Soal komunikasi majikan dan pekerja ataupun founder/leaders dalam organisasi sangat penting bagi memastikan pengoperasian bisnes dapat berjalan dengan lancar dan dalam suasana harmoni.
Sudah tentu dalam sesebuah organisasi, kita tidak mahu ada yang bermasam muka, asyik menyalah orang lain, menuding jari itu dan ini yang akhirnya boleh jejaskan prestasi syarikat termasuk kehilangan ahli team termasuk leaders itu sendiri.
Sehubungan itu, majikan atau leaders sangat berperanan penting dalam memastikan komunikasi dalam organisasi anda baik.
Komunikasi yang baik seperti misi dan visi syarikat diketahui semua, mereka mengetahui mesej-mesej pihak pengurusan dengan jelas, maklum balas pekerja-pekerja diambil perhatian dan lain-lain lagi.
Tugas majikan dan pekerja
Di sinilah, kepimpinan seseorang majikan atau leaders diuji bagaimana dapat menguruskan team dan memacu mereka mencapai sasaran syarikat. Mereka mengetahui apa yang nak dicapai dan seterusnya memainkan peranan masing-masing.
Jika seorang leaders itu tak tahu macam mana nak berkomunikasi dengan baik kepada team dia, tidak mendengar pandangan atau masalah mereka maka ia sudah tentu memberi kesan kepada prestasi disamping suasana yang tidak harmoni dan lebih teruk ada team yang berhenti kerja.
Jadi macam mana leaders nak mewujudkan komunikasi yang baik seterusnya menjadikan suasana harmoni dalam team?
Antaranya, membudayakan perbincangan, berunding, memberi maklum balas dan berterus-terang dapat menjadikan komunikasi yang baik malah membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul.
Budaya inilah yang diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW menerusi amalan syura atau musyawarah atau mesyuarat.
Rasulullah pada ketika itu dapat menerima pandangan para sahabatnya sedangkan baginda adalah kekasih Allah dan mempunyai kedudukan paling tinggi di akhirat malah seorang maksum yang terpelihara atau bebas daripada dosa.
Tapi mengapa ada mereka di luar sana masih lagi bersikap terlalu ego dan sombong untuk sekurang-kurangnya mendengar pandangan orang lain mahupun team sendiri?
Dalam organisasi kita memerlukan bantuan daripada orang lain untuk mengingatkan dan menegur segala kekurangan.
Jikalau tidak bersetuju dengan pandangan itu, maka adalah lebih baik membuatnya pada platform yang betul dan bersesuaian. Hal ini kerana jika salah caranya kemungkinan hubungan juga boleh terjejas.
Apa yang penting, pandangan-pandangan majikan dan pekerja itu jangan diperkecilkan dan meremehkan pandangan orang lain. Apatah lagi jika disebabkan kedudukannya yang lebih rendah.
Dari sudut pekerja pula, mereka pula perlulah bertanggungjawab dan jujur dalam komunikasi. Komunikasi dua hala diperlukan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Berikut kami kongsikan 3 tips macam mana nak menjalankan mesyuarat One-On-One dengan lebih baik :
- Ambil masa untuk buat persediaan
- Walaupun nampak mudah, tapi persediaan ini sangat penting bagi dapat elakkan soalan tak diperlukan, mengulangi benda sama dan boleh terus fokus kepada perkara utama nak dibincangkan.
Maka anda akan dapat memberikan bimbingan dengan lebih efisien ataupun jika bagi anda mendapatkan penilaian ahli team lebih tepat.
- Jangan potong cakap
- Berikan peluang kepada pekerja untuk memberikan pandangan atau jawapan mereka sepenuhnya. Meskipun anda mengetahui apa yang nak disampaikan, cara terbaik untuk mendapatkan pandangan penuhnya dengan tanpa memotongnya.
- Tiada gajet digunakan
- Mesyuarat yang terbaik dengan mewujudkan ‘personal connection’. Anda boleh gunakan komputer untuk mencatat nota, namun simpan telefon bimbit anda bagi memberikan fokus kepada ahli team itu.
Manfaat mesyuarat one-on-one
Sebagai seorang leaders, anda perlu mempunyai growth mindset. Ia membolehkan orang lain memaklumkan apa-apa benda yang anda terlepas pandang bagi tambah baik lagi bisnes.
Growth Mindset adalah sentiasa fikir, how can i play better, how i can improve better.
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Menurut Datuk Wira Dr. Azizan Osman, walaupun anda dapat tambah baik sedikir pun, berbanding sebelum ini maka anda lebih baik berbanding mereka yang sudah bisnes berpuluh tahun namun tak ada penambahbaikan langsung.
Melalui mesyuarat ini, anda akan dapat lebih memahami ahli team sebagai ‘manusia’ berbanding hanya sebagai pekerja. Perkara ini nanti akan menyaksikan kesan yang lebih baik dari segi prestasi individu itu malah bisnes secara keseluruhannya. Ingat komunikasi penting bagi majikan dan pekerja.