Kesilapan Ambil Gambar Produk

Kesilapan Ambil Gambar Produk

Pernah tak bila anda buka media sosial atau tengok banner, bunting dan flyers yang mempromosi barangan dengan gambar-gambar yang menarik sehingga anda terpikat untuk membelinya?

Bila anda berniaga barangan secara online atau offline, gambar produk merupakan satu aspek yang penting dalam memasarkan produk anda supaya orang kenal dan tahu barangan yang anda jual. Promosi perniagaan anda tidak lengkap tanpa gambar dan servis yang anda sediakan.

Tetapi anda harus ingat, gambar yang anda gunakan itu tidak semestinya semua betul. Kami ingin kongsikan dengan anda beberapa kesalahan mengambil gambar produk yang mungkin anda telah buat.

7 kesalahan perlu dielakkan ketika ambil gambar produk :

1. Jenis Kamera

Ini formula mudah, jenis kamera mempengaruhi kualiti gambar yang diambil. Semakin tinggi nilai sesebuah kamera, semakin tinggi kualiti gambar yang diambil.

Ada sesetengah gambar kelihatan cantik walaupun dirakamkan hanya dengan menggunakan kamera biasa, tapi ia masih tidak berbaloi kerana dalam pemasaran produk ianya perlukan banyak gambar yang cantik untuk dijadikan pilihan di dalam kempen pemasaran.

Anda boleh laburkan untuk dapatkan kamera yang bagus atau anda boleh upah jurukamera profesional untuk hasilkan gambar yang berkualiti.

2. Pelbagai Latar Warna

Untuk mendapatkan mutu gambar yang baik, peniaga perlu membuat sedikit pelaburan untuk rujukan bagi mendapatkan ilmu berkaitan seni reka atau fotografi bagi memudahkan anda menentukan hasil gambar mengikut citarasa sendiri.

Walaubagaimanapun, antara kesilapan yang sering dilakukan ketika menghasilkan gambar produk ialah pemilihan warna latar yang terlalu banyak.
Anda perlu ingat, produk anda yang harus difokuskan bukannya warna latar belakang yang terlalu menyerlah dan kelihatan mewah.

Disebabkan pengaruh citarasa peribadi, pemilihan warna yang tidak tepat akan merosakkan hasil gambar yang diinginkan. Anda juga boleh dapatkan khidmat nasihat dalam kalangan rakan-rakan dan ahli keluarga untuk bantu anda buat pilihan.

3. Tidak Menggunakan Model

Tidak semua produk sesuai untuk gunakan khidmat model. Model yang cantik tidak semestinya menjamin peningkatan jualan produk anda.

Tetapi kita perlu sedar bahawa penggunaan khidmat model boleh mencuri perhatian pelanggan kerana model mempunyai pengaruh mereka sendiri. Model perlulah sesuai dengan sasaran pelanggan.

4. Brightness & Contrast

Ini isu teknikal. Tapi anda perlu ada sedikit asas dalam bidang suntingan gambar. Gambar yang baik adalah gambar yang mempunyai kadar pencahayaan semula jadi yang boleh mengubah mood seseorang tanpa sebarang suntingan yang menjejaskan keaslian gambar berkenaan.

Banyak produk yang dijual pada hari ini hanya indah khabar dari rupa. Sebagai contoh, foto produk busana misalnya, ia kelihatan mewah, menawan dan cantik di dalam gambar.

Tapi, bila pelanggan terima barang pembelian, lain pula jadinya. Dengan potongan yang tidak kemas, kualiti kain yang tak best dan detail pada baju yang indah khabar dari rupa membuatkan pembeli rasa ditipu. Pastikan gambar yang anda ambil kelihatan semulajadi dan asli.

5. Saiz

Lazimnya, hanya dengan gunakan kamera beresolusi biasa, saiz ukuran sesebuah gambar yang diperoleh agak tinggi. Manakala, dengan kamera DSLR, foto yang terhasil mempunyai saiz ukuran standard iaitu 4608 x 3072 pixel.

Untuk memudahkan proses muat naik foto, anda perlu kecilkan ukuran saiz gambar kepadan ukuran bersaiz 800 x 600 pixel sahaja. Anda juga boleh gunakan teknik ‘crop’ bagi memotong sebahagian gambar produk anda untuk kurangkan saiz simpanan data.

6. Tidak Menggabungkan Gambar

Anda boleh juga menggabungkan beberapa keping gambar dalam satu gambar. Macam mana tu? Ada banyak applikasi yang boleh dimuat turun yang boleh bantu anda contohnya seperti PhotoGrid.

Gunakan sedikit kreativiti anda dengan merakamkan gambar dari sudut yang berbeza. Ini akan beri gambaran yang lebih jelas dan terperinci tentang kualiti sesebuah produk. Begitu juga dengan pemilihan warna.

Anda boleh gunakan khidmat model untuk gayakan produk anda dengan memberi gaya yang sama tetapi dengan pelbagai pilihan warna hanya melalui sekeping gambar sahaja. Bukankah ini satu pilihan yang bijak?

7. Tiada Watermark

Watermark ialah tanda hak milik foto-foto yang diambil oleh seseorang jurugambar. Penggunaan Watermark, dapat elakkan gambar yang diambil digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sekaligus dapat selamatkan perniagaan anda daripada menjadi mangsa fitnah oleh pesaing-pesaing.

Watermak juga menunjukkan anda seorang peniaga professional. Penggunaan Watermark di dalam gambar produk ia boleh meraih kepercayaan serta kesetiaan mereka kerana paparan gambar yang dikongsikan adalah milik anda dan bukan diambil dari gambar orang lain.

Artikel terbaru

Leave a Reply