Peniaga ketika ini perlulah membetulkan mindset atau penetapan minda mereka agar terus kekal positif dalam tempoh ini. Mindset peniaga semasa PKP perlulah dijaga dengan baik kerana ia dapat mempengaruhi kepada usaha dan tindakan anda.
Walaupun dalam situasi semasa berikutan terdapat halangan dan kekangan ekoran prosedur operasi standard (SOP) dengan pergerakan terbatas, peniaga tak boleh biarkan mindset dalam keadaan negatif.
Masalah atau halangan dihadapi bukannya titik noktah buat peniaga itu, tapi sebagai permulaan bagi jalan baru untuk dilakukan yang mempunyai pelbagai kemungkinan lain.
Sudah terbukti, ramai usahawan terutama yang bersama RichWorks dapat mengharungi tahun 2020 dengan PKP mencatatkan kejayaan dan pencapaian luar biasa.
Justeru itu jika berasa tekanan dan kemurungan, jangan biarkan ia membuatkan anda memasuki lorong gelap hingga memusnahkan kehidupan.
Apabila tak tahan dengan tekanan, timbul suara-suara yang berbisik untuk membawa anda yang berdepan masalah ini menyelesaikan kekusutan dengan cara mudah, bunuh diri.
Sejumlah 465 cubaan kes bunuh diri dilaporkan dan menerima rawatan di Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tempoh Januari hingga Julai 2020.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba memberitahu, bagaimanapun data itu adalah merujuk kepada kes yang menerima rawatan di fasiliti kesihatan KKM sahaja dan bukan disebabkan oleh impak pandemik Covid-19 semata-mata.
“Sebanyak 9,502 kes yang merujuk secara khusus kepada bilangan kes gangguan mental dan tingkah laku bunuh diri yang telah discaj daripada hospital KKM, dicatatkan sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2020,” jelasnya di Dewan Rakyat sebelum ini.
Sehubungan itu, sebagai peniaga kita perlu menjaga mindset bukan hanya pada diri, malah bagi team anda. Sentiasa berhubung dan bertanya kabar terutama bagi bisnes yang beroperasi dari rumah (WFH).
Ketahui keadaan mereka, sihat dari segi fizikal dan mental, dengar permasalahan mereka dan berikan sokongan serta bantuan yang diperlukan agar mereka tidak keseorangan dan dapat menjalankan tugas dengan baik.
Kejayaan bermula daripada mindset
Semuanya bermula dengan mindset atau penetapan minda anda untuk nak melakar kejayaan. MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman sering mengingatkan bahwa penting keadaan mindset usahawan itu.
Beliau berkata, 80 peratus bisnes atau kejayaan – apa saja dalam hidup adalah bergantung kepada mentaliti.
“Ia mengenai mindset yang betul dan jelas tentang apa yang nak dicapai.”
“Basically, mindset sangat penting, nak bina apa pun, nak bina bangunan paling tinggi dalam dunia, kalau you ada mindset yang betul, atau sebab yang betul, you akan buat benda tu,” katanya.
Growth Mindset Jawapan Bagi Mindset Peniaga Semasa PKP
Growth mindset dilihat sangat penting bagi peniaga dan usahawan ketika PKP malah untuk bina bisnes berjaya. Ia merupakan pemikiran yang sentiasa mahu tambah baik dan perbaiki lagi tindakan, result bisnes anda.
“Growth mindset adalah anda sentiasa fikir how can you play better? How can you improve better? Kalau anda boleh improve daripada level 1 nak pergi ke 10 ini jauh, boleh improve 1.5 pun, anda adalah lebih baik dari semalam.”
Datuk Wira Dr Azizan Osman
Cuba tanya diri sebentar, adakah aku sudah melakukan semua benda dalam bisnes ini?
Jangan biarkan masalah-masalah menjadi penghalang anda untuk mencapai kejayaan. Dapatkan bimbingan dan ilmu jika tidak tahu bagaimana nak mengatasinya. Lakukan apa yang boleh, yang masih berada dalam kawalan kita ketika ini.
PKP tahun lalu sudah berjaya diharungi, jadi bagaimana dengan PKP 2.0 ketika ini? Teruskan usaha dengan ilmu & bimbingan daripada MenThor yang ada proven results bagi bina bisnes yang berjaya.