Leader Berkarisma Menjadi Inspirasi. 3 Sifat Anda Perlu Ada

Leader Berkarisma Menjadi Inspirasi. 3 Sifat Anda Perlu Ada

Apa perasaan anda bila melihat seseorang yang sangat berkeyakinan tinggi, berpenampilan menarik serta memberi layanan yang baik kepada semua orang? Bila dia lalu, auranya sangat terasa. 

Sebagai usahawan, pasti ada terdetik di hati walau sedikit untuk tampil berkarisma seperti beliau.  Karisma adalah unsur yang membuat individu-individu lain percaya bahawa anda adalah seorang yang berilmu, mempunyai kepakaran dalam sesuatu dan seorang yang tulus dan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. 

Bukan sahaja menjadi inspirasi di pejabat, pelanggan juga akan lebih senang untuk berurusan dengan anda. Nak buat sales pun, tak ada masalah kerana mereka percaya dengan kebolehan anda memberikan yang terbaik kepada masalah yang ingin mereka selesaikan.

3 sifat individu berkarisma

1. Keyakinan

Seorang individu yang berkarisma tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam bidang kemahiran yang mereka ceburi dan mampu menyampaikan sesuatu dengan mudah difahami. 

2. Beri perhatian

Orang yang berkarisma mampu memberikan perhatian sepenuhnya kepada orang lain dan membuatkan mereka rasa seperti didengari dan difahami secara keseluruhannya. Mereka memastikan orang yang bercakap sentiasa berasa penting dalam perbualan.

3. Kemesraan

Sifat ini secara semula jadi akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk mempercayai mereka dan ingin menjadi sebahagian daripada yang berada di sekeliling mereka. Begitulah orang yang peramah menjana karisma di dalam diri mereka.

10 langkah meningkatkan karisma di pejabat

Macam mana nak menjadi seorang yang berkarisma dan menjadi inspirasi kepada team di pejabat dan membuatkan pelanggan rasa selesa untuk berurusan?

1. Hilangkan rasa tidak selesa

Halangan terbesar bagi kebanyakan orang yang ingin mengembangkan keyakinan diri mereka adalah dengan mengatasi rasa tidak selesa. Kebimbangan dan kegelisahan adalah perasaan biasa apabila bercakap dengan orang yang anda tidak kenali, terutamanya jika anda tak melakukannya dengan kerap. 

Untuk mengurangkan rasa tidak selesa yang anda alami, praktis bercakap sendirian terlebih dahulu kemudian biasakan berbual dengan orang yang anda berjumpa setiap hari.

2. Jaga nada dan rentak perbualan

Apabila anda teruja, gementar atau tidak berminat tentang sesuatu, kebiasaannya corak pertuturan anda akan berubah-ubah. Praktiskan rentak perbualan dan menjaga nada untuk bercakap secara konsisten. Ini boleh membantu anda mengembangkan nada suara yang lebih yakin dan terkawal apabila berkomunikasi dengan orang lain.

3. Bercakap tentang perkara yang anda suka

Apabila bercakap dengan orang yang anda tidak biasa berbual, cara paling mudah untuk bantu anda bina keyakinan adalah dengan mulakan dengan bercakap tentang perkara yang anda minati. Ini membantu anda mengalihkan perhatian daripada fakta bahawa anda sedang bercakap dengan seseorang yang anda tidak kenali. 

Mempraktikkan cara ini akan membantu anda membiasakan diri bercakap dengan orang baharu dan boleh membangunkan keyakinan jangka panjang.

4. Mendengar dengan fokus

Apabila bercakap dengan orang lain, amalkan fokus mendengar apa yang mereka cakap. Berlatih setiap hari membantu anda terbiasa untuk fokus kepada mereka. Secara semulajadi akan membantu anda memahami dengan lebih baik perspektif tentang perkara yang sedang dibincangkan.

5. Amalkan ‘eye contact’ bila berbual

‘Eye contact’ dalam perbualan menunjukkan bahawa anda berminat untuk mendengar apa yang team atau pelanggan anda sedang perkatakan. Mereka berasa senang dengan perhatian yang anda beri membuatkan timbul rasa kagum dalam diri mereka. 

Jika sukar anda nak kekalkan eye contact, mungkin kerana malu atau sebagainya, tumpukan perhatian pada bahagian lain yang berhampiran mata orang yang sedang berinteraksi dengan anda seperti hidung, cermin mata, kening atau mulut mereka. 

Kurangkan pergerakan anak mata, ini mungkin membuatkan mereka tidak selesa untuk berkomunikasi dengan anda.

6. Tunjukkan minat dengan ikhlas

Gunakan isyarat bukan lisan seperti mimik muka atau bahasa badan untuk menunjukkan minat anda dalam topik yang sedang dibincangkan. Ini membantu orang yang sedang berbual dengan anda merasa dihargai dan lebih bersemangat dalam perbincangan yang sedang berlangsung.

7. Ingat sekecil-kecil maklumat

Ketika bercakap dengan orang lain, cuba untuk mengingati apa yang mereka kongsikan dengan anda. Mungkin nampak kecil pada anda, tapi besar untuk mereka. Jika perlu, ulas semula apa yang diperkatakan agar mereka rasa didengar dan dihargai. Ini menggalakkan mereka untuk bersikap lebih terbuka dengan anda. 

Butiran kecil ini juga membantu anda menyediakan pemula perbualan dengan mereka pada masa hadapan. Sebagai contoh, staf anda nak pergi bercuti pada hujung minggu ini. Anda boleh bertanyakan pengalaman dan keadaan percutiaannya pada hari Isnin akan datang.

Leader berkarisma menjadi inspirasi

Seorang pemimpin perlu memiliki karisma kerana ia memainkan peranan penting dalam memimpin dan mempengaruhi orang lain. Ia mempengaruhi hubungan, motivasi dan pencapaian dalam organisasi. Sifat ini juga membantu memupuk persekitaran yang produktif dan bantu mencapai matlamat yang lebih berkesan.

Artikel terbaru

Leave a Reply