King’s Char Kuey Teow Berdepan Cabaran Getir Ketika Pandemik. Ketahui Bagaimana Mereka Bangkit Semula?

King’s Char Kuey Teow Berdepan Cabaran Getir

Orang selalu melihat saat kita berjaya tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana ianya bermula. Itulah pandangan yang pernah usahawan ini berikan saat RichWorks menemu bual beliau.

Bagi penggemar Char Kuey Teow, pasti ramai yang mengetahui satu nama restoran yang menghidangkan hidangan tersebut dalam masa yang pantas iaitu King’s Char Kuey Teow Port Dickson, Negeri Sembilan. Namun tidak ramai yang tahu suka duka yang dilalui oleh pengasasnya iaitu Tuan  Aizat Zulhailie Abu Bakar untuk mencapai ke tahap ini.

Jika anda pernah berkunjung ke restoran beliau sebelum pandemik melanda, anda akan melihat kunjungan pelanggan yang tidak putus-putus. Malah dalam satu masa, restoran ini kerap menampung 800 hingga ke 1300 orang pelanggan.

Tidak menghairankan kenapa beliau pernah menjana jualan sehingga RM44,000 satu malam. Bagaimana lelaki berjiwa kental ini mampu mencapai kejayaan sebegini besar? Pastinya ada rahsia tersendiri yang menjadikan kejayaan mampu dimiliki oleh lelaki berusia 33 tahun ini.

“Ibu saya adalah seorang peniaga burger di tepi jalan Port Dickson manakala ayah saya adalah seorang pemandu di Jabatan Pertanian. Di sekolah lagi orang kenal saya sebagai Ijat Burger dan saya akui adakalanya saya malu bila diejek segelintir kawan yang datang dari keluarga mewah. Itulah point yang buat saya cakap pada diri, saya perlu lakukan sesuatu satu hari nanti untuk diri dan keluarga,” ujar Aizat memulakan perbualan beliau.

Sebagai anak sulung, beliau mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Malah di sekolah, beliau merupakan pemimpin dan ketua pengawas di Sekolah Menengah Bukit Saujana. Namun siapa sangka sesuatu terjadi sehingga beliau dibuang sekolah di tahun akhir SPM. Walaupun beliau mampu menduduki peperiksaan itu seterusnya namun dari situ beliau mula membantu ibunya berniaga burger. Itulah permulaan beliau menguruskan wang berniaga secara kecil-kecilan. Pada usia 23 tahun, beliau beralih pada berniaga Char Kuey Teow.

“Selama saya berniaga bermula tahun 2011 sehinggalah 2016, memang banyak perkara berlaku yang saya belajar dari kesilapan saya dalam menyusun strategi bisnes. Malah saya pernah buat perniagaan sampingan lain seperti jual tudung, baju dan jadi ejen kek bersama isteri. Pada tahun 2016, barulah saya betul-betul belajar berniaga melalui kelas bimbingan Richworks,” sambung beliau lagi.

Merasa yakin mampu mengembangkan bisnes, beliau mencuba untuk memohon menjadi pelajar Titan. Untuk menjadi pelajar peringkat ini, beliau perlu melalui temuduga dari pihak RichWorks sendiri.

“Alhamdulillah, saya diterima masuk ke Titan sedangkan saya tak sangka saya layak. Dengan restoran bawah pokok yang khemah pun masih guna khemah pasar malam. Lagipun saya tahu ramai yang dalam Titan tu semua usahawan berjaya dengan van berniaga dan motor ex-5,”

Peluang menimba ilmu yang diberikan ternyata tidak disia-siakan oleh beliau. Semua ilmu pemasaran dan bina diri digunakan sebaik mungkin. Hari ini terdapat lebih 20 buah papan tanda King’s Char Kuey Teow di jajaran jalan raya menghala ke Port Dickson. Jika dahulunya, hanya beliau dan isteri serta seorang staf yang menguruskan gerai kecil King’s Char Kuey Teow. Hari ini, beliau sudah pun mempunyai 60 orang staf yang dianggap sebagai team berharga oleh beliau sendiri.

Tahun 2019, banyak buka peluang dan pintu rezeki Tuan Aizat. Antaranya King’s Char Kuey Teow tercatat di The Malaysia Book Of Records sebagai The Most Cooked Char Kuey Teow In One Hour, yang menjadi salah satu bukti kejayaan dan menjadi kebanggaan warga Port Dickson amnya.

“Kami adalah satu-satunya restoran dalam Malaysia yang mencatat rekod mampu menyediakan 1,000 hidangan dalam masa satu jam. Alhamdulillah, itulah kejayaan yang terhasil berkat ilmu dan tindakan. Pendapatan kami ketika itu kira-kira RM4.98 juta setahun,” kongsi Aizat Zulhailie lagi.

Bagi beliau siapa kita berkawan juga memberi peranan akan hala tuju dalam hidup. Dalam hidup juga tidak semua orang suka jika kita berjaya. Ada yang lebih suka melihat kejatuhan orang lain. Sebab itu bagi beliau, kita perlu cari mereka yang mampu mengubah persepsi dan pemikiran kita agar sentiasa bersikap positif memperbaiki diri.

“Sebab itu saya sangat menjaga team saya. Sekarang saya sudah mempunyai 60 staf dan mereka semua bersedia dan setia bersama perniagaan ini. Dalam bisnes, bukan kita nak kaya seorang tetapi kita juga perlu berkongsi manfaat dengan orang lain termasuk team kita. Saya sangat pantang apabila ada yang cakap kerja kedai makan tak ada masa depan! Di King’s Char Kuey Teow ada 2 atau 3 orang staf saya yang dah boleh beli rumah, kereta dan sebagainya.”

Hari ini, Tuan Aizat telah membina satu empayar niaga yang berjaya. Banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi. Mengakui pandemik juga memberikan cabaran yang tersendiri namun beliau bersyukur mempunyai guru yang sentiasa memberi dorongan seperti Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Tanpa nasihat dari Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk bertahan dan mencari peluang berniaga, pasti beliau akan panik. Bagi Aizat Zulhailie, beliau menganggap pandangan gurunya itu sentiasa jauh di tahun-tahun akan datang  dan di tahap yang tidak beliau fikirkan dalam bisnes. Ini sekaligus memudahkan beliau berdepan dengan setiap cabaran dan tahu apa tindakan yang perlu diambil walaupun ketika pandemik.

“Bermulanya sejarah King’s Char Kuey Teow adalah di bawah pokok di Batu 4 Jalan Pantai Port Dickson dan di bawah pokok itulah punca pendapatan kami beberapa tahun yang lepas. Sekarang, segala-galanya berbeza. Perniagaan ini bukanlah satu sukan lumba lari biasa tetapi ianya adalah sebuah marathon yang panjang dan memerlukan tenaga. Lagi jauh kita pergi, lagi banyak tenaga dan sokongan diperlukan. Alhamdulillah, kini sudah 10 tahun perniagaan ini ditubuhkan dan berkembang di bawah bimbingan RichWorks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Terima kasih atas bimbingan dan sokongan ini,” katanya.

Pandemik cabaran getir buat King’s Char Kuey Teow

Kesan pandemik membuatkan beliau hampir mengalah hingga terpaksa mengurangkan pekerjanya yang seramai 60 orang untuk bertahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan 1.0. Situasi yang tidak pernah dialami selama ini.

Namun hasil bimbingan mentor, beliau berbincang dengan pasukannya yang ada dan keluar idea menjual kambing perap daripada stok bekalan restorannya yang bertan-tan. Hal ini kerana restoran tidak dapat beroperasi dan terpaksa ditutup selama 3 bulan.

Tindakan pantas dibuat Tuan Aizat itu berbekalkan bimbingan mentor membolehkan beliau menjana jualan RM280,000, bermula 6 April tahun 2020 dalam tempoh tidak sampai sebulan. Dalam pada itu, beliau memberitahu, beliau sudah fikir perniagaannya sudah tak dapat pergi ke mana lagi.

“Bayangkan saya hanya mempunyai satu sumber aliran wang masuk daripada pelanggan yang datang ke restoran namun tidak dapat dibuka.

“Kos overhed yang capai ratus ribu, buatkan saya panik dan cuba cari jalan untuk mengurangkan apa yang boleh,” jelasnya.

Bagaimanapun, Aizat berkata, beliau bersyukur kerana ada mentor yang dapat ‘ketuk’ dan menyedarkannya untuk lakukan sesuatu dengan cara berbeza dengan ilmu-ilmu dipelajari sebelum ini.

Betul seperti kata MenThor, bila satu pintu ditutup, akan ada pintu-pintu lain yang dibuka asal kita tak  mengalah dengan rahmat, rezeki Allah dan yakin dengan ilmu serta MenThpr.

Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri sebenarnya pada Mei 2018 lagi, sudah pun meminta Tuan Aizat untuk buat penghantaran dalam talian bagi tambah baik dan persiapkan perniagaan restorannya yang mana terbukti sangat relevan ketika pandemik ini.

Siapa di sini ada mengalami cabaran sama seperti Tuan Aizat ini? Ketika krisis pandemik ini, cabaran pasti ada namun akan ada jalan lain untuk kita cari dan gunakannya. Pasti ada peluang bagi mereka yang tahu dan berusaha mencari jalan untuk menghadapinya.

Artikel terbaru

Leave a Reply