Ada modal bukan jaminan perniagaan anda akan berjalan lancar dan mengaut keuntungan jutaan ringgit, sebaliknya jika silap langkah akan gulung tikar juga.
Itu situasi yang pernah dialami Ketua Jabatan Kardiologi, Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Abd Rahim Tahir.
Katanya, walau ada modal perniagaan dijalankan akhirnya akan menemui kegagalan kerana berdepan dengan pelbagai masalah termasuk ditipu.
“Bila ada duit, saya nak laburkan dan bantu masyarakat dengan menjalankan perniagaan. Saya mula dengan bisnes santan,” katanya.
7 kali gulung tikar
Bukan sekali, tetapi 7 kali doktor pakar jantung ini gulung tikar dalam perniagaan!
Doktor berniaga apa?
“Saya pernah tujuh kali gulung tikar, setelah berniaga santan gagal saya cuba peniagaan lain seperti bisnes kek lapis Sarawak, katering, restoran, kereta sewa, pembekal air dan hartanah. Bisnes kad saya sentiasa berubah-ubah.
“Buat kek lapis, 3 tahun bisnes jalan tapi tak nampak untung rugi. Saya agak kecewa. Masa tu packing cantik, ada sistem dropship semua. 2017, saya stop, sana nak rehat sebab daya tak nampak apa-apa,” jelasnya.
Ekoran siri kegagalan dialami, isterinya pernah menasihatkan agar tidak meneruskan perniagaan.
Zero Kos Marketing
Namun, penghujung 2018 membawa lembaran baharu apabila beliau memilih untuk menyertai program anjuran RichWorks, ‘Zero Kos Marketing’ dan terus menimba ilmu tanpa jemu bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.
“Setelah saya join program itu, buat saya terbuka mata. Masa tu saya masih bekerja dengan hospital swasta. Hospital swasta ni simple. Datang sebagai pakar perunding, bilik dah ada, staff dah ada, marketing dah ready, akaun dah ada,” jelasnya lagi.
Menurut Dr Rahim, beliau tersentuh hati apabila Dr Azizan berkata hidup untuk bantu orang lain.
“Bila saya jumpa orang die kata hospital swasta bagus, tapi tak mampu untuk datang jumpa you di hospital swasta.
“Government boleh buat, tapi lambat. Swasta cepat, tapi tak mampu. Jadi saya rasa, saya kena buat sesuatu,” katanya.
Klinik Pakar Jantung Dr Rahim
Akhirnya, Dr Rahim mengambil keputusan membuka klinik Pakar Jantung Dr Rahim di Alor Setar, Kedah.
Tegas Dr Rahim, ilmu amat penting untuk mengemudi perniagaan dan jangan ragu-ragu untuk melabur sejumlah wang bagi memperoleh ilmu tersebut.
Tambahnya, dengan siapa kita berguru juga penting, mesti berguru dengan MenThor yang ada results, yang dah ubah ramai orang berjaya.
Mengulas lanjut, Dr Rahim berkata ketika berguru dengan guru-guru agama, mereka juga menasihatkan agar yakin dengan guru anda.
“Program yang ikut di RichWorks buat saya buka mata, saya memang zero, walau ada pengalaman jalankan pelbagai perniagaan tetapi tak guna dah kena cari ilmu. Untuk jadi pakar jantung saya sanggup belajar hingga keluar negara, kenapa untuk bisnes saya tak belajar?
“Sebelum ini, dah cuba buat jalan sendiri gagal. Dulu macam orang buta, ada tongkat tetapi tak tahu nak pergi arah mana. Dr Azizan bagi ilmu, tunjuk jalan nak langkah mana, arah mana, maka jadi mudah,” jelasnya lagi.
Ilmu umpama katak bawah tempurung
Pakar sakit jantung itu juga menyifatkan ilmu perniagaannya sebelum ini umpama katak bawah tempurung kerana tidak mempunyai visi, misi dan objektif yang jelas.
Pada 2019, beliau menyertai program Mentoring Titanium dan hasilnya pada 2021, My Heart Centre meraih keuntungan RM3.5 juta dan mensasarkan RM15 juta pada tahun ini.
Beliau bercadang membuka cawangan di Lembah Klang serta merangka rancangan jangka panjang untuk membuka hospital yang menawarkan kepakaran merawat masalah jantung pada harga berpatutan.
“Pesakit yang menerima rawatan bukan sahaja dari kawasan sekitar malah dari seluruh Malaysia, bagi yang mahu mendapatkan informasi kesihatan dan maklumat lanjut boleh ke Facebook Pakar Jantung Dr Rahim,” ujarnya.