Cristiano Ronaldo beberapa kali menjadi tajuk utama dalam beberapa minggu kebelakangan ini berikutan wawancaranya dengan penyiar British Piers Morgan.
Kini, tumpuannya telah beralih kepada edisi Piala Dunia FIFA 2022, di Qatar, yang berlangsung pada Ahad (20 November).
Sebelum Portugal turun padang dalam pembukaan kejohanan mereka, menentang Ghana pada 24 November (Khamis), Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan.
Bintang Portugal itu mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya manusia pertama yang memecah rekod 500 juta bilangan pengikut di platform media sosial, Instagram semalam.
Memetik laporan Times Now News, Ronaldo merupakan salah seorang atlet sukan paling popular di dunia dan dia juga menerima bayaran yang tinggi di platform tersebut.
Selain Instagram, penyerang Manchester United itu turut mempunyai lebih 105 juta pengikut di laman Twitter manakala di Facebook pula melebihi 154 juta pengikut.
Sebagai bangsa usahawan, apa yang anda boleh manfaatkan melalui Instagram?
1. Kandungan menarik di bahagian BIO
Bila orang pergi ke profile, perkara pertama orang akan nampak adalah bio anda.
Jadi pastikan mereka mendapat first impression yang baik ketika melihat bio tersebut.
Ianya adalah penting untuk mendapatkan kepercayaan orang terhadap jenama anda.
Jika bio menarik, orang akan anggap jenama anda sangat professional dan menjaga kualiti perniagaan tersebut
2. Gambar menarik perhatian
Timeline di Instagram tidak sama seperti di Facebook yang mana di Instagram, gambar berada di atas tulisan (caption).
Gambar yang cantik akan menarik perhatian mereka untuk membaca tulisan anda dan melihat gambar yang lain di profile.
Instagram ada menyediakan pencahayaan (filter) menarik untuk digunakan supaya gambar anda lebih cantik daripada gambar original yang ditangkap melalui telefon.
Selain itu, anda juga boleh gunakan aplikasi edit gambar seperti Canva, VSCO, Lightroom dan banyak lagi. Aplikasi tersebut anda boleh dapatkan di Play Store atau App Store.
3. Perbanyakkan Instagram Story
Instagram story adalah satu fungsi yang dapat hasilkan engagement yang tinggi selain daripada video.
Story ini hanya berdurasi 60 saat sahaja tetapi ia mampu memberikan impak yang besar dalam jenama.
Buat instagram story anda dengan kerap. Dicadangkan anda buat 8 instagram story setiap hari. Ia akan menampakkan suasana jenama anda yang aktif, bersemangat dan nampak ‘hidup’.
Dah dapat idea untuk tambah baik mutu kandungan Instagram anda?
Mana tahu, suatu hari nanti anda akan lakar sejarah memecahkan rekod Cristiano Ronaldo!