Memilih Nama Perniagaan

Memilih Nama Perniagaan
Ini adalah bahagian yang paling disukai oleh peniaga!

Tetapi anda perlu tahu bahawa nama perniagaan yang anda pilih perlulah memiliki identiti jenama anda dan tidak jauh tersasar dari produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Anda boleh mendaftarkan nama perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tetapi dalam masa yang sama anda pasti tidak mahu ada orang lain menggunakan nama perniagaan yang sama dengan nama anda.

Anda perlu melindungi nama perniagaan anda dari ditiru oleh orang lain dan dalam masa yang sama anda juga perlu pastikan jenama anda tidak sama dengan jenama orang lain.
Anda boleh Trademark kan nama bisnes dan jenama anda juga anda boleh paternkan produk, packaging, design dan lain-lain yang berkaitan dengan hak cipta dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Jika anda nak kami bantu anda dengan lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh urus bisnes anda, boleh hubungi konsultan bisnes kami di (LINK)