Mengapa Graduan Menganggur?

graduan

Pengangguran merupakan isu yang sentiasa diperkatakan setiap tahun apatah lagi melibatkan graduan baru tamat pengajian.

Banyak faktor-faktor dalaman mahupun luaran menyebabkan pengangguran berlaku termasuk sikap & keupayaan graduan itu sendiri, kelulusan mereka tak bersesuaian dengan permintaan industri, keadaan ekonomi semasa dan pandemik yang kita hadapi ketika ini.

Tapi apakah sebab diberikan graduan itu sendiri?

Mengikut laporan Sistem Kajian Pengesanan Graduan, Kementerian Pengajian Tinggi 2019, daripada 41,161 graduan belum bekerja, sebab paling tinggi mereka belum bekerja adalah masih mencari-cari pekerjaan dengan 67.1%, diikuti berehat/bercuti/melancong (11.8%), menunggu keputusan/tawaran melanjutkan pelajara (6.2%) dan tanggungjawab terhadap keluarga (4.9%).

Selebihnya dengan peratusan kecil disebabkan pekerjaan tak sesuai, kurang keyakinan diri untuk memasuki alam pekerjaan, memilih tidak bekerja, tak berminat bekerja, soal kesihatan. masalah komunikasi, tidak dibenarkan bekerja, enggan berpindah ke tempat lain, soal gaji dan lain-lain.

Apapun sebab mereka, sebenarnya masih ada peluang di luar sana yang ditawarkan, cuma mungkin tidak tahu macam mana nak mengambil peluang itu.

Meskipun ketika krisis ekonomi dan kesihatan ini, akan wujudnya peluang-peluang kepada orang ramai termasuk graduan untuk mendapatkan perkerjaan terutama pekerjaan gig mahupun menjadi usahawan.

Peluang bagi graduan untuk menjadi usahawan dan bekerja sendiri sebenarnya begitu luas namun memerlukan mereka menyesuaikan diri dan komitmen untuk menjayakan.

Hilangkan ego dan belajar dengan apa yang dibuat untuk mendapatkan pengalaman dan ‘skill’ diperlukan dalam pekerjaan atau bisnes yang dilakukan.

Graduan kini bukan hanya semata-mata nak mencari kerja sebaliknya mencipta kerjaya sendiri dengan membuat bisnes sendiri. Bukan saja dia dapat menjana pendapatan untuk diri sendiri malah kepada orang lain.

Perkara ini sudah terbukti dan sudah banyak kisah-kisah kejayaan graduan dan anak muda yang memilih untuk melakukan bisnes hingga hari ini menghasilkan jualaan sehingga jutaan ringgit dan membuka ribuan peluang pekerjaan kepada orang lain.

Kajian Kes

Kisah mengenai Tuan Muhammad Asyraf Badrul Hisham, Founder kepada Fiera Design. Beliau bermula pada usia 18 tahun dengan menjual produk orang saja dan pada usia 21 tahun menjadi jutawan.

Semuanya bermula selepas selepas menyertai salah satu program anjuran RichWorks International. Dari situ, dia terbuka hati menjadi usahawan dan mengenali dunia bisnes.

Beliau komited menambah ilmu-ilmu bisnes dan telah pun menjadi circle Titanium untuk mendapatkan bimbingan secara dekat dengan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Jualan yang dilakukan meningkat dengan mendadak. Peningkatan 234% dapat disaksikan pada tahun lalu RM3.2 juta berbanding RM958,000 pada 2018.

Loving Hijab Everyday

Diharap kita dapat belajar sesuatu daripada kisah Tuan Asyraf Badrul ini. Beliau bermula hanya dengan menjual produk orang lain. Bersama kesungguhan dan ilmu bisnes diperolehi disusuli dengan tindakan untuk mencapai kejayaan dan impiannya.

Anda juga boleh menjadi seperti beliau. Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.

Artikel terbaru

Leave a Reply