Kisah ‘Bapa’ KFC, Colonel Sanders. 1,009 Kali Orang Kata ‘Tidak’ Sebelum ‘Ya’

Kisah ‘Bapa’ KFC, Colonel Sanders
Kisah ‘Bapa’ KFC, Colonel Sanders

Rasanya setiap daripada kita pastinya pernah mencuba ayam goreng KFC, sama ada yang original mahupun spicy. KFC merupakan rangkaian restoran makanan segera yang dimulakan pada 24 September 1952 dengan saksikan francais mereka yang pertama.

Pengasas KFC, Colonel Harland Sanders Pete Harman atau lebih dikenali sebagai Colonel Sanders yang dapat dilihat di kebanyakan cawangan KFC dengan berambut dan berjambang putih.

Tahukah anda, pada usia 65 tahun selepas bersara, beliau pergi pintu ke pintu dan restoran di sekitar kawasannya bagi memperkenalkan resepi ayam baru yang dimilikinya.

Bagaimanapun, ada mengatakan bahawa beliau telah ditolak sebanyak 1,009 kali sebelum ada yang bersetuju untuk mendapatkan resepi ayamnya itu.

Bayangkan 1,009 kali orang yang di temui berkata ‘tidak”, sebelum ada orang yang kata ‘ya’ dan setuju untuk mendapatkannya. Rasanya kalau kita berada di tempatnya, jangan katakan 1,000, 100 ke 200 orang yang di temu akan buatkan hilang semangat.

Tapi tidak bagi beliau, ia tak mematahkan semangatnya untuk teruskan usaha hingga akhirnya mencapai kejayaan. Beliau mempunyai 600 francais yang menjual ayamnya pada 1964.

Kemudian, beliau menjualkan syarikatnya dengan nilai $2 juta bersamaan RM8.27 juta ketika itu namun Colonel Sanders kekal sebagai jurucakap KFC. Hebat ke hebat? Ketika berusia 65 tahun dengan kebanyakan orang bersara namun beliau membina empayar bisnes global dengan hanya ayam goreng.

Malah sebenarnya, sebelum timbulnya idea untuk mempromosikan resepi ayam gorengnya, Colonel Sanders dalam cubaan nak membunuh diri. Beliau duduk di bawah pokok dan menulis wasiatnya.

Namun, ketika itu beliau teringat tentang epal yang jatuh di kepala Isaac Newton yang menemukan daya tarikan graviti. Colonel Sanders mendapatkan idea untuk masak ayam goreng dengan resepi baru.

Sehubungan itu, beliau tidak meneruskan niatnya untuk bunuh diri sebaliknya terus meminjam $87 menggunakan cek keselamatan sosial untuk beli dan mengoreng ayam menggunakan resepi unik dan menjualnya.

Apa kita boleh belajar daripada Colonel Sanders?

Antara perkara yang boleh kita belajar daripada beliau yang pertama adalah soal umur. Tidak kira berapa umur anda, meskipun sudah berusia ia tak menghalang untuk bermula semula dan mencipta kejayaan dalam bisnes.

Meskipun sudah berusia, Colonel Sanders sanggup mengambil risiko dan mengusahakan ayam gorengnya hingga dikenali ke serata dunia.

Selain itu, meskipun 1,009 kali ditolak ia tidak membuatkan beliau berputus asa. Beliau tahu apa yang hendak dicapai dan berusaha sehingga berjaya

Seperti kata MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman, “Orang berjaya, mereka mulakan sesuatu dan buat yang terbaik sampai habis.”

Kejayaan ini tidak datang dengan sekelip mata, namun dengan usaha yang berterusan akhirnya beliau mencapai kejayaan. Kini, KFC sudah mempunyai lebih 25,000 restoran KFC pada 145 negara.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply