Muda-Muda Sudah Banyak Hutang

“Apa yang menyebabkan saya berhutang terlalu banyak satu ketika dahulu? Siap berhutang dengan Ah Long lagi. Masalah saya adalah saya tidak tahu cari duit, saya pandai pinjam je. Tu masalah saya. Instead of hanya pandai pinjam duit dan cuba buat hutang, saya belajar untuk fikir macam mana nak buat duit dan nak bayar hutang.”

“So, macam mana nak bayar hutang ni? Satu, disiplin untuk bayar sikit-sikit, senaraikan semua hutang yang ada. Kedua, start cari jalan belajar, cari ilmu buat bisnes mula dari kecil kalau tak boleh besar dan belajar mesti ada mentor. Kalau takda mentor, kita akan jadi mentol yang terbakar.”  – Kata Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Apa yang anda boleh belajar daripada kata-kata di atas? Setiap orang ada pengalaman masing-masing. Kita yang muda-muda perlu dengar dan belajar dari pengalaman orang lain supaya kita tak tersilap langkah. Ikuti mereka yang sudah berjaya dan yang ‘proven success’.

Ramai hari ini yang muda-muda berhutang dan tak tahu nak selesaikan masalah hutang. Kebanyakan mereka hanya tahu berhutang sahaja, bila tiba masa penguatkuasa nak minta buat bayaran pinjaman, kita sibuk beri alasan macam-macam dan lari-larian dengan kes hutang yang tidak kesudahan.

Tujuan buat bisnes adalah untuk bebas kewangan dan capai yang apa yang nak dicapai dalam hidup, tapi rata-rata anak muda hari ni, belum bisnes, dah mula berhutang sana sini. Jadi, macam mana nak kawal masalah hutang dari awal?

Di sini, kami daripada team RichWorks nak berikan pada anda – 7 Tips Bijak Urus Kewangan Ini. Baca ni sampai habis.

1. Anda perlu buat bajet kewangan peribadi:

a.       50% untuk perbelanjaan tetap (rumah, kereta, utiliti),

b.      30% perbelanjaan gaya hidup (makan di luar, pakaian, melancong),

c.       20% simpan atau laburkan, kalau tak dapat 20 mulakan dengan 5% atau 10%.

2.  Apa yang perlu anda buat adalah berhenti berhutang dan buat pinjaman peribadi (personal loan) dengan institusi kewangan. Kemudian, jangan beli handphone atau perabot secara hutang kerana hampir separuh bayaran balik digunakan untuk membayar kadar faedah. Kalau tak mampu, kami nasihatkan kepada anda supaya tak membeli.

3. Jangan guna kad kredit sekiranya anda tak mampu bayar penuh setiap bulan. Kalau mampu bayar kadar minima saja, itu tanda berbelanja di luar kemampuan. Hutang kad kredit punca ramai rakyat Malaysia muflis. Berhati-hati. Gunakan kad debit. Ada duit baru belanja.

4. Berbelanja di bawah kemampuan. Sekiranya anda mampu beli barang berharga RM200, beli yang berharga RM150 saja. Tidak ada banyak perbezaan kualiti antara kedua-dua barang itu. Jangan terlalu kejar barangan berjenama, anda bayar lebih separuh harga itu untuk iklan.

5. Mula membayar hutang-hutang kecil dulu. Apabila kita dapat bayar hutang kecil, kita akan bermotivasi untuk bayar hutang besar. Sasarkan kita tak ada hutang-hutang kecil. Hutang besar seperti kereta dan rumah mengambil masa nak selesaikan.

6. Sekiranya beli kereta atau rumah, pilih harga yang kita mampu bayar, bukan yang bank atau penjual kata kita layak. Adakala bank kata kita layak membuat bayaran RM1,000 sebulan sedangkan kita tahu kita hanya mampu bayar RM700 saja sebulan. Ukur baju biar la di badan sendiri.

7. Jangan tinggal gaya hidup apabila pendapatan kita meningkat. Contoh, apabila gaji naik RM500, jangan berbelanja lebih. Kekalkan gaya hidup seperti biasa. Ingat, sebahagian kenaikan gaji untuk tampung inflasi. Sekiranya ada lebihan, bayar hutang dan simpan atau labur di mana-mana pelaburan yang mendatangkan dividen tahunan seperti ASB, Tabung Haji dan sebagainya.

Semoga dengan adanya tips ini boleh memberi sedikit manfaat dan gambaran untuk anda supaya tidak berhutang sewenang-wenangnya membazir duit dan menambah hutang terutama bagi mereka yang masih bujang. Kita harus bijak dan fikir dulu sebelum kita berhutang ya.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply