Mengapa Anda Perlu Berniaga Di Usia Muda

Berniaga di usia muda

Jutawan Muda! Wah…bestkan kalau kita dapat jadi jutawan muda-muda lagi.

Alhamdulillah, untung jika anda berusia bawah 30-an dan dah mampu kumpul kekayaan sengan perniagaan sendiri. Banyak faedah dan kelebihan yang anda akan perolehi bila anda ada bisnes sendiri ni.

Bukan tu sahaja, anda boleh berbangga dengan diri sendiri jika bisnes anda boleh memberi manfaat kepada orang lain. Lagi pula, anda sedang berdiri di atas usaha anda sendiri. Anda boleh kecapi segala apa yang anda mahu dengan wang yang anda perolehi.

Siapa tak cemburu bila dengan umur yang muda, anda sudah menggapai impian anda, memiliki sesuatu yang orang yang seusia dengan anda belum miliki, boleh kumpul kekayaan sendiri dan bermacam-macam lagi lah.

Berikut adalah sebab-sebab mengapa anda perlu berniaga di usia muda

1) DAPAT KUMPUL PENGALAMAN

Anda patut bersyukur jika dalam usia yang belum mencecah 30 tahun, anda sudah ada bisnes atau baru nak berjinak dalam dunia perniagaan.

Tak kiralah anda jual produk orang atau jual produk sendiri. Anda pasti tahu, nak berniaga ni, tak semestinya perlu ada bisnes sendiri.

Mulakan kecil-kecilan dengan menjadi agen atau stokis untuk mengumpul modal. Lepas dah cukup, anda binalah produk anda sendiri, boleh? Siapa kata dengan jual produk orang, anda tak boleh kaya dan berjaya.

Jangan risau, kami sudah ada proven result yang dengan jual barang orang, anda juga boleh kaya dan berjaya. Paling penting, anda komited, rajin, tekun, berilmu dan tahu cara pemasaran yang betul.

Jadi, sebelum anda buka bisnes sendiri, anda boleh kumpul pengalaman dengan gunakan produk sedia ada dahulu.

2) KEWANGAN YANG STABIL

Bisnes akan berikan kita kewangan yang lebih stabil, JIKA kita pandai uruskan kewangan dengan lebih baik.

Kita cuma perlu tahu berapa kita nak dapat pada bulan itu, dan kita berusahalah untuk capai sales target yang dah kita tetapkan.

Tapi! Jangan boros. Cari ilmu pengurusan kewangan. Anda kan nak pencen awal, supaya dapat menikmati hidup dan buat apa yang anda nak buat lebih awal.

3) MEMINIMUMKAN RISIKO

Dalam pelaburan, perniagaan atau kehidupan secara umumnya, anda boleh minimumkan risiko rugi dan ‘tutup bisnes awal’.

Jika anda buat kesilapan dalam bisnes, seperti pelaburan yang kurang baik, anda ada lebih banyak masa untuk perbaikinya dan belajar dari kesilapan tersebut.

Anda juga mempunyai aset yang kurang dan tidak terikat seperti orang berumur lebih tua. Ia bermakna, anda akan lebih cepat sesuaikan diri dan sekiranya pelbagai cabaran datang di masa depan, anda tidak lagi terkejut dan boleh selesaikan dengan hati yang tenang.

Di usia yang muda ini, jika anda hadapi risiko dan gagal dalam bisnes, anda dilihat sebagi kurang berpengalaman dan ilmu.

Untuk atasinya, anda boleh pergi mencari ilmu dan mentor untuk tunjukkan anda cara yang betul dan benar.

4) ANDA ADA BANYAK MASA

Semangat dan keinginan orang muda biasanya lebih kuat jika nak dibandingkan dengan orang yang dah melepasi umur 30-an.

Mereka biasanya lebih positif, produktiviti yang lebih tinggi dan mereka lebih banyak enjoy ketika berkerja. Mereka bukannya tak bekerja, tetapi mereka bekerja dalam keadaan yang tidak stress dan enjoy dengan dengan kerja yang mereka lakukan.

Kadang-kadang, mereka juga suka bertindak tanpa berfikir panjang dan suka menghabiskan duit dengan perkara yang tak berfaedah.

Apa kata anda kurangkan aktiviti hiburan anda. Anda masih ada banyak masa untuk berhibur dan masih banyak peluang menanti anda kerana anda masih muda.

Jika anda terlalu leka, anda mungkin cepat untuk naik dan cepat juga untuk jatuh.

5) INI BUKAN YANG TERAKHIR!

Anda mungkin ada terfikir mengenai banyak kemungkinan bila dah ada bisnes. Kerana, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada perjalanan bisnes anda di masa akan datang.

Air ada pasang surutnya, sama juga dengan bisnes. Ada kala anda di atas dan ada masanya anda di bawah. Itu realitinya.

Tak kira sama ada anda berjaya teruskan perjalan ini atau ia hanya separuh jalan, jangan cepat mengalah dan berputus asa. Jangan jadikan bisnes ini yang terakhir dalam hidup anda.

Anda masih muda dan ada banyak masa. Jadikan bisnes ini sebagai permulaan dan sesi pembelajaran bagi anda. Tuntut ilmu dan cari mentor. Mulakan semula kerjaya bisnes anda.

Bila anda berniaga pada usia muda, anda ada lebih banyak peluang untuk menuntut ilmu dah buat tindakan. Anda ada tenaga yang kuat, dan akal fikiran yang masih muda untuk belajar dan buat banyak perkara.

Jika anda gagal pun, anda akan lebih cepat bangkit kembali dan buat lagi.

Artikel terbaru

Leave a Reply