Gergasi Automatif, 9 Kisah Disebalik Keunggulan Honda

Gergasi Automatif, 9 Kisah Disebalik Keunggulan Honda

Honda Malaysia melancarkan model serba baharu yang memasuki generasi ke-11, Civic ke pasaran tempatan.

Mungkin ada di antara kita yang sudah mula mengintai keluaran terbaharu itu.

Honda merupakan salah sebuah syarikat automotif yang berjaya di dunia walaupun usianya masih muda berbanding dengan syarikat automotif yang lain.

Siapakah insan yang bertanggungjawab meletakkan Honda sebagai gergasi automotif dunia?

9 kisah disebalik keunggulan Honda:

1. Anak penempa besi

Bermula daripada mekanik dan mengakhiri kariernya sebagai Presiden syarikat Honda.

Soichiro Honda lahir pada tahun 1906 di Wata-Gun, Jepun dan merupakan anak kepada seorang penempa besi dan ibunya seorang penenun pakaian.

Soichiro terdedah dengan kehidupan di bengkel disebabkan oleh ayahnya yang merupakan seorang penempa besi.

Karier ayahnya bertukar menjadi seorang mekanik kerana pada masa itu basikal merupakan kenderaan popular di Jepun.

Ayahnya mengambil keputusan membuka kedai basikal kerana kejiranannya menghantar basikal mereka untuk dibaiki.

Ayah Soichiro mengambil keputusan menjadi seorang mekanik basikal kerana hasil pendapatan agak lumayan. Akhirnya, beliau membeli basikal terpakai, membaiki dan kemudian dijual semula.

2. Bekerja sebagai mekanik

Tidak meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi, Soichiro tamat pengajian di peringat sekolah menengah pada usia 15 tahun.

Pada suatu hari, Soichiro terlihat iklan di dalam majalah basikal Ringyo no sekai yang memerlukan seorang mekanik dengan kadar segera.

Soichiro telah memohon jawatan tersebut dan diterima bekerja sebagai mekanik di Syarikat Arto Shokai di Tokyo.

Soichiro belajar selok-belok automotif yang merupakan minatnya sejak kecil lagi. Selain itu, beliau amat meminati bidang perlumbaan bermotor.

3. Keunggulan Honda, Kreatif dengan idea baru

Ketika berada di Arto Shokai, Soichiro berkerja dengan tekun dan rajin, malah beliau seorang yang sangat kreatif dengan mempunyai idea-idea baru.

Bakatnya dikesan oleh pengurus syarikat tersebut, Yuzo Sakakibara dan Soichiro banyak belajar daripada pengurus ini mengenai hal ehwal perniagaan, cara berurusan dengan pelanggan dan ilmu automotif.

Yuzo Sakakibara bukan sekadar seorang jurutera malah seorang guru dan mentor bagi Soichiro.

4. Keunggulan Honda, Cipta kereta lumba daripada enjin jet terpakai

Sepanjang berada di Arto Shokai, Soichiro menjadi seorang mekanik berwibawa untuk syarikat dan  seorang pelumba.

Oleh kerana beliau seorang yang rajin dan kreatif, beliau berjaya mencipta kereta lumba daripada enjin jet yang terpakai iaitu menggunakan enjin syarikat Curtiss-Wright.

Kebanyakan alat ganti yang digunakan oleh Soichiro untuk kereta lumba tersebut adalah hasil ciptaannya sendiri.

Pada tahun 1928, Soichiro diberi kepercayaan pihak pengurusan membuka cawangan untuk syarikat Arto Shokai di kawasan Hamamatsu.

Di cawangan tersebut, Soichiro menyelesaikan banyak permasalahan yang dihadapi oleh kereta lumba terutamanya enjin yang cepat panas.

5. Syarikat pertama, Tokai Seiki Heavy Industry

Pada tahun 1936, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat pertamanya yang diberi nama Tokai Seiki Heavy Industry.

Syarikat itu pembekal peralatan automotif terutamanya piston, yang merupakan bahagian yang sukar dan memerlukan teknologi tinggi di dalam penghasilannya.

Beliau membekalkan piston kepada syarikat Toyota, tetapi daripada 30,000 gelang piston yang dibekalkan kepada Toyota hanya 5 sahaja diterima dan mengikuti piawaian ditetapkan

Pada tahun itu juga, Soichiro terlibat kemalangan semasa dalam perlumbaan kereta yang disertainya.

6. Honda Technical Research Institute

Pada tahun 1946, Soichiro menubuhkan syarikat keduanya diberi nama Honda Technical Research Institute.

Permulaan perniagaan, Soichiro menjual motosikal diberi nama D-type yang menggunakan semua enjin dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat miliknya.

Untuk menaikkan lagi jenama Honda, Soichiro menyertai perlumbaan pertama bagi syarikatnya di Brazil.

Hasilnya, Honda semakin dikenali seluruh dunia disebabkan penyertaan dalam perlumbaan berprestij itu walau tidak mendapat tempat pertama.

7. Kerajaan Jepun nasihat tak buka syarikat kereta

Pada tahun 1968, Honda berjaya mengeluarkan 1 juta unit motosikal setiap bulan.

Seterusnya, Honda mengorak langkah memperkenalkan kereta yang pertama.

Namun, kerajaan Jepun menasihatkan supaya tidak meneruskan impiannya menubuhkan syarikat kereta kerana Jepun dipenuhi pengeluar kereta yang lebih berpengalaman berbanding Honda.

8. Keunggulan Honda, Kereta mesra alam sekitar

Kejayaan Honda dalam industri pembuatan kereta bermula pada dekad 1970-an, pada masa itu kebanyakan pengeluar kereta tidak mampu membuat enjin mesra alam sekitar.

Syarikat Honda berjaya membangunkan teknologi dengan memperkenalkan enjin mesra alam yang mampu mengatasi masalah tersebut.

Enjin ini dimasukkan ke dalam kereta Civic pada tahun 1972 sekali gus menaikkan jenama Honda di mata dunia dalam industri pembuatan kereta.

9. Keunggulan Honda, pengeluar kereta ketiga terbesar dunia

Pada dekad 80-an, Honda berjaya menjadi pengeluar kereta ketiga terbesar di dunia dengan mengambil masa lebih kurang 20 tahun.

Kejayaan Soichiro membuatkan sesiapa sahaja percaya bahawa jika tidak putus asa dalam hidup, kejayaan akan menghampiri kita.

Seperti MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman selalu kata bahawa shortcut atau jalan pintas untuk berjaya dengan belajar daripada pengalaman dan perjalanan mereka yang sudah berjaya.

Lihat perkara betul yang dilakukan dan daripada kisah perjalanan Soichiro dan keunggulan Honda ini, pasti banyak yang boleh kita ambil dan pelajari.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Wan hasri wan abdullah

    Saya berniaga getah scrub,
    Perjalanan perniagaan Saya membeli getah scrub dengan orang Kampung Dan menjual ke Kilang Kilang getah… Sebagai orang tengah yg berlesen..
    Adakah pihak tuan dapat membantu Saya bagi membesarkan lagi empayar perniagaan Saya..
    Sekian, Terima kasih

    • Team RichWorks

      Terima kasih atas perkongsian situasi bisnes tuan. Puan boleh hubungi pegawai kami di talian 0192442244 untuk dibantu bagi mengembangkan bisnes tuan.
      Anda Kaya dan Berjaya!

Leave a Reply