Lari Cukai : Ibarat Keluar Mulut Harimau Masuk Mulut Buaya. 5 kesalahan cukai biasa berlaku

Lari Cukai : Ibarat Keluar Mulut Harimau Masuk Mulut Buaya

Negara mana yang anda tinggal pun, cukai akan dikenakan untuk membantu pendapatan kerajaan. Tak boleh lari cukai, di Malaysia sebenarnya cukai pendapatan berstrukturkan sistem progresif. Ini bermakna, pendapatan yang melebihi angka tertentu dikenakan cukai pada kadar yang lebih tinggi.

Pernah kecoh jugak satu masa dengan kes di mana ramai selebriti tidak membayar cukai pendapatan mereka. Ya walaupun mereka memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit, tapi perkara ni masih terjadi dan pihak berkuasa sedang menyiasat untuk mengambil tindakan selanjutnya. Ini selebriti, macam mana pula dengan anda yang menjalankan perniagaan?

Mungkin anda boleh jawab, “Alaaa…bisnes saya bukan besar mana pun…buat apa nak bayar cukai?” Tak kira bisnes anda besar ke…kecil ke…pihak lembaga sentiasa memerhati dan menyiasat.

Perbuatan mengelak dari membayar cukai adalah masalah besar di banyak negara. Secara jujurnya, mengelak dari membayar cukai adalah perkara terakhir yang anda mahu buat sebab, jika anda tertangkap, denda yang dikenakan memang boleh buat anda pokai teruk!

Lari Cukai : Ibarat Keluar Mulut Harimau Masuk Mulut Buaya. 5 kesalahan cukai biasa berlaku

Jangan lari cukai, LHDN memerhati

Jika anda mempunyai kesedaran tentang betapa tegasnya pihak LHDN dalam isu tidak bayar cukai ini, anda perlu faham dan tahu juga apa kesan buruknya dan bagaimana anda perlu patuhinya.

Bayar cukai sebenarnya bukan bayar cukai dengan kadar yang banyak, tetapi adalah bayar cukai dengan cara yang betul. Ramai usahawan atau individu pilih untuk sorok pendapatan mereka, itu tidak bagus sebenarnya untuk perniagaan.

Ada 5 kesalahan cukai yang biasa berlaku di Malaysia termasuk lari cukai. Adakah anda antara yang tergolong dalam melakukan kesalahan ini?

5 kesalahan cukai yang biasa berlaku :

  1. Memberi nasihat cukai (yang kurang tepat)

Kalau ada kawan atau ahli keluarga anda minta nasihat tentang cukai dan anda kurang pasti tentang perkara itu, adalah lebih baik jika anda minta mereka terus bertanyakan kepada LHDN ataupun sesiapa yang lebih arif dalam hal percukaian.

Mengikut Seksyen 114(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967, adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang membantu/menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai. Jika disabitkan kesalahan, anda akan didenda RM2,000-RM20,000 atau hukuman penjara hingga 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.

  1. Tidak menghantar borang pulangan cukai

Anda mungkin sudah tahu bahawa anda perlu menghantar borang pulangan cukai kepada LHDN pada 30 April setiap tahun (30 Jun bagi mereka yang menjalankan perniagaan). Ini sudah ditulis dalam Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini untuk mengelakkan anda diletak dalam profil risiko tinggi untuk kes pengelakan pembayaran cukai yang mungkin menjadikan anda calon untuk pengaudit cukai untuk mengesahkan pulangan cukai anda. Menurut LHDN, anda boleh diaudit sehingga 5 tahun taksiran, dan tiada had masa untuk pengauditan jika terdapat sebarang penipuan atau cubaan pengelakan cukai. Jadi anda perlu memastikan akaun cukai anda teratur.

  1. Menipu tentang pendapatan anda

Ini adalah kesalahan cukai yang sangat jelas – Anda mengelakkan cukai dengan merendahkan jumlah pendapatan yang anda perolehi. Peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 di bawah Seksyen 113 (1) menyatakan bahawa:

Mana-mana pihak yang:

  1. Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan
  2. Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri/orang lain. Boleh dikenakan denda RM1,000 hingga RM10,000 ribu dan 200% peratus atas cukai terkurang lapor.
  3. Tidak membayar cukai

Satu kesalahan cukai yang CUKUP JELAS tetapi apa yang kami nak tekankan di sini adalah dengan melakukan kesalahan ini anda boleh dihalang daripada meninggalkan negara! Di bawah Seksyen 114 Akta Cukai Pendapatan 1967, sengaja mengelak cukai/membantu orang lain mengelak cukai adalah kesalahan yang boleh dihukum dengan denda sebanyak RM1,000 hingga RM20,000 ribu di atas tambahan 300% peratus kepada cukai yang anda cuba elakkan daripada membayar.

  1. Tidak menyimpan dokumen yang relevan untuk cukai pendapatan

Tahukah anda sebagai usahawan anda wajib menyimpan rekod serta dokumen-dokumen yang berkaitan dengan bisnes anda selama tujuh (7) tahun? Perkara ini dinyatakan di dalam Seksyen 82, Akta Cukai Pendapatan 1967 – Kewajipan Menyimpan Rekod dan Mengemukan Resit.

Pihak LHDN mempunyai kuasa untuk meminta daripada anda penyediaan semua dokumen itu untuk tujuan audit. Kegagalan penyediaan rekod tersebut boleh mengakibatkan anda boleh didakwa di bawah Seksyen 119A, Akta Cukai Pendapatan 1967.

Kegagalan Menyimpan Rekod boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM10,000 ribu ataupun hukuman penjara tidak melebihi tempoh satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.

Susah ke kita nak nak jadi seorang yang sentiasa bijak dan patuh bila berkaitan dengan cukai? Semestinya perlu ada ilmu, sikap dan kesedaran yang tinggi tentang percukaian. Tak semestinya anda perlu jadi seorang yang pakar, cukup hanya dengan faham dan patuh.

Di Richworks, kami mempunyai program khas yang akan mengajar anda tentang cukai pendapatan dan bagaimana anda boleh patuh pada akta yang telah ditetapkan.

Objektif program ini adalah untuk bantu ramai orang faham kepentingan kemukakan cukai pendapatan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan, pastikan anda dapat ilmu untuk patuh kepada cukai pendapatan dan nampak pelbagai manfaat yang dapat diraih jika patuh kepada undang-undang melibatkan cukai pendapatan.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply