Komunikasi Penting Dalam Bisnes. 3 Cara Komunikasi Dengan Baik

Komunikasi Penting Dalam Bisnes. 3 Cara Komunikasi Dengan Baik

Bolehkah anda bayangkan bisnes yang dijalankan tanpa ada komunikasi? Macam mana agaknya keadaan bisnes, bolehkah ia berjalan lancar?

Komunikasi penting dalam bisnes yang memainkan peranan dalam semua aspek antaranya pembinaan team yang baik, hubungan bersama pelanggan dan selarikan misi & visi syarikat.

Ia dapat membuatkan bisnes anda berjalan dengan lancar dan efisien, dapat membuat keputusan, meningkatkan semangat team dan lain-lain.

Berikut kami kongsikan 7 sebab komunikasi penting dalam bisnes:

  1. Komunikasi merupakan asas bagi sesebuah organisasi dapat berfungsi.
  2. Memudahkan dalam mengkoordinasi dan melakukan perancangan yang efektif.
  3. Membantu dalam membuat keputusan
  4. Tingkatkan hubungan baik antara pengurusan dan pekerja.
  5. Komunikasi dapat memudahkan pengagihan tugas dan tanggungjawab.
  6. Komunikasi yang baik dapat membawa kepada perhubungan awam, pelanggan dan bakal pelanggan dengan baik
  7. Komunikasi juga bantu mewujudkan kepercayaan kepada bisnes malah brand anda.

Sehubungan itu, bagaimana lagi cara untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dalam bisnes?

3 cara berkomunikasi dengan baik dalam bisnes :

  1. Mendengar

Sentiasa mendengar apa yang diperkatakan team anda walaupun rasa tidak bersetuju. Hal ini menunjukkan anda mendengar dan menimbulkan rasa hormat malah rasa keterbukaan.

Hal ini dapat buatkan team dapat melontarkan idea dan pandangan-pandangan mereka tanpa rasa takut atau rasa tidak penting.

Anda boleh menunjukkan sedang mendengar dengan mengambil nota atau bertanyakan soalan kepada orang itu.

  1. Mewujudkan suasana yang mesra komunikasi

Suasana ini dapat membuatkan anda mempunyai komunikasi dalam organisasi yang membantu dan melancarkan operasi untuk mencapai target yang ditetapkan.

Anda boleh membina hubungan baik dengan team melalui perbualan biasa seperti bertanya kabar, apa yang dilakukan ketika cuti dan sebagainya.

Selain itu, sentiasa buka pintu anda bagi team dapat bertemu dan berhubung bila diperlukan.

  1. Komunikasi bersama team dari semasa ke semasa

Komunikasi bersemuka lebih efektif apabila kita dapat melihat riak wajah, suara dan bahasa badan seseorang. Walaupun ketika ini, kebanyakan kita perlu bekerja dari rumah (WFH), teknologi seperti aplikasi tele-sidang macam Zoom, Google Meet dan sebagainya dapat membantu walaupun tak dapat bertemu secara fizikal.

Kita akan lebih mengetahui macam mana seseorang itu fikir dan rasa tentang sesuatu isu atau perkara. Anda boleh membuat mesyuarat berkumpulan mahupun one-on-one.

Justeru itu, tak kira bisnes anda kecil atau sudah besar, melalui komunikasi yang baik boleh beri impak positif dari segi produktiviti, kepuasan team malah keuntungan.

Pastikan komunikasi yang baik ada dalam bisnes anda agar dapat bantu berkembang seterusnya membina bisnes yang berjaya.

Artikel terbaru

1 Comment

  • Datin Dayang Zarina Bt Ahmad

    Syukur Alhamdulillah setiap hari bagi kata-kata semangat Hanya Allah yg boleh membalasnya Alhamdulillah memang Saya selalu ambil pelajaran yang richwork bagi

Leave a Reply