Kerana Bosan Lepas Bersara, Lelaki Ini Berjaya Meraih Pendapatan $18 Juta Setahun

Kerana Bosan Lepas Bersara, Lelaki Ini Berjaya Meraih Pendapatan $18 Juta Setahun

Apabila Don Lanier bersara pada 2017, dia dan isterinya menetap di dalam sebuah RV (kenderaan rekreasi) dan berpindah dari California ke Indiana. Tetapi, kehidupan dalam sebuah RV adalah sejuk dan sempit. Oleh itu, mereka memutuskan untuk membina sebuah rumah. 

Bagi mendapatkan pinjaman pembinaan, bank mahu Lanier menunjukkan slip pendapatannya. Jadi, Lanier pun memutuskan untuk kembali bekerja dan memohon jawatan dalam bahagian jualan di Honest Abe Roofing.

Namun begitu, apabila eksekutif pengambilan pekerja menyedari latar belakang Lanier dalam jualan dan pembaikan rumah, dia fikir Lanier mungkin boleh melakukan lebih banyak lagi. Eksekutif itu kemudian membawa Lanier kepada pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Kevin Newton.

“Kami memberitahunya, dia boleh membuat bumbung dan mendapatkan bayarannya atau anda boleh meminta tukang atap bekerja untuk anda dan masih mendapatkan bayarannya,” kata Newton. 

Lanier kemudiannya memutuskan untuk memilih pilihan yang kedua. Pada tahun 2018, beliau menjadi pemegang francais pertama Honest Abe (sejak itu mereka telah berkembang ke 21 buah lokasi) dan telah mendapat pendapatan tertinggi sejak dari itu. 

Cawangannya yang bertempat di Evansville, Indiana berjaya mencecah jualan $10.2 juta menjelang akhir tahun 2022. Selain itu, mereka juga baru sahaja membuka cawangan bisnesnya yang kedua yang dikendalikan oleh anaknya di Louisville, Kentucky. Lanier menjangkakan syarikat ini bakal memperoleh jualan $18 juta buat kedua-dua lokasi menjelang akhir 2023.

Di sini, dia berkongsi tiga strategi terasnya untuk berjaya.

  1. Promosi iklan di televisyen tempatan

Iklan dalam talian, promosi jualan dan papan iklan adalah bagus, kata Lanier. Tetapi, iklan TV tempatan menjadikannya dengan lebih baik. 

“Anda sudah berada di langkah kedua corong jualan dengan mengangkat telefon dan menghubungi saya. Itu berbeza daripada mengklik pada sesuatu,” jelasnya.

2. Berikan insentif kepada jurujual anda

Lanier mencari orang yang berdaya saing untuk jabatan jualannya dan kemudian mencipta pertandingan bulanan, suku tahunan dan tahunan untuk mereka. 

Sebagai contoh, jualan $300,000 bersamaan dengan sebuah plak di dinding. 

“Jika seseorang mendapatnya, orang lain akan berasa tercabar melihatnya,” katanya. 

Apabila angka jualan meningkat, semakin besar plak yang akan digantung. Bagi jurujual yang mencipta rekod sepanjang masa, Lanier mempunyai tali pinggang gaya pejuang yang direka khas buat mereka.

3. Menghormati dan mengambil berat terhadap pekerja

Lanier membina kesetiaan pasukannya dengan menjaga mereka. Contohnya, apabila kerja pengurus pejabatnya merosot, dia bercakap dengannya  dan mendapat tahu bahawa datuknya baru sahaja meninggal dunia.

“Saya memberitahunya untuk mengambil masa empat atau lima hari cuti tanpa pemotongan gaji supaya dia boleh pergi dan mendapatkan ketenangan,” katanya. 

“Anda perlu memberi masa kepada orang ramai untuk membetulkannya sebelum anda melepaskannya. Kehidupan peribadi anda akan menjejaskan kehidupan kerja anda jika ia tidak teratur,” jelasnya.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply