“Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving” – Albert Einstein
Apa ada pada kisah inspirasi? Cuba anda ingat balik, apa drama, movie atau buku yang pernah anda tonton atau baca, yang memberi kesan mendalam dalam kehidupan anda.
Contohnya, kalau anda tonton filem The Pursuit of Happiness, boleh meleleh air mata.
Sebab anda rasa kisah tu beri banyak inspirasi kepada anda. Bila anda tonton kisah inspirasi ni, anda akan rasa perlu untuk anda ubah diri anda supaya lebih berjaya dan boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Kami akan kongsikan dengan anda sebab perlunya kisah inspirasi ni dalam hidup anda.
5 sebab perlu kisah inspirasi dalam hidup ini:
- Sebagai pembakar semangat.
Anda boleh jadikan kisah inspirasi ni sebagai pembakar semangat dalam hidup anda. Hidup kita perlukan vitamin untuk terus maju ke depan.
Dengan kisah inspirasi ni, anda akan terus bersemangat untuk teruskan hidup anda dan nak lebih berjaya di masa hadapan.
Dan ia juga bukan sekadar cerita atau kisah untuk suka-suka. Ia memberi anda pedoman dan manfaat yang sangat berguna.
- Untuk menarik magnet positif.
Bila anda biasakan diri dengan membaca kisah-kisah inspirasi atau tonton filem yang boleh memberi motivasi, secara tak langsung ia akan menarik magnet-magnet yang positif dalam diri anda.
Bila diri anda penuh dengan aura yang positif, semua keputusan yang anda buat juga akan positif. Orang-orang yang berada di sekeliling anda juga turut merasa magnet positif dari anda.
Bukan tu sahaja, anda akan lebih berfikiran terbuka dan selalu berfikir untuk memberi manfaat kepada orang lain, lebih-lebih lagi orang yang hidup susah.
- Terselit pelbagai kisah.
Dalam kisah inspirasi ni, terselit pelbagai kisah seperti kisah kejayaan, kegagalan, survival, dan kisah-kisah yang mampu menyentuh hati orang yang melihatnya.
Bila mereka lihat atau baca kisah-kisah sebegini, akan terselit satu perasaan kagum, syukur, bangga dan sebagainya.
Ini akan kuatkan lagi azam mereka untuk mengubah nasib diri dan orang-orang di sekeliling mereka.
Jika anda tak baca, anda tak tahu apa masalah yang mereka hadapi. Kebanyakan kisah inspirasi yang kita tonton dalam tv adalah berdasarkan kisah benar yang telah diolah berdasarkan kesesuaian cerita.
- Ada nilai tersendiri.
Setiap kisah inspirasi ada kisah yang tersendiri. Kisah yang anda tak tahu. Bila anda cari, baru lah tahu kisah yang sebenar. Sebab tu lah, kisah inspirasi ni sangat bernilai.
Ia tidak boleh dibeli dengan duit. Ia sebuah cerita yang boleh diambil pengajaran, diikuti dan dijadikan sebagai kisah untuk motivasi diri.
- Susah untuk dilupakan.
Bila anda tonton satu cerita yang sangat anda suka, anda akan ingat cerita tu sampai bila-bila. Betul kan? Anda akan ingat setiap bait kata-kata, jalan cerita dan situasi dalam cerita tersebut.
Ini kerana, ia sangat menyentuh hati dan ada banyak nilai-nilai yang positif. Ia akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada jiwa anda. Anda juga akan ceritakan kisah ni pada kawan-kawan kerana it’s such an inspiring drama bagi anda.