Keusahawanan hijau, alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semula jadi di muka bumi ini.
Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan.
Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.
Sehubungan itu, semua pihak ada peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan alam sekitar terus berada dalam keadaan baik serta bebas daripada sebarang bentuk pencemaran.
Bukan cikgu di sekolah sahaja yang perlu mendidik anak murid supaya memelihara alam sekitar ini.
Apa pula yang perlu dilakukan oleh bangsa usahawan?
Bangsa usahawan juga tak terkecuali ya.
Kami kongsikan intipati rencana oleh Pengarah Global Entreprenuership Research Innovation Centre (GERIC), Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Madya Dr Noorshella Che Nawi dan mengenai keusahawanan hijau.
1. Definisi, matlamat dan konsep
Keusahawanan hijau merujuk sebuah perniagaan yang menjalankan perniagaan berasaskan produk yang memastikan kelestarian alam atau perniagaan itu mengamalkan konsep kelestarian alam dalam operasi perniagaannya.
Matlamat keusahawanan hijau adalah untuk memanfaatkan sumber alam dalam perniagaan. Skop keusahawanan hijau juga sangat luas di mana ia merangkumi usaha mengurangkan pengangguran, jurang kemiskinann, isu alam sekitar dan perkara berkaitan kelestarian alam.
Konsep keusahawanan ini tidak semestinya menuntut supaya produk perniagaan itu perlu berlandaskan kelestarian alam seperti tanaman landskap, kitar semula mahupun produk makanan organik. Sebaliknya, sesuatu perniagaan masih boleh dikelaskan sebagai keusahawanan ini sekiranya mengamalkan konsep kelestarian alam dalam melaksanakan operasi pernigaannya.
2. Keusahawanan hijau dalam konteks perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
Terma keusahawanan hijau dilihat amat baharu, walaupun tanpa disedari, usahawan PKS sudah sedia terdedah secara tak langsung dengan konsep keusahawanan ini dalam perniagaan seperti tindakan memanfaatkan sisa buangan perniagaan.
Contohnya, bengkel kenderaan mempunyai tayar terbuang serta sisa minyak enjin, pusat tuisyen pula mempunyai sisa kertas yang bole h dikitar semula, manakala perniagaan hiasan dalaman mempunyai sisa kayu terbuang. Amalan penjimatan kos elektrik dan air juga asas dalam operasi harian di premis perniagaan.
Sebagai pemilik perniagaan, pendapatan tambahan boleh menjadikan motivasi. Contohnya apabila sisa seperti kertas, tayar, minyak dan kayu dapat dijual semula.
3. Kepimpinan dan keusahawanan hijau
Namum, dalam sesebuah perusahaan, bukan hanya pemilik perniagaan yang perlu memainkan peranan, sebaliknya seluruh warga kerja dalam organisasi itu perlu terbabit. Malah, bukan mudah membudayakan amalan ini jika pekerja sendiri tidak mempunyai kesedaran amalan hijau.
Kepimpinan dan keusahawanan hijau adalah konsep yang amat berkait rapat. Kepimpinan yang menggalakkan amalan keusahawanan hijau dapat menggerakkan komponen dalam masyarakat secara amnya dan dalam perniagaan secara khasnya untuk mematuhi amalan yang dianjurkan oleh pemimpin.
Menurut Pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UMK, Prof Dr Mohd Rafi Yaacob, tindakan itu cabaran besar untuk membentuk kesedaran keusahawanan hijau masih di tahap minimum.
Sehubungan itu, ekonomi perniagaan mampan perlu disertai kesedaran dalam aspek kelestarian alam. Pemilik PKS perlu sedar dan faham tentang impak tindakan mereka yang tidak mengamalkan keusahawanan hijau boleh menjejaskan kualiti hidup di masa akan datang.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, peranan melestarikan alam masih boleh disumbang pemilik PKS dengan amalan keusahawanan hijau dalam perniagaannya.
Mulai hari ini, jom kita sama-sama mengamalkan amalan baik terhadap kelestarian alam sekitar.
4 Comments
Salam tuan. Untuk makluman syarikat saya memang memasarkan tenology hijau uktuk syarikat telekomunikasi. Kami bercadand bukan saja dalam negara malah peringkat global bolih dipasarkan dengan sedilit bantuan serta teknik pemasaran. Insyaallah
Waalaikumussalam, terima kasih atas perkongsian tuan. Bagus tuan! Semoga dapat capai matlamat tuan.
Ingin tahu ttg kursus anjuran richwork
Terima kasih atas comment anda. Boleh layari https://binabisnesberjaya.com/ untuk pendaftaran segera. Semoga bermanfaat!