Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita, malah di dunia pasti ada menggunakan aplikasi, WhatsApp bagi berhubung antara satu sama lain.

Tahukah anda, jumlah pengguna WhatsApp aktif di dunia melebihi 2.5 bilion ketika ini. Malah tahukah anda pengasasnya, Jan Koum bersama keluarganya telah bermigrasi ke Mountain View California, Amerika Syarikat dari Ukraine.

Kesusahan hidupnya hingga terpaksa bergantung kepada bantuan makanan selama beberapa tahun. Bagaimanapun, kesusahannya itu tak menghalang rasa minatnya dalam pengaturcaraan komputer pada usia muda.

Beliau telah belajar sendiri macam mana untuk menulis kod tanpa pergi belajar secara formal di sekolah. Kemudian, Koum apabila besar telah mendapatkan kerja di Yahoo Inc, sebagai jurutera IT.

Ketika itulah beliau berkawan dengan Brian Acton yang membawa kepada tertubuhnya Whatsapp. Brian Acton merupakan Pengasas Bersama kepada Whatsapp.

Berikut kami kongsikan beberapa perkara yang boleh kita pelajari daripada Jan Koum untuk berjaya.

7 perkara boleh dipelajari daripada Pengasas Whatsapp ini, Jan Koum :

1. Belajar sepanjang hidup

Jan Koum mempunyai semangat untuk belajar. Beliau meminati pengaturcaraan komputer yang dipejarinya sendiri. Kesilapan terbesar bagi anda untuk mula bisnes adalah apabila tidak ada ilmu mengenai bisnes berkenaan.

Sentiasa upgrade ilmu dan belajar kerana masa dan teknologi bergerak dengan pantas.

2. Jadi bos kepada diri sendiri

Koum pilih untuk bekerja sendiri selepas itu, Menurut biografinya, beliau bosan dan kecewa dengan Yahoo beberapa tahun sebelum berhenti.

3. Bangunkan ilmu/kemahiran khusus

Beliau mempunyai kepakaran dalam pengaturcaraan komputer. Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kepakaran akan mendapatkan pendapatan lebih tinggi berbanding pihak lain.

4. Perlukan MenTHor

Jan Koun berjaya juga disebabkan adanya mentor sepanjang proses perubahan beliau. Malah sebenarnya anda tidak dapat membina kekayaan seorang diri.

Perlunya team yang bagus dan MenThor bagi membimbing anda untuk lebih cepat berjaya.

5. Mempunyai circle yang betul

Jan Koum mempunyai circle terdiri sekumpulan kawan bagi mencari idea tentang bisnes. Beliau juga merupakan ahli aktif dalam forum hackers.

Circle ini merupakan individu-individu dengan mentaliti yang sama dan menyokong satu sama lain.

6. Belajar ketahui apa yang dimahukan pelanggan

Salah satu kunci dalam membina bisnes berjaya adalah kita bantu menyelesaikan masalah yang ada pada pelanggan. Sebolehnya ia mempunyai permintaan yang berterusan.

7. Jangan mengalah

Tahukah anda, Whatsapp sebenarnya hampir muflis pada peringkat permulaan bisnes kerana Koum sudah tiada wang untuk teruskannya.

Bagaimanapun, Brian Acton berjaya mendapatkan suntikan dana daripada firma venture capital di Silicon Valley. Suntikan dana itu membantu mereka untuk terus beroperasi hingga mula menghasilkan keuntungan.

Sebab utama mengapa orang gagal untuk bina bisnes berjaya disebabkan dia tak ada keberanian untuk bertahan dan meneruskan perancangan dalam keadaan yang menjadi semakin mencabar.

Ingat, mereka yang menang tidak pernah mengalah, sebaliknya mereka gagal tidak pernah menang. Untuk berjaya dalam bisnes memerlukan keinginan yang kuat dan juga mengambil masa.

Artikel terbaru

12 Comments

Leave a Reply