Kredibiliti Pihak Ketiga. 3 Manfaat Buat Usahawan

kredibiliti pihak ketiga

Antara anda yang tulis pasal bisnes sendiri atau anda minta pihak ketiga yang review bisnes anda? Mana yang anda rasa lebih beri impak kepada bisnes anda. Pasti pihak ketiga, betul ke betul? Bila anda gunakan pihak ketiga, ada krebiliti, orang lebih percaya dan yakin.

Contohnya, anda buka perniagaan kedai makan. Anda boleh jemput blogger, wartawan atau kolumnis makanan untuk datang ke kedai anda dan buat review makanan yang anda sediakan. Review ini akan disiarkan dalam blog, surat khabar atau majalah yang anda jemput tadi. Dan ia akan dibaca oleh para pembaca dan penggemar makanan.

Bila anda gunakan kredibiliti pihak ketiga, banyak manfaat yang anda akan dapat.

3 manfaat kredibiliti pihak ketiga:

Bina keyakinan dengan cepat

Bila anda gunakan kuasa pihak ketiga yang dipercayai dan dah ada nama, lagi senang untuk anda bina kepercayaan pelanggan. Lebih-lebih lagi jika review yang diberikan sangat mengujakan dan penuh dengan feeback yang baik, ia akan menarik tindak balas yang positif dari orang ramai.

Kalau anda sendiri yang buat review bisnes anda, akan ada yang bercakap belakang mengatakan anda ni berniaga angkat bakul sendiri. Asyik puji bisnes sendiri je, sedangkan apa yang anda cakap tak sama dengan apa yang anda berikan. Jadi, bila orang lain berikan feedback, ia merupakan pandangan pihak ketiga itu sendiri.

  1. Pengesahan produk

Apabila anda melancarkan sesuatu produk atau perkhidmatan, salah satu kunci kepada kejayaan ialah anda buat seperti mana yang anda tawarkan kepada pelanggan dan telah diakui oleh orang ramai serta terbukti berkesan penggunaannya.. Jadi, ia bukan setakat kata-kata kosong sahaja.

Apabila anda menggunakan pengaruh pihak ketiga, mereka kena cerita hal-hal yang positif sahaja pasal bisnes anda. Selain tu, pengaruh pihak ketiga dapat mempromosikan produk anda dengan lebih luas lagi.

  1. Terdedah secara meluas

Jika anda nak produk anda tersebar dengan lebih cepat, cari pihak ketiga yang ada pengaruh yang kuat terutama dalam media sosial. Di mana mereka ni ada ramai followers setia. Apabila anda berhubung dengan mereka ini, and juga berpotensi untuk berhubung dengan followers mereka seperti di Facebook atau Blog.

Walaupun tak ada jaminan yang produk anda akan terkenal, tapi anda telah dapat peluang untuk memperkenalkan produk anda kepada semua orang.

Amacam? Bagus juga kan kalau anda dapat guna kelebihan pihak ketiga dalam marketkan produk anda. Adakah anda rasa mood anda semakin berkurang, pening kepala dengan staff dan bisnes?

Artikel terbaru

Leave a Reply