Kepentingan Emel Signature Buat Usahawan. 7 Manfaat Buat Anda

Kepentingan Emel Signature Buat Usahawan. 7 Manfaat Buat Anda

Emel signature? Anda pernah dengar tak apa tu emel signature?

Perasan tak, bila anda hantar emel atau dapat emel dari seseorang, akan ada di sudut paling bawah emel tersebut, terpapar nama, jawatan dan nombor telefon. Itu la orang panggil email signatures.

Anda, usahawan dan bakal usahawan yang berjaya juga boleh buat emel signature ni. Dengan email signature, anda akan lebih nampak professional bila berurusan dengan pelanggan dan bakal pelanggan anda.

Apa pula kelebihan email signatures ni?

1. Nampak lebih professional

Dengan meletakkan emel signature dalam setiap emel ketika berurusan dengan pelanggan, anda akan nampak lebih professional dalam melakukan kerja. Ini juga yang akan membezakan antara emel kerja dengan emel biasa.

2. Sebagai alat promosi

Email signature juga boleh dijadikan sebagai alat untuk memasarkan produk atau bisnes anda. Contohnya, selepas anda masukkan nama dan nombor telefon, anda akan letak jawatan anda. Jadi, dibahagian jawatan tu, anda boleh letak sebagai contoh “Pengasas Produk U”. Jadi, orang akan tahu yang anda ni usahawan dan pengasas kepada produk yang tertera di emel.

3. Alat komunikasi

Ia juga boleh dijadikan sebagai alat komunikasi antara anda dan pelanggan. Ia merupakan jalan terpantas untuk anda perkenalkan bisnes anda kepada para pelanggan terutama yang baru sahaja menggunakan produk anda.

4. Konten email signature

Konten emel signature tidak pernah ditetapkan peraturan yang khusus. Ia terpulang kepada anda untuk mengolah emel anda. Antara maklumat yang anda perlu masukkan untuk buatkan pelanggan kenal dengan anda adalah nama, nombor telefon dan jawatan anda. Anda juga boleh masukkan logo bisnes atau produk atau promosi yang sedang anda lakukan.

5. Kad bisnes moden

Email signature juga dianggap sebagai kad bisnes moden kerana anda tak perlu lagi nak beri kepada pelanggan secara bersemuka. Melalui database pelanggan, anda boleh blast emel yang mengandungi email signature.

6. Mudah dicipta

Nak buat email signature ni bukan susah kerana anda hanya perlu pergi ke tetapan emel anda. Di situ, anda boleh edit sendiri email signature seperti yang anda mahukan. Jika anda masih lagi tak faham, anda boleh lihat tutorial di YouTube atau di website.

7. Boleh link ke media sosial

Dengan menggunakan email signature, pelanggan dan bakal pelanggan juga boleh berhubung secara terus ke media sosial atau website rasmi anda. Cara ini boleh meningkatkan keberkesanan pemasaran anda dengan menambah link media sosial. Anda boleh pilih nak gunakan ‘link’ media sosial mana yang boleh meningkatkan sales anda.

Ini adalah antara teknik marketing yang anda boleh guna dalam bisnes anda. Semoga dengan perkongsian ini, anda boleh meningkatkan lagi sales bisnes anda seperti yang anda impikan.

Artikel terbaru

Leave a Reply