Mahu Tinggalkan Kerjaya Tetap & Menjadi Freelancer? Ini 5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Menurut tinjauan baru-baru ini, pasaran bebas global (freelance) mempunyai anggaran nilai $1.5 trilion.

Ini bermakna walaupun lebih 12 juta pekerja bebas berdaftar di Upwork sahaja, terdapat pasaran untuk anda sebagai pekerja bebas, tanpa mengira industri anda.

Walau bagaimanapun, jalan itu boleh sukar dan berliku tanpa panduan yang betul. Jika anda mahu memulakan kerjaya baru sebagai freelancer, berikut adalah lima perkara yang perlu anda ketahui:

1.   Tentukan definisi kejayaan

Sebelum memulakan apa-apa kerjaya, anda perlu mempunyai matlamat. Ini akan membantu dalam proses perancangan dan membuat keputusan bagi kerjaya anda begitu juga dalam dunia freelance.

Sebagai sebuah jenama bebas, matlamat anda mungkin adalah untuk mencapai sesuatu tahap dalam perundingan perniagaan, mencapai sasaran pelanggan dan pendapatan tertentu dalam tempoh tertentu atau bahkan mahu mengembangkan kerjaya bebas anda menjadi perniagaan dengan perkhidmatan serta pekerja tambahan.

2.   Ingat bahawa anda menjalankan perniagaan

Ini bermakna anda adalah bos kepada diri sendiri sekarang dan mempunyai perniagaan untuk dijalankan.

Sebagai seorang usahawan, jika anda tidak menganggap kerjaya bebas anda seperti sebuah perniagaan sebenar, maka anda akan menghadapi masalah.

Anda mempunyai beberapa keputusan yang sukar untuk dibuat terutamanya tentang kewangan anda.

Meninggalkan pekerjaan tetap bermakna anda meninggalkan juga pendapatan tetap dan semua faedah. Pendapatan bebas anda perlu mencukupilah bagi menanggung segala bil anda.

Mencipta sasaran pendapatan dari awal boleh membantu membentuk kadar bayaran bagi perkhidmatan anda supaya ia wajar dan berpatutan.

Selain itu, anda perlu konsisten tentang membina pangkalan data pelanggan. Ini memerlukan anda berusaha bagi mencari pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan lama.

Anda mungkin perlu mula menggunakan strategi pemasaran seperti emel dan kandungan yang dijana pengguna, seperti testimoni serta ulasan bagi menarik perhatian mereka.

3.   Tentukan perkhidmatan

Sebarang ketidakpastian tentang kerjaya bebas yang dilakukan boleh menghalang kemajuan anda.

Anda mesti yakin tentang apa yang ditawarkan. Anda tidak mahu bakal pelanggan anda mempunyai sebarang keraguan tentang kesungguhan atau keupayaan anda untuk melaksanakan projek.

Membina portfolio untuk perkhidmatan yang anda sediakan boleh meningkatkan keupayaan untuk menarik pelanggan.

Lakukan seberapa banyak pekerjaan yang anda boleh dan dapatkan ulasan daripada pelanggan terdahulu.  Dengan adanya portfolio, anda boleh mengatur kerja untuk akses yang lebih mudah.

4.   Disiplin

Membina kerjaya sebagai seorang freelancer menuntut disiplin yang sangat tinggi dalam diri seseorang individu.

Sebagai pekerja bebas, anda mesti mengambil langkah sedar untuk sentiasa berada di landasan yang betul dengan projek anda.

Dengan menggunakan sistem penjadualan yang betul, pengurusan masa yang berkesan dapat dicapai dalam kerjaya anda. Ini termasuklah menyusun masa penghantaran buat pelanggan dan juga menyusun waktu kerja anda.

5.   Promosikan perniagaan

Tiada perniagaan boleh berkembang maju tanpa publisiti yang betul. Anda perlu memberitahu orang ramai tentang produk yang dipasarkan. Dengan cara itu, anda boleh memantapkan diri dalam industri dan mendapatkan pelanggan.

Melalui rangkaian perhubungan (networking), anda dapat mengenali mereka yang turut berada dalam industri sama sekali gus dapat mempromosikan jenama freelance anda.

Selain itu, anda juga haruslah manfaatkan media sosial dengan sepenuhnya bagi menaikkan jenama anda.

Di masa kini, terdapat 4.59 billion orang menggunakan media sosial di seluruh dunia. Ini bermakna lebih ramai orang dapat mengetahui tentang produk yang ditawarkan dan lebih banyak peluang boleh datang kepada anda.

Kuncinya adalah sentiasa menghasilkan kandungan yang konsisten dan berkualiti.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Mahu Tinggalkan Kerjaya Tetap & Menjadi Freelancer? Ini 5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

2 Comments

  • Lucy Gawis

    Perkomgsian yang baik serta boleh dijadikan panduan untuk persaraan awal saya. Saya berharap dapat bimbingan dari Richwork sepenuhnya agar saya dapat mencapai impian untuk memjadi usahawan berjaya.

    • Avatar photo
      Team RichWorks

      Alhamdulillah, semoga memberi manfaat kepada Puan dan semua! Puan boleh hubungi team kami bagi mendapatkan bimbingan dan info program Richworks di talian 0192442244 (Cik Hani).

Leave a Reply