Kekuatan apakah yang mendorong kita untuk membentuk semua emosi, tindakan yang mempengaruhi kualiti hidup dan akhirnya menjadi takdir hidup kita?
Untuk menjawab persoalan ini, anda terlebih dahulu perlu mempelajari tentang keperluan manusia.
Keperluan setiap orang bukan sahaja di sebalik keputusan buruk yang telah dilakukan, sebaliknya tentang semua perkara hebat yang telah dicapai.
Memahami keperluan diri sendiri bukan sahaja membantu mengelak tabiat toksik, malah membantu capai matlamat anda.
Cara membangunkan keperluan penting manusia
Setiap manusia adalah unik dengan pengalaman dan emosi yang sepadan. Banyak keperluan kita dibangunkan sejak zaman kanak-kanak lagi apabila minda menyerap semua maklumat yang boleh sama ada maklumat positif atau negatif dan mewujudkan kepercayaan serta nilai dalam diri.
Kita boleh memilih untuk memenuhi keperluan dengan cara yang sihat serta membawa keseimbangan kepada kehidupan dengan keupayaan untuk memenuhi keperluan secara sama rata.
6 keperluan manusia
1. Kepastian
Jika kepastian adalah salah satu keperluan penting anda, anda perlu berasa selamat tentang masa depan. Anda sentiasa memerlukan kepastian untuk memastikan kesahihan sesuatu perkara.
Cara mengetahui kepastian adalah keperluan penting buat anda, anda adalah seorang yang boleh dipercayai dan sentiasa melakukan ada yang anda kata akan lakukan.
Anda juga suka merancang dan berkembang maju dengan jadual yang sangat teratur dan teragak-agak untuk mengambil risiko dalam hidup.
2. Kepelbagaian
Mereka yang mengalami perkara ini sebagai salah satu keperluan asas utama boleh membawanya kepada satu tahap yang melampau.
Mereka akan mengalami banyak perubahan dalam pekerjaan dan perhubungan demi kepelbagaian serta mengambil risiko yang tidak diperlukan demi mencapai kepuasan yang diimpikan.
Walaubagaimanapun, anda tidak akan takut untuk mengambil risiko untuk melakukan perkara atau bertemu dengan orang yang baru.
Cara mengetahui kepelbagaian adalah keperluan penting anda, anda biasanya bersikap mesra dan suka bertemu orang yang baharu. Sentiasa bersedia melakukan perkara yang baru dan mempunyai pelbagai minat.
Walaubagaimanapun, anda boleh menjadi tidak fokus dan kurang kemahiran merancang.
3. Menonjol
Anda ada keinginan untuk dilihat dan didengari atau secara ringkasnya anda mahu diberi perhatian.
Mengukur kepentingan dengan apa yang anda percaya menjadikan anda unik berbanding orang lain di sekeliling anda. Pengiktirafan akan membuatkan anda rasa dilihat, istimewa bahkan rasa diperlukan.
Cara mengetahui menonjok adalah keperluan penting, apabila anda sangat terdorong untuk berjaya dan suka menetapkan untuk mencapai matlamat.
Anda akan komited pada perkara yang diberi perhatian dan anda juga boleh menjadi terlalu kompetitif, perfectionist atau dramatik dalam satu-satu masa.
4. Hubungan/cinta
Orang ramai memerlukan kasih sayang yang membawa kepada perhubungan yang baik. Ia juga boleh menyebabkan anda mengorbankan keperluan diri untuk kebahagiaan orang lain.
Cara mengetahui hubungan atau cinta adalah keperluan penting, nilai diri anda adalah kesetiaan dan kebaikan dengan orang yang anda sayangi serta dianggap boleh dipercayai.
Anda mempunyai hubungan sosial yang kuat, dalam pada masa yang sama anda seorang yang sukar katakan ‘tidak’.
5. Pertumbuhan
Sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan belajar demi kemajuan. Sangat bertanggung jawab dalam pekerjaan tetapi cenderung menyelesaikan tugas dengan cepat kerana percaya bahawa anda akan mencapai apa yang anda inginkan.
Cara mengetahui pertumbuhan adalah keperluan penting, anda sangat berdikari dan tidak terikat dengan perkara yang berkaitan material.
Anda mungkin merasa sukar untuk berhubungan dengan orang lain dan bergerak terlalu pantas berbanding orang lain.
6. Sumbangan
Rahsia untuk hidup adalah dengan memberi. Jika anda mempunyai keperluan untuk menyumbang, anda mungkin bakal membuat perubahan besar di dalam komuniti.
Walau besar sumbangan anda, jangan lupa untuk bermula dari rumah. Sumbangan perlu bermula dari keluarga yang memerlukan terlebih dahulu, dan kemudian barulah fikirkan untuk memberi sumbangan kepada orang luar.
Cara mengetahui sumbangan adalah keperluan penting, anda akan seronok memberi dan sering berkongsi apa yang anda ada.
Dalam pada masa yang sama, orang akan suka mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang anda tonjolkan. Jadi, berhati-hati.
Kepentingan memenuhi 6 keperluan manusia
Bergantung pada keperluan asas manusia yang mana satu paling utama dalam keperibadian anda?
Sedar atau tidak, anda mungkin banyak menghabiskan masa untuk mencari satu atau dua keperluan ini. Dan jika anda tidak berjaya, ia boleh memberi kesan yang negatif kepada kesejahteraan anda.
Jelas dengan 6 keperluan manusia mempengaruhi keupayaan dalam hubungan anda dengan orang lain dan membangunkan hubungan yang sihat adalah penting untuk pemahaman anda tentang perkara yang mendorong anda.
Ia juga membantu anda untuk memahami dan bertanggungjawab ke atas emosi sendiri.