Kunci Kejayaan Jack Ma

Kunci Kejayaan Jack Ma

Rasanya kebanyakan daripada bangsa usahawan, sudah tentu mengenali atau pernah dengar nama ini, Jack Ma. Beliau merupakan Co-founder dan Bekas Pengerusi Eksekutif Alibaba Group.

Syarikat e-Dagang terbesar, Ali Baba Group yang dibinanya pada 1999 bersama 17 rakan-rakannya dan pelajar mengumpulkan modal sebanyak USD60,000 untuk memulakan bisnes online berkenaan.

Kunci Kejayaan Jack Ma

Bisnes yang dijalan itu telah mengambil masa 4 tahun untuk menjanakan keuntungan. Setakat 18 Mac 2021, Jack Ma mempunyai net worth berjumlah USD48.7 bilion bersama RM200.62 billion.

Tapi tahukah anda, bekas guru Bahasa Inggeris ini juga seperti orang lain yang pernah berdepan pelbagai cabaran dan penolakan sejak di waktu muda lagi. Beliau pernah memohon pekerjaan daripada 30 majikan berbeza, namun ditolak.

Memohon kerja di KFC tapi daripada 24 orang hanya beliau yang tidak diterima bekerja. Ada juga mohon jadi anggota polis bersama lima yang lain tapi dari kumpulannya, beliau yang ditolak. Selain itu, pernah Jack Ma dan sepupunya minta kerja sebagai pelayan di sebuah hotel bertaraf empat bintang namun hanya sepupunya diterima bekerja.

Tetapi itu semua tidak menjadikan beliau berputus asa sebaliknya lebih berusaha dan bangkit untuk cipta perubahan dan kejayaan.

“Tidak seorang pun yang percaya saya mampu melakukan sesuatu yang bermakna di masa depan. Saya tak pernah terfikir untuk memiliki masa depan seperti hari ini,” kata Jack Ma ketika berucap di Universiti Stanford sebelum ini.

Tambahnya, pengalaman dalam kegagalan bukan sekadar menjadi pembakar semangat juang, malah membuatkannya setia pada visi untuk mencipta tempat di mana rakan sekerja dan kakitangannya dapat berasakan bahawa diri mereka adalah sebahagian penting dalam kewujudan Alibaba.

Kesetiaan dan pembangunan semangat berpasukan yang erat menjadi falsafah utama perniagaannya.

Nasihat Jack Ma

“Buat pertama kali dalam hidup anda, cuba lakukan sesuatu. Kerja keras pada perkara itu. Cuba untuk berubah. Tiada apa perkara buruk akan berlaku,” ujarnya

Artikel terbaru

Leave a Reply