Anda peniaga?
Anda tahu kenapa peniaga perlu banyak membaca? “Membaca adalah jambatan ilmu”. Itulah perkataan yang sering kita dengar sejak mula memasuki alam persekolahan. Bagi seorang usahawan atau peniaga, ilmu penting bagi membina empayar perniagaan dan bersaing dengan peniaga lain.
Jika anda suka baca buku, tidak kiralah apa jenis buku pun, ia amat berguna dalam teknik copywriting perniagaan anda di samping menjadikan anda seorang peniaga yang kompetitif dan tahu banyak perkara, terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan anda.
Bagi anda yang masih lagi ‘kabur’, kami ingin kongsikan kepentingan membaca buku untuk perniagaan anda.
7 kepentingan membaca untuk anda :
- Menambah pengetahuan– penuhkan dada anda dengan ilmu yang berguna dan bermanfaat kerana masyarakat hari ini dahagakan ilmu. Bila anda bernetworking, ilmu adalah penting untuk membina kredibiliti diri anda sebagai peniaga.
- Menjadikan anda peniaga yang banyak ilmu – ada ramai peniaga terlampau sibuk dan tak ada masa nak ambil tahu banyak perkara. Anda tak perlu tahu banyak, tapi memadailah untuk jadi sangat tahu hal-hal berkaitan perniagaan anda.
- Menambah kosa kata – semakin banyak anda baca buku, semakin banyak perkataan baru yang anda perolehi dan ia akan membantu anda dalam penulisan.
- Meningkatkan memori – bila anda baca buku, anda akan ingat ‘content’nya kerana anda boleh kongsikan ilmu tersebut dalam Blog atau Facebook anda. Ramai orang ada masalah lupa pada usia yang muda kerana kurang baca buku. Ini tak bagus untuk peniaga.
- Melatih otak berfikir – dengan membaca buku, ia secara langsung dapat melatih otak anda untuk berfikir dengan lebih mendalam.
- Lebih fokus – bila anda membaca, anda akan lebih fokus kerana anda memberi kosentrasi yang tinggi.
- Membaiki skill menulis – teknik penulisan anda akan lebih mantap dan lebih kreatif dengan ilmu yang anda ada.