Sebagai seorang usahawan anda perlu sentiasa upgrade diri dengan ilmu dan kemahiran yang ada bagi memastikan tidak ketinggalan berbanding pesaing lain.
Apatah lagi, teknologi yang sentiasa berkembang dalam dunia digital masa ini. Namun bagi usahawan semuanya bermula dengan diri anda sendiri.
Sehubungan itu, kami kongsikan beberapa nasihat penting yang perlu usahawan ambil dan hayati bagi memastikan mereka dapat melihat perkembangan yang positif dalam kehidupan mereka.
7 nasihat yang berguna buat usahawan:
1/ Jangan membuat alasan, sebaliknya membuat penambahbaikan
Bila sesuatu dilakukan tidak menghasilkan apa diharapkan, normal untuk memberikan alasan. Namun ianya tidak akan membawa sebarang kebaikan kerana tidak menyelesaikan masalah pun.
Oleh itu, lebih baik daripada beri alasan dengan fokus untuk selesaikan masalah itu. Mungkin ia tidak dapat dibaiki sekelip mata tapi asalkan anda ada buat tambah baik ia akan dapat diselesaikan nanti.
2/ Jangan berhenti ketika penat, sebaliknya berhenti selepas sudah selesai
Anda akan penat suatu masa nanti sebagai seorang usahawan terutama ketika perkara dilakukan tidak berjalan seperti diharapkan.
Bagaimanapun apa yang boleh membuatkan seseorang usahawan itu terus melakukan tindakan dan usahawan dengan adanya sikap ‘persistent’ atau berterusan.
Tidak kira anda penat atau sudah kerja melebihi waktum anda tidak berhenti hingga ia selesai. Pada waktu anda berhenti merupakan hari anada gagal.
3/ Jika anda membantu orang mendapatkan apa yang dimahukan, anda juga akan dapat apa anda mahukan
Bantu orang lain. Bila anda membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan, mereka juga akan lebih membantu anda.
Seperti selalu diingatkan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dengan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).
4/ Jangan terpengaruh dengan orang yang tidak fokus
Sangat mudah sebenarnya untuk kita tersasar daripada laluan untuk membina bisnes yang berjaya.
Justeru itu, perlunya kita elakkan berada disekeliling daripada orang yang negatif dan tidak mempunyai fikiran sama – membina bisnes berjaya.
Bila anda berada dalam circles yang betul, kemungkinan untuk tersasar ke laluan lain agak rendah.
5/Setiap kejayaan seseorang ada bertahun tempoh mereka tidak berjaya
Kebanyakn usahawan berjaya tidak berlaku dalam sekelip mata. Mereka telah berjuang beberapa tahun sebelum itu, alami kegagalan dan kesilapan dilakukan sebelum berjaya.
Sebab itu, jika anda terus berusaha dan tambah baik ilmu sebagai seorang usahawan, kemungkinan untuk anda berjaya akan lebih tinggi.
6/ Bila anda dalam kesusahan tidak bermakna anda gagal
Setiap kejayaan besar memerlukan sesuatu bentuk kesusahan. Tiada benda yang berharga datang dengan mudah, jadi jangan ingat dalam keusahawanan ini mudah.
Anda perlu bekerja keras, berdepan pelbagai cabaran dan rintangan untuk terus maju ke hadapan.
7/ Perkara paling susah dibuka adalah minda tertutup
Meskipun anda hebat berbicara, akan teredapat orang atau klien yang mempunyai minda tertutup, rasa mengetahui semua perkara.
Meskipun anda cuba mendekatinya, sukar untuk mengubahnya. Jangan buang masa anda, pergi ke orang lain.
2 Comments
terimakasih atas ilmu yg dikongsikan..sgt membantu sy utk teruskan usaha walaupun sekarang sy berada dlm tahap yg tidak menampakkkan hasil…in syaa allah sy akan teruskan usaha dan belajar dr kesilapan.
alhamdulillah, sama-sama dan terima kasih atas komitmen yang di berikan..semoga perolah ilme yang bermanfaat untuk tingkatkan sales dan bisnes cik puan