King Mee Kolok – Rahsia Kejayaan Sepanjang Tempoh PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Dapur Kak Siti : King Mee Kolok - Rahsia Kejayaan   Sepanjang Tempoh PKP

Mulanya hanya seorang suri rumah, kemudian beliau mula berniaga untuk menjana pendapatan sendiri disamping membantu keluarga malah untuk berkongsi rezeki dengan orang lain . Tapi yang sedihnya sudah berpuluh tahun berniaga, namun tidak nampak hasilnya.

Pelbagai bisnes sudah beliau jalankan seperti butik kecantikan, jualan produk orang lain dan bermacam-macam lagi pun tak nampak lagi jalan kejayaan.

Bagaimanapun, Founder Dapur Kak Siti : King Mee Kolok, Puan Siti Rahmah Abdullah tidak mudah berputus asa.

Beliau mencatatkan pencapaian luar biasa bagi bisnesnya selepas mendapatkan ilmu dan bimbingan khususnya selepas mengikuti Program Mentoring Spire.

Rahsia Kejayaan King Mee Kolok?

Rahsia kejayaan beliau ialah menuntut ilmu, konsisten belajar dan ikut apa diajar MenThor. Mungkin anda di luar sana boleh katakan, “aku pun boleh buat kalau macam itu saja”.

Tapi adakah anda ada keinginan tinggi dan buat seperti Puan Siti Rahmah untuk capai kejayaan dalam bisnes ketika ini?

Malah anda juga boleh dapatkan ilmu dari pelbagai sumber dengan banyak benda boleh diperolehi dalam internet namun kena tahu mana satu yang ada hasilnya dan berkesan.

Begitu juga dengan MenThor, seperti RichWorks bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang berpengalaman dan sudah terbukti pun melahirkan ramai usahawan jutawan.

Selain itu, perkara yang membuatkan beliau triggerdan lagi bersemangat bila mana Datuk Wira menyatakan bahawa walau ekonomi tak baik tapi orang tetap makan, cuma orang tak makan di kedai engkau!

Mee Kolok

Daripada ilmu, strategi dan bimbingan diperolehi menyaksikan bisnes kedai makannya yang menawarkan makanan terkenal di Sarawak iaitu Mee Kolok dan lain-lain lagi akhirnya berjaya mencapai RM1 juta pertama walaupun ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Meskipun ketika tempoh PKP, salesnya kurang namun dengan ilmu dan strategi yang dipelajari buatkan bisnes beliau dapat bertahan malah capai RM1 juta pertama selepas berpuluh tahun berniaga. Bukan itu saja, beliau juga dapat membesarkan kedainya menjadi 2 lot kedai.

Bagi usahawan, sepatutnya mereka yang berniaga sudah boleh capai RM1 juta pertama dalam tempoh 1 hingga 3 tahun. Jika tidak, ada sesuatu yang silap dan salah yang dilakukan.

Tapi melalui Program Mentoring Spire, RichWorks mahu melahirkan usahawan dapat menghasilkan RM1 juta pertama mereka dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun yang sudah pun terbukti.

Walaupun Puan Siti Rahmah sudah berusia 54 tahun, beliau tetap bersemangat, mempunyai kesungguhan dan telah memberikan peluang kepada diri sendiri dengan menuntut ilmu untuk berjaya dalam bisnes yang dijalankan.

Bagaimana pula dengan anda, adakah anda juga mahu Bina Bisnes Berjaya?

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Join the Conversation

2 Comments

    1. Waalaikumusalam . Hai cik puan Team Richworks akan bantu penerangan lanjut. boleh berikan no telefon kami akan bantu melalui whatsap.Salam Sayang dari Team Richworks

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Etika Jawab Panggilan Telefon

Etika Jawab Panggilan Telefon

Trend perniagaan pada hari ini lebih menggunakan medium laman sosial untuk mengendalikan urusan jual beli kerana ia lebih jelas dan butiran yang di sampaikan adalah

Tips Untuk Anda Ditemu Bual

Tips Untuk Anda Ditemu Bual

Sama ada anda dijemput untuk sesi Bual Bicara, ditemu bual atau anda sendiri mengelolakan rancangan Bual Bicara mahupun Live anda sendiri, ianya adalah bagus untuk