Ketika krisis atau kegawatan ekonomi, sebenarnya tak mustahil untuk seseorang untuk mulakan bisnes malah boleh menyaksikan hasil luar biasa jika tahu caranya.
Malah ketika keadaan ini, ia akan memperlihatkan masalah sedia ada dengan lebih jelas untuk ditangani disamping masalah yang baru .
Justeru itu, dalam kegawatan ekonomi terdapat juga banyak peluang, jika tahu di mana tempatnya. Buktinya, pada tahun lalu ramai usahawan yang bersama RichWorks dalam Program Mentoring SPIRE dan TITANIUM menyaksikan pencapaian luar biasa pada tahun lalu.
Berikut kami kongsikan dengan anda 4 peluang yang ada ketika krisis kewangan dan kegawatan ekonomi ini.
4 Peluang Ketika Kegawatan Ekonomi
- Wujudkan keperluan baru
Dalam kegawatan ekonomi, akan ada keperluan baru yang perlu dikenal pasti oleh usahawan. Fokus kepada keperluan berbanding kemahuan yang ada.
Anda boleh mengumpulkan maklum balas daripada database pelanggan yang ada untuk ketahui apa yang diperlukan ketika ini melalui produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Lihat apa yang ramai orang perlukan dan bagaimana anda dapat menyampaikan keperluan mereka berbanding kemahuan dalam tempoh ini.
- Bisnes lebih fokus gunakan apa yang ada
Kekurangan duit yang dihadapi ketika kegawatan ekonomi membuatkan bisnes lebih berhati-hati berbelanja dan menggunakan apa yang ada dengan sebaiknya.
Ketika ini juga, kebanyakan bisnes memotong bajet yang ada bagi menjaga cash flow mereka. Justeru itu, perkhidmatan yang bantu jimatkan wang bisnes ada peluang mereka.
- Pilihan bakat pekerja yang lebih banyak
Kemungkinan ramai orang akan kehilangan pekerjaan ketika tempoh krisis dan kegawatan ekonomi. Justeru itu, peluang untuk bisnes mengambil dan memilih pekerja-pekerja mengikut talent yang diperlukan.
- Pasaran niche diperluaskan
Segmen tertentu dalam pasaran yang disasarkan anda ada yang akan berkembang dan mengecil. Dalam tempoh ini, pelanggan atau bakal pelanggan akan mengurangkan perbelanjaan dengan melihat kepada syarikat melihat kepada barangan yang atau perkhidmatan dengan harga yang mahal.
Sebab itu, bisnes dan usahawan mula mencari alternatif lain untuk pastikan mereka juga dapat bertahan ketika tempoh krisis dan kegawatan ekonomi.
Dalam krisis dan kegawatan ekonomi ini bukannya bermakna sudah tiada harapan buat semuanya tetapi ada peluang yang boleh memberikan hasil daripada kejayaan ini jika anda tahu.
Tiada orang tahu berapa lama krisis dan kegawatan ini akan bertahan dan bagaimana bisnes terkesan. Namun ada usahawan yang dapat berkembang apabila melakukan perubahan-perubahan yang perlu dengan melihat apa yang sedia ada pada mereka.