Kualiti Mesyuarat Pengaruhi Kualiti Syarikat

Kualiti Mesyuarat Pengaruhi Kualiti Syarikat

Kriteria untuk menjadi pemimpin terbaik mungkin subjektif dan tidak sama bagi setiap individu. Tetapi, hakikat yang perlu diakui adalah pemimpin atau ketua yang cemerlang akan menjalankan mesyuarat dengan baik manakala pemimpin yang teruk mengepalai mesyuarat dengan kucar-kacir.

Namun, ia semua berbalik kepada siapakah yang mengawal jadual anda sebenarnya?

Walaupun ia perkara berbeza, namun kepimpinan dan pengurusan merupakan hal yang sangat berkait rapat. Kedua-duanya ada cabaran yang tersendiri dan ia semestinya bukanlah sekadar menghimpunkan para pekerja sewaktu mesyuarat sahaja.

Kebiasaannya tanggungjawab seorang pemimpin berlaku di sebalik pintu tertutup, jauh dari ruang persidangan. Oleh itu, apabila ditanya sama ada pengurus adalah seorang pemimpin yang cekap, ia mungkin mengambil beberapa ketika untuk rakan sekerja memberikan jawapan mengenainya.

Tetapi, pernahkah anda mengambil kira cara individu tersebut  mengendalikan mesyuarat sebelum menilainya?

Oleh itu, ada beberapa perkara yang perlu anda fikirkan bagi memberi penilaian tentang kualiti sesebuah mesyuarat yang dianjurkan;

Adakah pengerusi mesyuarat seseorang yang boleh menganjurkan mesyuarat yang produktif dan cekap?

Adakah mereka dapat memastikan mesyuarat itu menarik?

Adakah individu yang berkenaan hadir?

Adakah pekerja merasa seperti mereka mempunyai suara dalam mesyuarat?

Adakah mereka mengambil bahagian dalam permainan?

Adakah anda dapat menyelesaikan agenda?

Adakah anda menghormati masa hadirin?

Adakah mesyuarat dijadualkan bermula dan berakhir tepat pada masanya?

Adakah anda mempertimbangkan pertukaran idea dan perdebatan yang sihat?

Bolehkah kumpulan itu akur dengan usaha pemimpin dan mencapai kata sepakat?

Adakah tindakan diambil atau adakah pilihan dibuat kerana perbincangan?

Lebih tinggi kedudukan seseorang itu dalam struktur organisasi, maka berkemungkinan lebih banyak lagi mesyuarat yang perlu mereka hadiri. Oleh sebab itulah kita sering melihat CEO di pejabat kita tidak sibuk menyertai mesyuarat setiap hari.

 Bagi menghasilkan operasi kerja yang lebih produktif, ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan.

Kepentingan Latihan Pemimpin untuk Mengendalikan Mesyuarat

Mempertimbangkan kepentingan sesebuah mesyuarat merupakan suatu tindakan yang sangat besar kerana ia boleh memberi kesan kepada masa, wang dan semangat para pekerja.

 Sesungguhnya, perniagaan harus mengutamakan teknik pengurusan mesyuarat yang berkesan.

Apakah faedah jangka panjang pengurus yang bertanggungjawab mengetuai mesyuarat selama berjam-jam setiap minggu, tahun demi tahun? Bagaimana jika kesannya adalah 30 atau 50 peratus kurang produktif daripada yang lepas? Peratusan yang tinggi itu mungkin kelihatan seperti pemikiran negatif namun cuba kita fikirkan berapa ramai pengurus di luar sana yang melakukannya tanpa latihan formal.

Memiliki pelbagai kemahiran lain adalah penting untuk setiap profesion pekerjaan dan belajar mengendalikan mesyuarat serta membawa nilainya adalah kemahiran yang tidak rugi dipelajari. Peningkatan kemahiran ini akan  menjimatkan masa, usaha dan wang.

Kita memerlukan suatu pasukan yang hebat untuk membangun. Oleh itu, anda dapat lihat bahawa tidak masuk akal jika pengurus dibiarkan bekerja sendirian dan ini teori ini berkait rapat dengan pelbagai aspek kritikal dalam pekerjaan termasuklah mesyuarat.

Bagi pengurus baru atau berpengalaman, jika firma anda tidak berusaha untuk memenuhi kemahiran, maka pelaburan syarikat anda dalam pengurusan tertinggi dan pemimpin mungkin tidak mengembalikan faedah yang anda harapkan.

Artikel terbaru

4 Comments

  • Feibe Nona Maengkom

    I like this program and hope can be experience good for my product

    • Team RichWorks

      Thanks for your sharing. If there any inquiries, please do not hesitate to WhatsApp us at 0192442244.

  • Sudarwati

    Mohon maaf saya baru bisa balas karena mengurus keperluan anak yg mau pindah sekolah di kota bali dan saudara dirawat di rumah sakit , dimohon pengertiannya.
    Saya tidak bisa menghadiri dikarenakan hal tsb .

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas perkongsian. Kami akan maklumkan kepada pegawai bertugas dan lakukan tindakan selanjutnya. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply