Lihat Laman Web Orang Lain

Berniaga jangan mudah syok sendiri. Kena buat sedikit kajian. Mulakan dengan rajin-rajinlah lawati laman web atau media sosial orang lain.

Anda ingin berniaga, tapi tiada idea? Atau anda dah berniaga dan rasa seperti mahu buat lebih lagi tapi tiada idea? Jangan risau… InsyaAllah kami akan bantu anda.

Cara yang terbaik untuk dapat idea memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan ialah dengan melayari laman web orang lain terutama Blog, Facebook dan Instagram.

Banyak idea yang anda akan perolehi seperti idea perniagaan dan juga idea untuk buat promosi, tawaran dan jualan.

Berikut adalah 5 cara untuk dapatkan idea dengan melayari laman web pengguna lain:

1) Cara untuk dapatkan customer – Dengan merujuk website pengguna lain, anda boleh tahu cara nak dapatkan pelanggan. Jadikan blogger atau page yang ramai follower sebagai rujukan kerana mereka sudah ada followers yang tetap. Rajin-rajinlah untuk tengok apa yang pesaing anda buat. Anda sepatutnya jadi lebih inovatif dan buat sedikit perubahan dan gunakan ke atas perniagaan anda.

2) Cara untuk jual barangan – Anda akan tahu teknik atau langkah terbaik untuk menjual barangan dan servis pada customer dengan cepat dan berkesan. Guna teknik yang mereka guna untuk approach pelanggan.

3) Cara mengetahui trend terkini – Biasanya peniaga yang menggunakan media sosial akan sentiasa update dengan trend terkini seiring dengan permintaan pelanggan.

4) Cara promosi barangan – Anda boleh lihat cara mereka buat promosi menggunakan media sosial dan keberkesanannya pada perniagaan. Anda boleh perhatikan pada komen, like dan share status tersebut.

5) Produk dan servis paling banyak permintaan – Anda juga boleh tahu jenis-jenis produk dan servis yang dapat permintaan tinggi dari customer, tetapi produk tersebut tidak available dalam pasaran. Anda mungkin boleh sediakan produk tersebut.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Lihat Laman Web Orang Lain” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Leave a Reply