

1. Kita boleh menggunakan air yang diminum oleh kucing untuk berwuduk.

2. Menurut kajian, pada kulit kucing, terdapat otot yang berfungsi menolak bakteria dan dapat menyesuaikan dengan sentuhan manusia.

3. Permukaan lidah kucing diliputi benjolan kecil yang runcing, bengkok seperti kikir atau gergaji. Ia berfungsi untuk membersihkan badannya melalui jilatan.

Ketika kucing minum, titisan cecair dari mulut kucing tidak menitis dari mulutnya. Jarang sekali ditemui bakteria pada lidah kucing

4. Lidah kucing merupakan alat pembersih yang paling canggih. Permukaannya yang kasar boleh membersihkan dan membuang sisa-sisa bulu mati yang luruh di badannya.

5. Sifat semula jadi kucing yang tidak sukakan air mengurangkan jangkitan bakteria pada badan. Mereka yang biasa membelai kucing dapat mengurangkan stres.

Janganlah kita berlaku zalim kepada binatang. Memberi binatang makanan turut dikira sebagai pahala. Walaupun pada pokok yang buahnya dimakan burung hasil yang kita tanam.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply