Kepentingan Unique Selling Proposition Anda

Kepentingan Unique Selling Proposition Anda

Berniaga memang banyak persaingan. Tapi bagaimana nak jadikan perniagaan anda lebih unik dan lebih menonjol daripada pesaing-pesaing? Di sinilah hadirnya Unique Selling Proposition (USP) yang penting bagi bisnes anda dapat berkembang.

Sehubungan itu, anda perlu tahu dan kenal pasti apakah keunikan ataupun perbezaan yang diberikan oleh bisnes anda kepada para pelanggan.

Berhenti sebentar dan cuba kenal pasti dan senaraikan apakah Unique Selling Proposition (USP) yang ada supaya ia dapat dijadikan bahan marketing mahupun kelebihan buat anda.

10 aspek jadikan bisnes anda unik aka Unique Selling Proposition

  1. Kita boleh jadi unik dari segi harga. Jangan lawan harga tapi jadikan produk kita unik. Fikirkan tentang nilai yang lebih tinggi yang kita boleh berikan kepada pelanggan.
  2. Perkhidmatan yang diberikan atau pengalaman ketika berurus niaga. Berikan perkhidmatan yang lebih baik. Boleh adakan feedback form dan tanya berapa markah yang mereka boleh berikan untuk perkhidmatan kita. Daripada maklum balas kita boleh perbaiki perniagaan.
  3. Penyampaian iaitu memberikan perkhidmatan sebaik mungkin. Yang mungkin pesaing tak buat. Berikan pengalaman terbaik kepada pelanggan.
  4. Ketahanan. Contoh, produk yang tahan lebih lama atau yang boleh digunakan dalam jangka masa lama.
  5. Eksklusiviti. Berikan pengalaman eksklusif menggunakan produk anda atau berurusan dengan anda.
  6. Convenience iaitu kemudahan untuk dapat produk atau perkhidmatan. Lagi senang pelanggan atau prospek dapat produk anda, lagi mudah untuk anda berniaga.
  7. Availability. Mudah dan tersedia ada. Contoh untuk dapatkan kereta warna merah, dah ada stok dan tak perlu tunggu lama.
  8. Warranty. Jaminan atau gerenti yang diberikan kepada pelanggan. Boleh jual jaminan contoh : untuk 1 tahun pertama percuma tapi untuk waranti 3 tahun kena bayar.
  9. Kakitangan yang berkemahiran dan penampilan yang baik. Juga sistem yang baik. Sistem yang tidak bermasalah.
  10. Berikan manfaat atau kelebihan produk dan result. Berikan pengalaman yang hebat setelah menggunakan produk atau perkhidmatan. Contoh selepas menggunakan produk atau perkhidmatan pelanggan akan dapat transformasi hidup kepada lebih baik.

Artikel terbaru

Leave a Reply