Berani melangkah lebih besar 2022. Tahun Baru dengan tindakan luar biasa

Inilah masanya untuk bangsa usahawan berani melangkah dengan lebih besar pada tahun baru ini.

Adakah anda nak terus berada di tahap atau peringkat yang sama kali ini?

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, bagaimanapun keberanian tersebut tidak boleh datang begitu saja tanpa adanya ilmu, strategi dan sistem yang betul.

Katanya, melalui ilmu, strategi dan sistem akan memberikan lebih keyakinan untuk usahawan itu bertindak.

“Siapakah di sini yang mahu lihat bisnes mereka melonjak berkali-kali ganda atau dapat membantu lebih ramai orang di luar sana?

“Saya pasti ramai usahawan mahu, tapi adakah mereka sanggup melakukan apa saja untuk capainya,” katanya.

RichWorks merupakan syarikat latihan dan bimbingan usahawan yang terbesar dan paling berjaya di negara diasaskan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman sejak 2008 lagi. 

Bekerja Keras Sempena Tahun Baru

Tambahnya, tiada perkataan relaks sebenarnya meskipun baru bermula 2022 bagi usahawan yang nak bina bisnes berjaya.

“Lebih baik kita bekerja keras pada awal tahun ini dengan lakukan penambahbaikan dan pembaharuan yang perlu.

“Inilah masanya untuk lakukan tindakan yang signifikan, kecil atau besar bagi bawa bisnes terus berkembang pada awal tahun ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, rasanya masih tak terlambat kami mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh rakyat Malaysia terutama bangsa usahawan.

Tahun 2021 sudah berlalu, pelbagai cabaran dilalui seperti pandemik dan banjir namun kita perlu bangkit semula.

RichWorks ada bersama-sama dengan anda, kami ada kepakaran dalam melatih dan membimbing usahawan yang mana di sini lahirnya usahawan jutawan. Layari binabisnesberjaya.com sekarang.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Berani melangkah lebih besar 2022. Tahun Baru dengan tindakan luar biasa” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

14 Comments

  • NUR FARAH HANIM BINTI RAMAN

    Learning point :
    1.Result Matters-commitment, focus.
    2.Decision and Choice-Clear with what do u archieve.
    3.To the right environment-my circle

    • Avatar photo
      Team RichWorks

      Terima kasih atas komen yang diberikan, semoga segala urusan cik puan Farah Hanim di permudahkan dan dapat bantu lebih ramai orang di luar sana.

  • Isnaini Moin

    ilmu,strategi dan sistem yang betul menentukan kejayaan seorang usahawan.

  • Tiada istilah relaks. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

    • Avatar photo
      Team RichWorks

      Betul sebab bukan senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah. Insyallah dengan ilmu dan tindakan akan membantu untuk berjaya. semoga segala keseluruhan Tuan Khairul di permudahkan.

  • HAMIZA AHMAD

    Tidak bertangguh dalam melakukan pembaharuan dan berani bertindak ke arah yang lebih baik. Bagaimanapun kesungguhan dan keberanian tidak mencukupi tanpa adanya ilmu, strategi dan sistem yang betul dalam perniagaan.

    • Avatar photo
      Team RichWorks

      Betul Cik puan setiap tindakan perlu ada ilmu, dengan ilmu akan bantu kita untuk mengurangkan risiko. Semoga setiap apa yang cik puan lakukan di permudahkan urusan dan mendapat keberkatan untuk bantu lebih ramai lagi orang di luar sana.

  • Nurul Aina Binti Shahar

    Inilah masanya UTK bertindak, jgn ulang kesilapan yang sama, brush up segala skills. Pandang kelebihan/keupayaan diri sendiri tanpa meletak batasnya. Tiada yang mustahil UTK dicapai selagi ada kesungguhan dan keberanian. Wait No More.

    • Avatar photo
      Team RichWorks

      Betul,tindakan dengan ilmu yang akan bantu kita untuk berjaya. Terima kasih atas komitmen yang di berikan.

  • rohaya

    Tahun baru 2022 yang azam dan semangat saya ingin perbaiki racangan perniagaan melalui tambah ELMU yang sy hadiri di MMM seter perlu lebih fokus dan beri komitmen 100%

  • MUHAMAD FAUDZLI

    Tindakan Dengan ilmu yang akan bantu kita untuk berjaya

Leave a Reply