Mak Jangan Menangis!

“Mak pernah menangis sebab keluarga diuji dengan kesempitan hidup dan kewangan yang sangat teruk… Ayah telah lama menghadap Ilahi sejak 2003 dan mak tak bekerja…”

Hati anak mana yang tak sayu bila melihat air mata seorang ibu jatuh menitis… Anak yang menghargai ibu bapa takkan sanggup nak biarkan air mata si ibu jatuh ke bumi. Betul kan...

Itulah perasaan Bekas Pegawai Tentera ini, Tuan Mohamad Fahmy Jamil yang telah menamatkan perkhidmatan pada bulan Januari 2020 kerana mahu fokus kepada perniagaannya – Kambing Perap Mr Pepper.

Mak Jangan Menangis!

Bila ada masalah terutama melibatkan kewangan memang boleh buat satu keluarga huru-hara. Hanya siapa yang pernah alaminya yang tahu dan faham betapa stressnya bila hidup bila tak ada duit… Pasti Tuan Fahmy takkan lupa detik melihat ibunya menangis…

Dari situ Tuan Fahmy mula nekad untuk menambah pendapatan melalui bisnes. Dia belajar dari program RichWorks melalui video-video percuma di Facebook dan YouTube Azizan Osman. Kemudian semuanya menjadi lebih jelas bila dia hadir ke program Nak Ubah Hidup Ogos 2019.

Aura dari program yang begitu berbeza menjadikan dia lebih kenal siapa diri beliau, apa kemampuan yang beliau ada dan terus nekad nak buat tindakan.

Yang paling kami terkejut ialah bila melihat peningkatan beliau selepas hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery. Kalau sebelum belajar ilmu marketing, salesnya bawah RM10 ribu sebulan, selepas hadir MMM salesnya dah capai RM64 ribu dengan 152 stokis dan ejen.

Tuan Fahmy juga dah berjaya jadi anak yang paling berjaya dalam keluarga dan bantu keluarga. Dia juga dah daftarkan ibunya untuk menunaikan umrah pada tahun ni… Alhamdulillah. Moga lebih ramai lagi di luar sana dapat memberikan kebahagiaan kepada ibu bapa sementara masih ada. Bagi yang sudah tiada ibu bapanya, banyakkan bersedekah untuk mereka. Moga mereka dimasukkan ke dalam golongan orang beriman dan beramal soleh.

Artikel terbaru

7 Comments

  • Asbiah md Isa

    Big wayg saya ibu dan ayah .baru ni ayah saya sakit .tapi kami adik tak cukup duit .sampai jual tanah nak bawa pi hospital pakar .tu sebab saya daftar EliteX .

    • Team RichWorks

      Tahniah kerana telah buat keputusan yang terbaik untuk upgrade ilmu dan ubah kehidupan. Semoga dipermudahkan urusan Puan dan tercapai segala impian. Tahniah daripada Team Richworks

  • Trinita

    Kisah benar yang sangat menginspirasi kehidupan sy,karena kisahnya sama dengan kisah hidup sy.Sy pun nak mengubah kehidupan sy dan mak serta adik beradik untuk yg lebih baik lagi dan selesa.Mak lah yg menjadi BIG WHY sy untuk mencabar diri sy sendiri menjadi lebih baik daripada yg sekarang.

  • SITI 'AISHAH BINTI NAZRI

    Saya pun pernah alami situasi macam ni, Tapi saya Kadang2 tak ada ke yakinan sikap berani untuk tolong family saya, Saya harap pihak Rich Works boleh bantu saya

  • MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABD RASHID

    Kisah saya sama seperti kisah tuan fahmy. Ayah dah tiada pada tahun 2014, mak tak kerja. Memang betul semenjak isu kes covid-19 di umumkan saya sekeluarga diuji kesempitan dari segi kewangan keadaan menjadi huru hara, tapi saya dan Abang saya mulakan perniagaan dan hajat yang pertama sekali saya ingin bawa mak saya pergi umrah, selepas itu saya nak bantu orang yang susah dan saya nak berikan peluang kepada orang yang dibuang kerja sewaktu kes covid-19 (tiada perkerjaan) .. Saya akan teruskan usaha dan fokus cari ilmu dari Datuk Wira Dr Azizan Osman dan team rich works.

    #Dahmulabuatsampaihabis

  • Lin

    Alhamdulillah, semoga Tuan Fahmy, ibu kesayangan dan semua seisi
    keluarga diberi Rahmat, Taufik, Keberkatan dan rezeki yang berpanjangan.
    Juga, kesihatan yang baik, umur yang panjang dan agama yang mendalam.
    Semoga sentiasa berjaya dan selamat di dunia dan di akhirat. Ameen.

Leave a Reply