6 Langkah Berkesan Tingkatkan Sale Bisnes Anda

Saya baru nak mula buat bisnes, tapi tak tahu langkah pertama yang saya perlu ambil. Masih stuck tak boleh nak bermula.”

Saya dah lama dah buat bisnes. Tapi baru sekarang nak berjinak-jinak buat online.

Sale kurang lah. Berniaga bagai nak rak.

Anda antara daripada peniaga yang mengalami masalah di atas? Anda ada masalah untuk tingkatkan sale? Anda dah kenal pasti apakah masalah terbesar yang membantutkan perkembangan bisnes anda?

Bagus. Jika anda sudah berjaya kenal pasti, bermakna anda adalah seorang peniaga yang sayangkan bisnes anda dan seorang peniaga yang bertanggungjawab terhadap jihad anda.

Berniaga ada pasang surutnya. Sudah tentu dalam journey perniagaan ada risiko yang tersendiri.

Oleh sebab itu sebagai seorang peniaga anda harus mempersiapkan diri dengan ilmu agar perniagaan anda mampu bertahan dan bertambah maju.

Disini kami kongsikan antara 6 langkah yang boleh digunakan untuk tingkatkan sale bisnes anda:

1.   Branding

Apa itu branding dan kenapa ianya penting?

Branding ataupun penjenamaan merupakan perkara penting yang akan digunakan bagi pemasaran bisnes. Atau lebih mudah ianya dikenali sebagai identiti.

Sudah tentu anda akan menggunakan pelbagai platform untuk memasarkan produk anda. Platform-platform tersebut memerlukan identiti, dan identiti tersebutlah brand anda. Harus diingat juga untuk selarikan semua platform

Brand yang bagus adalah brand yang selalu disebut di mulut masyarakat yang berpotensi untuk menjadi pelanggan. Pemilihan brand perlu dibuat sebaiknya kerana ianya akan digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Ada yang keliru macam mana nak pilih nama brand yang sesuai dengan perniagaan. Persoalan yang selalu timbul adalah “nak guna nama sendiri?” atau “nak guna nama syarikat yang didaftarkan?”

Banyak contoh yang anda boleh jadikan sebagai rujukan antaranya Sabella, Mamasab, Tesco, Panasonic, Colgate, Adidas, dan lain-lain lagi. Apa yang anda boleh belajar melalui branding mereka? Brand yang mudah untuk disebut, ingat dan sentiasa bermain di mulut masyarakat.

Begitu juga dengan bisnes anda. Tidak perlu buat branding yang terlalu extra dan panjang sehingga sukar untuk disebut. Cukup sahaja ianya catchy dan mudah untuk dikenali.

Biar bila orang sebut produk tertentu, terus orang akan ingat brand anda. Itu adalah free marketing untuk perniagaan anda. Ingat, brand adalah identiti yang akan membawa hala tuju bisnes. Bina sebaiknya.

2.   Logo

Dah selesai dapatkan branding, langkah kedua adalah cipta logo untuk bisnes anda.

“Bisnes kecil-kecil je tak perlu lah logo-logo ni”

Buang perspektif itu. Logo merupakan personaliti utama kepada bisnes anda. Apa tah lagi orang yang memang serius nak buat bisnes, logo dah dikira perkara yang wajib ada. Kalau anda tengok semua usahawan yang dah berjaya, semua mempunyai logo bisnes masing-masing.

Apatah lagi bisnes yang telah bertapak lama contohnya Apple, Starbuck, Coca Cola, Google, Facebook dan macam-macam lagi. Semua yang terkenal mempunyai logo brand masing-masing. Sampaikan kita sendiri sebagai masyarakat pun kenal brand mereka walaupun tidak menggunakannya.

Nampak tak bagaimana logo memainkan peranan untuk pemasaran bisnes anda?

Bayangkanlah jika bisnes anda ada penggemar dan pengumpulnya yang setia macam produk Apple, Duck, Naelofar, Mamasab dan lain-lain. Mereka sanggup membeli setiap koleksi oleh kerana pengaruh brand anda. Logo sangat memainkan peranan untuk dilihat serta dikenali oleh orang ramai.

Sebab itu lah pemilik perniagaan sanggup melaburkan duit dengan kos yang agak tinggi untuk menghasilkan logo. Jika anda baru mula nak buat bisnes tidak mempunyai kos yang tinggi untuk cipta logo, anda boleh dapatkan khidmat daripada pereka design dari mana-mana freelancer yanag membuat servis tersebut. Anda boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan sesuai dengan bajet anda.

Kalau anda nak lebih jimat, gunakan kreativiti anda sendiri untuk menciptanya. Tidak perlu design yang terlalu rumit. Cukup sahaja ianya ringkas dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Lebih sentimental dan menjimatkan jika buat sendiri.

Logo juga merupakan salah satu bentuk komunikasi antara brand dan pelanggan. Jika pelanggan tengok sahaja logo anda, mereka sudah tahu apa yang ditawarkan dan apa yang mereka boleh dapatkan dari bisnes anda.

Jadi, tarik perhatian pelanggan dengan logo yang menarik!

3.   Media sosial

Sekarang ini nak buat semua benda hanya di hujung jari. Jadi anda perlu bijak cipta trend pemasaran baru dengan gunakan teknologi yang ada.

Setiap hari tidak lengkaplah jika kita semua tidak online di media sosial milik peribadi. Banyak masa diluangkan dengan telefon bimbit. Malah, ketika nak tidur pun masih ramai lagi yang menggunakan teknologi tersebut. Capaiannya sangat meluas sehinggakan anda boleh dapatkan apa yang anda mahukan hanya dengan sekelip mata.

Jadi, follow trend ini dan gunakan media sosial semaksima mungkin untuk pasarkan brand anda supaya orang kenal produk anda.

Antara platform yang anda boleh gunakan untuk bermula adalah Facebook, Instagram dan Twitter. Anda harus selarikan semua platform media sosial dari segi nama dan perkongsian.

Cuba anda bayangkan berapa ramai bakal pelanggan yang anda akan dapat capai jika anda maksimakan penggunaan kesemua platform media sosial tersebut?

Jadi macam mana dengan langkah gunakan platform media sosial ni untuk pasarkan bisnes anda? Boleh ke boleh?

4.   Kenal pasti audience dan pelanggan anda

Langkah ini perlu diambil berat oleh setiap daripada anda yang mahu mulakan bisnes. Anda perlu ada target audience dan target customer. Orang jual barang pada orang yang ada duit serta mampu beli sahaja.

Bukan semua orang boleh menjadi audience atau target marketing bisnes anda. Jadi apa tindakan yang perlu dibuat?

Anda perlu memberikan fokus kepada target audience anda sebaiknya. Kenapa? Kerana setiap daripada mereka terdiri daripada peringkat umur yang berbeza. Jadi, apa yang mereka inginkan tidak sama.

5.   Content

Content yang baik mampu menjadikan target audience sebagai potential customer. Jika content tersebut mampu menarik perhatian audience, anda dikira berjaya. Tetapi, seberapa ramai yang menjadi pelanggan itulah yang menunjukkan tahap bisnes anda.

Marketing is all  about attention. Cipta content yang dapat menarik perhatian orang ramai, gunakan ia untuk memperkenal brand serta produk anda kepada semua. Dengan cara ini, anda mampu tackle target audience anda dengan menyentuh masalah yang dialami mereka di dalam content tersebut.

Berikan jalan penyelesaian buat mereka. Specific kan apa yang ingin disampaikan

Tidak perlu mempromosikan jualan produk anda di semua content yang dibuat. Content sebegini akan buatkan audience rimas dengan posting anda. Be creative. Gunakan peluang ini untuk buat orang lebih kenal bisnes anda.

Nak lagi mudah, cipta jadual content anda sendiri untuk wujudkan kepelbagaian dalam setiap posting. Dengan cara ini, anda mampu mendapat lebih ramai pelannggan yang berpotensi.

6.   Layanan Terhadap Pelanggan

Langkah terakhir adalah menyediakan servis yang terbaik. Letakkan diri anda di tempat pelanggan. Bagaimana anda mahu penjual memberikan khidmat kepada anda?

Sudah tentu servis yang baik dan laju mampu membuatkan peluang untuk anda close sale sangat tinggi. Bayangkan jika anda tangguh untuk membalas komen dan mesej dari pelanggan anda, sudah tentu mereka akan kecewa dan mencari penjual yang lain.

It’s all about speed. Siapa cepat dia yang dapat. Tingkatkan kualiti servis anda. Berikan yang terbaik buat pelanggan. Dengan servis bisnes anda yang bagus, mereka berpotensi untuk repeat order dan mencadangkan bisnes anda kepada rakan-rakan mereka.

Kesemua 6 langkaah ini sangat berkesan jika anda buat dengan sebaiknya. Bila anda hendak lakukan? Jangan bertangguh lagi. Jadilah orang yang bijak yang bertindak mengikut keadaan. Anda boleh bina bisnes berjaya anda dengan bergaya.

Anda nak belajar lebih lagi? Nak jadi seperti usahawan-usahawan di luar sana yang mampu pecah sale jutaan ringgit? Mereka semua dibimbing dengan ilmu bisnes yang berkesan. Mulakan dari sekarang, cari mentor untuk bantu anda pandu bisnes anda ke alamat yang anda mahukan. Bina Bina Berjaya anda sekarang.

Artikel terbaru

Leave a Reply