Orang ketiga terkaya di dunia, Bernard Arnault & keluarga yang berasal dari Perancis merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) empayar LVMH (Louis Vuitton Moet Hennessy) yang mana di bawahnya terdapat 75 jenama terkemuka termasuk Louis Vuitton dan Sephora.
Malah pada Januari tahun ini, LVMH telah membeli syarikat barang kemas Amerika Syarikat, Tiffany & Co dengan nilai $15.8 bilion yang dipercayai pemilikan jenama mewah terbesar pernah berlaku.
Mengikut laporan Forbes, keluarga Arnault mempunyai nilai net worth $182.3 bilion setakat 24 April 2021 juga merupakan orang terkaya di Perancis dan Eropah.
Arnault dilahirkan pada 5 Mac 1949 di Roubaix, Perancis telah mula membantu dalam bisnes yang dibangunkan bapanya hingga menyakinkan bahawa beliau mampu mengembangkan bisnes itu.
Pada 1979, beliau sudah mewarisi dan memimpin bisnes berkenaan. Kemudian beliau menyaksikan peluang dalam industri pakaian mewah hingga membeli Financier Agache.
Tak berapa lama kemudian, beliau membeli Boussac yang dimiliki Christion Dior. Bermula dari situ beliau bekerjasama dengan Le Bon Marche hingga menjadi titik awal lahirnya Louis Vuitton.
Pada 1987, beliau melabur pada LVMH dengan pada Januari 1989 memiliki 43.5% nilai aset LVMH hingga terpilih sebagai CEO dari LVMH.
Louis Vuitton sebenarnya buat pertamanya bertujuan untuk pelancongan. Beliau memberanikan diri untuk buka kedai pertama di China.
“Tetapi yang membuat LV terkenal adakah kualitinya. Kami tidak pernah melakukan marketing, hanya menciptakan produk yang sangat berkualiti di design dan pembuatannya,” jelasnya lagi.
Selepas itu, Louis Vuitton tersebar dan terkenal di seluruh dunia hingga kini menjadi salah satu produk barangan mewah yang dicari peminatnya dan orang ramai.
Arnault dikenali sebagai seorang yang tenang dan sangat bijak dalam mencari cara untuk mencapai kejayaannya. Pereka diberi kebebasan penuh untuk berkarya.
4 Perkara Anda Boleh Belajar Dari Bernard Arnault :
1. Jadikan Idea Kepada Tindakan
“Bila sesuatu perlu dilakukan, lakukan sekarang. Di Perancis kita dipenuhi dengan ideda-idea baik tapi jarang untuk melakukannya. – Arnault
Biasanya mereka yang memiliki idea inovatif tapi hanya sedikit orang itu dapat merealsasikannya.
2. Pastikan Kualiti Sebelum Marketing
Kebanyakan syarikat yang terlibat dengan seni sentiada mengutamakan kualiti dahulu. Kita sudah melihat syarikat seperti Disney, Apple, Youtube videos dan buku.
Arnault memberitahu bahawa mereka tidak membuat marketing bagi Louis Vuitton. Beliau percaya, marketing bertentangan dengan apa perlu LVMH lakukan iaitu kualiti.
Dengan kata lain, beliau membiarkan kualiti bercakap dan biarkan pelanggan berkongsi kepada orang lain.
3. Wujudkan Produk Atau Content Yang Evergreen
Bila nak design, kita perlu sentiasa sasarkan untuk jangka panjang.
Menurutnya, produk yang evergreen bermakna tidak kita generasi akan datang, meskipun budaya berubah, bisnes itu akan dapat menyesuaikan dengan keadaan semasa dan meneruskan operasi.
4. Selalu Anggap Syarikat Sebagai Startup
“Saya selalu kata kepada team bahawa kita perlu bersikap seperti masih dalam tahap startup. Jangan pergi ke pejabat saja. Pergi ke lapangan untuk bertemu pelanggan atau berjumpa pereka.
“Saya buat lawatan ke kedai-kedai setiap minggu. Saya selalu mencari pengurus kedai. Saya mahu melihat mereka di lapangan, bukannya di pejabat hanya melakukan kerta kerja,” jelas Arnault.
Tujuan utama startup adalah untuk mengembangkan bisnes termasuk produk, people dan sistem.
Jika syarikat itu fikir bahawa mereka sudah bagus, satu hari nanti akan ada orang lain mengejar mereka. Malah, Arnault mendapati bahawa orang yang menganggao diri mereka sebagai startup lebih rendah diri.
Apa yang kami boleh katakan bahawa Bernard Arnault merupakan seorang usahawan yang berjaya. LVMH telah grow dengan cepat ketika beliau mula menjadi CEO pada 1989 hingga kini menjadi syarikat barangan mewah nombor 1 di dunia.
2 Comments
Terima kasih Team
Teruja baca.
Sama-sama..terbaikk!!..ANDA KAYA DAN BERJAYA!!