Kesilapan Ramai Usahawan Baru Lakukan

Kesilapan Ramai Usahawan Baru Lakukan

Perkara ini merupakan kesilapan yang dilakukan oleh ramai usahawan baru bermula berniaga. Elakkan melakukan kesilapan ini yang dilihat boleh sebenarnya menghalang pengalaman terbaik buat pelanggan anda malah perniagaan yang mapan.

Menurut Pengasas Bersama Mindvalley dan usahawan berjaya, Ajit Nawalkha, perkara tersebut merupakan kunci untuk mewujudkan ‘customer experience’ yang bagus.

“Apa yang berlaku bila kita mula sebagai seorang usahawan… dan saya tak mengatakan ini berlaky kepada semua orang sebab tak dapat samakan semua orang.

“Tapi kebanyakan yang berlaku jadi cabaran terbesar adalah duit dan pendorong terbesar menjadi duit,” jelasnya dalam satu temu bualan sebelum ini.

Duit ini boleh menjadi halangan dalam mewujudkan perniagaan yang mapan atau mampu bertahan malah halang wujud pengalaman pelanggan yang menakjubkan.

“Duit tak boleh menjadi anda punya pendorong utama. Pendorong utama anda adalah pengalaman klien…

“Atau perkara yang baik anda lakukan di dunia atau apa yang anda wujudkan di dunia. Jadikania pendorong utama,” katanya lagi.

Tips bagi usahawan wujudkan pengalaman pelanggan terbaik

Nawalkha memberitahu, jika anda ingin wujudkan pengalaman pelanggan terbaik dengan fahami klien-klien anda.

“Fahami di mana klien anda datang dari mana, fahami di mana klien anda mahu pergi dan wujudkan pengalamaan yang menarik buat mereka,” jelasnya lagi.

Apa lebih penting daripada untung buat usahawan baru?

Dalam dunia keusahawanan, soal hasil digunakan sebagai pengukur kepada perniagaan yang menguntungkan.

Bagaimanapun Mindvalley mengukur kejayaan mereka dengan ‘Net Promoter Score‘ (NPS). Ia mengukur tahap kesetiaan pelanggan-pelanggan berdasarkan satu soalan ini.

“Apakah kemungkinan untuk anda mencadangkan produk kami kepada kawan atau kenalan?

Mindvalley menyasarkan semua produknya mempunyai NPS yang sama atau lebih baik daripada iPhone.

Artikel terbaru

Leave a Reply