MommyHana: Dulu Jual Mineral Di Tepi Jalan, Kini Pecah Rekod Prajualan Cecah RM1 Juta Kurang Dua Jam

MommyHana: Dulu Jual Mineral Di Tepi Jalan, Kini Pecah Rekod Prajualan Cecah RM1 Juta Kurang Dua Jam

MommyHana, bayangkan prajualan Islamic Audio Device yang merangkumi bacaan al-Quran di Facebook Live mencecah RM1 juta dalam masa 1 jam 32 minit.

Luar biasa bukan? Pasti ramai bangsa usahawan yang mahu meraih jualan yang sedemikian rupa.

Itu adalah kisah kejayaan yang diraih hari ini, namun hanya Puan Hizatulhana Shahadan dan Tuan Mohd Farid Mohamed Sangido menyimpan pelbagai kenangan suka duka membina empayar MommyHana Creative Sdn Bhd.

Jual air mineral, bunga dan pakaian

Ibu kepada dua orang anak itu memberitahu, beliau sebenarnya telah mula berjinak-jinak dalam perniagaan sejak umurnya 18 tahun lagi sewaktu masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Cakap sahaja apa yang saya tidak pernah buat semasa belajar di UIAM. Saya berniaga macam-macam daripada jual air mineral di tepi jalan sehingga jual bunga di tepi longkang,” kongsinya.

Pasangan suami isteri ini pernah melalui pengalaman pahit ditipu ratusan ribu ringgit ketika mahu menjual pakaian kurta.

“Sebelum ini kami berniaga jual kain tudung dan pakaian, masa nak jual kurta kami tak pernah ada kolaborasi, kami ingat senang, kena periksa kualiti jahitan, kami ambil sahaja sesiapa yang boleh jahit, kita bayar duit, tetapi tak boleh nak buat, tukang jahit beri banyak alasan dan lari,” katanya.

Sambung kelas, terus berguru

Menyedari kesilapan dan belajar daripada kesilapan lalu, pasangan ini mengambil keputusan mengikuti kelas bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks.

“Pada 2010, dah mengikuti kelas, tetapi berguru sekejap sahaja dan berhenti. Selepas itu, kami kembali belajar dengan Dr Azizan dengan menyertai Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dan Millionaire Marketing Mastery (MMM).

“Sehingga kini, kami terus konsisten bersama RickWorks,” katanya lagi.

Menurut Mohd Farid antara ilmu yang paling bernilai yang disampaikan oleh Dr Azizan adalah mengenai FOKUS.

Jelasnya bekas jurutera itu, melakukan banyak perniagaan serentak boleh mengakibatkan usahawan itu menjalankan perniagaan yang biasa saja sebaliknya dengan fokus perniagaan boleh menjadi luar biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif MommyHana itu berkata, jika berdepan masalah penurunan jualan maka fokus perlu diberikan kepada cara menaikkan semula jualan tanpa membabitkan aspek yang tidak berkaitan.

“Ini termasuk yang membabitkan pekerja, seorang pekerja mungkin buat banyak tugasan dalam satu-satu masa. Dia yang buat pemasaran, dia juga kira duit. Apabila tak fokus, satu benda pun tak boleh buat,” jelasnya.

“Sebelum ini kami berniaga jual kain tudung dan pakaian, masa nak jual kurta kami tak pernah ada kolaborasi, kami ingat senang, kena periksa kualiti jahitan, kami ambil sahaja sesiapa yang boleh jahit, kita bayar duit, tetapi tak boleh nak buat, tukang jahit beri banyak alasan dan lari,” katanya.

Inspirasi produk MommyHana

Sementara itu, Hizatulhana turut berkongsi bagaimana mereka mendapat inpirasi menghasilkan produk teknologi pendidikan untuk anak-anak yang patuh syariah

“Sebenarnya produk zikir dan selawat itu ada cerita di sebaliknya. Ia bermula apabila anak kedua saya mengalami masalah tidak boleh tidur malam.

“Kami mengalunkan zikir dan selawat dan Alhamdulillah, ia berkesan membantu anak saya untuk tidur nyenyak. Di situlah timbul idea untuk menghasilkan audio device yang ada alunan zikir dan selawat,” jelasnya. 

Intai peluang pasaran luar negara

Melihat kepada sambutan luar biasa produk MommyHana, kini mereka mengintai peluang pasaran di Singapura, Brunei dan Indonesia serta merancang memasuki pasaran Timur Tengah.

Dalam pada itu, pada 2020 syarikatnya meraih RM13.32 juta dan meningkat kepada RM32.8 juta pada tahun lalu dan setakat suku pertama tahun ini jualan mencapai RM5.2 juta dengan sasaran jualan RM50 juta pada 2022.

Lebih membanggakan, MommyHana juga menerima anugerah Superbrands Award pada 2021 serta Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia anjuran Niaga Times. 

Kini MommyHana beroperasi di bangunan empat tingkat di Bandar Setia Alam dengan 38 pekerja bahagian pengurusan dan 60 team sales serta 40,000 dropship.

Bagi yang berminat menambah pendapatan atau mendapatkan produk MommyHana anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web http://www.mommyhana.com

(ends)

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply