Larry Ellison, Diremehkan Ayah Angkat hingga Jadi Orang Terkaya ke-5 di Dunia

Larry Ellison, Diremehkan Ayah Angkat hingga Jadi Orang Terkaya ke-5 di Dunia

Ketika kecil, ayah angkat Larry Ellison selalu mengatakan kepadanya bahawa dia tidak akan ada apa-apa.

Namun ia tidak menjadi kenyataan. Larry Ellison yang kini berusia 76 tahun membuktikan bahawa beliau juga mampu berjaya.

Pada tahun lalu, beliau merupakan orang kelima terkaya di dunia $71.2 billion. Namun mengikut Forbes setakat hari ini, net worth beliau sudah pun meningkat kepada $100.2 billion.

Pengasasa Oracle, Larry Ellison

Beliau merupakan Founder kepada Oracle, syarikat software kedua terbesar selepas Microsoft meskipun beliau dua kali tidak berjaya menghabiskan pengajian di kolej.

“Saya tidak pernah mengambil kelas sains komputer dalam hidup ini. Saya mendapat pekerjaan sebagai programmer; dengan belajar sendiri. Saya hanya membaca buku dan mula buat programming,” katanya.

Titik perubahan Ellison berlaku bila beliau bekerja bagi syarikat elektronik Ampex, yang mendapatkan kontrak untuk membina database kepada CIA dengan nama kod ‘Oracle’.

Kemudian pada 1977, Ellison dan rakan kongsi, Bob Miner dan Ed Oates mengasaskan syarikat baru, Software Development Laboratories dengan modal $2,000.

Syarikat itu kemudian dijenamakan semula dengan pada 1982 dikenali sebagai Oracle Systems Corp.

Pelanggan pertama Oracle merupakan CIA dan kemudian produk mereka menjadi database paling popular yang pernah dijual. Kejayaan itu menyaksikan Ellison menjadi eksekutif di Amerika Syarikat yang menerima bayaran tertinggi sebelum meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 2014.

“Bila saya mulakan Oracle, apa yang dimahukan untuk mewujudkan persekitaran yang saya dapat seronok bekerja. Ini merupakan goal utamanya.

“Pastinya saya mahu mencari wang untuk kehidupan. Saya tak sangkat untuk menjadi kaya, tidak sekaya seperti ini,” jelasnya kepada Smithsonian Institution sebelum ini.

Kehidupannya berubah berbanding keadaannya ketika zaman kanak-kanaknya di Chicago. Larry Ellison mengumpul kenderaan dan jet peribadi dan memiliki pasukan pelayaran America Cup sendiri.

Beliau juga memiliki portfolio hartanah termasuk kelab golf peribadi di Rancho Mirage, California; $70 juta rumah di Silicon Valley; vila taman bersejarah di Kyoto, Jepun dan keseluruhan sebuah pulau Lanai di Hawai.

Selain itu, beliau juga telah menyumbang beratus juta terutama bagi penyelidikan perubatan dan pendidikan. Larry Ellison menyatakan bahawa dia merancangan untuk menyumbang berbilion lagi.

Jelas di sini, apa yang dikatakan oleh bapa tirinya adalah salah. Kejayaan boleh dikecapi dengan usaha bermula daripada diri kita sendiri, bukannya berdasarkan apa yang dikatakan orang lain.

Artikel terbaru

Leave a Reply