Kepentingan e-Dagang. Apa Perlu Anda Tahu?

e-Dagang usahawan

Pernah tak anda beli gajet atau pakaian dengan menggunakan aplikasi seperti Lazada atau Amazon.com?

Bila anda beli, anda bayar terus menggunakan account merchants seperti online banking, PAY PAL, atau VISA. Dan anda perlu tunggu je barangan tersebut sampai ke tangan anda mengikut tempoh penghantaran yang telah ditetapkan.

e-Dagang termasuk mobile commerce ini sangat sesuai digunakan bagi orang yang bekerja dan tak ada masa nak keluar untuk shopping. Betul ke betul?

Kepentingan e-dagang buat usahawan:

  1. Maksud e-dagang?

Perdagangan mudah alih yang menggunakan smartphone, tablet, laptop, atau PDA. Tak kira di mana anda berada, anda masih lagi dapat menggunakan alatan tersebut untuk membuat transaksi perniagaan online yang melibatkan aktiviti jual beli dengan menggunakan platform yang ada.

e-Dagang membuka peluang untuk memberi layanan baru bagi customer yang sedia ada, dan untuk menarik customer baru.

  1. Akses Pembelian Yang Mudah

Apabila anda menggunakan e-dagang ini, anda dah tak perlu fikirkan masa yang sesuai untuk keluar rumah, bersesak atas jalan raya, nak fikirkan tol dan minyak, dan tak perlu nak fikir banyak kali untuk buat satu-satu keputusan.

Ini kerana, anda buka je website yang anda mahukan, pilih barang yang anda nak ke dalam shopping carts dan terus buat pembayaran secara online dengan menggunakan banking account yang anda ada. Senang ke senang?

  1. Sediakan Semua Dalam Satu Website

Kalau anda nak menarik pelanggan berurusan dengan anda, anda juga boleh sediakan website yang menyediakan pelbagai produk yang boleh memenuhi permintaan pelanggan anda.

Contohnya anda bina website perniagaan untuk pakaian lelaki dan wanita. Anda bukan sahaja boleh jual pakaian, tapi boleh jual pakaian kanak-kanak, kasut, aksesori seperti beg, tali pinggan, tali leher, jam dan sebagainya.

Jadi, pelanggan dah tak perlu nak buka website lain lagi untuk dapatkan produk yang mereka mahukan kerana anda sudah menyediakan semuanya di website anda.

  1. Menarik Pelanggan Baru

Antara salah satu kelebihan mobile commerce ni, ia dapat menarik pelanggan baru dengan sistem jual beli yang mudah dan efektif.

Sebuah website tidak hanya bergantung pada pelanggan semasa, tetapi mereka harus menarik seberapa ramai pelanggan baru untuk berkunjung dan membeli produk mereka. Pelanggan akan cari produk yang mereka mahukan dengan hanya mengGoogle di website tak kiralah guna smartphone atau tablet.

Sekiranya bisnes anda dengan menggunakan mobile commerce ni dapat menarik perhatian pelanggan baru, semakin tinggi peluang anda untuk mendapat lebih banyak peluang dalam perniagaan.

  1. Bina Saluran Pemasaran Yang Baru

Berniaga dengan menggunakan mobile commerce ni juga dapat mewujudkan saluran pemasaran yang baru.

Contohnya, pernah tak time anda main game, tiba-tiba keluar pop up iklan yang meminta anda install aplikasi tersebut? Sebelum anda nak install, anda akan buka dulu link tersebut untuk tahu kandungannya, betul ke betul?
Sekiranya anda berkenan dengan apa yang ditawarkan, anda akan install dan gunanya untuk kehidupan anda.

  1. Membantu Jualan Runcit Anda

Lagi bagus kalau anda ada kedai yang menyimpan semua produk perniagaan online anda. Ini kerana, mobile commerce boleh membantu jualan anda di kedai.

Cuba anda fikir, apa akan jadi bila kedai anda ada semua produk yang anda pamerkan di website anda? Lagi mudah untuk pekerja anda mengira stok produk dan mengemaskini maklumat secara manual.

Antara sebab pelanggan suka membeli secara online kerana, mereka akan perolehi apa yang mereka perlukan.

Dan jika mereka rasa tak puas hati dengan pembelian online, mereka boleh datang sendiri ke kedai anda untuk dapatkannya secara terus tanpa perlu tunggu posmen datang ke rumah.

  1. Kembangkan Pasaran Bisnes

Perasan tak, pengguna sekarang lebih cenderung untuk membuat pembelian dengan menggunakan smartphone.

Bila anda buka smartphone, anda boleh buat pembelian secara terus. Boleh dikatakan setiap hari, pasti ada bakal pelanggan yang melawat laman web untuk meninjau produk yang ditawarkan oleh peniaga.

Mereka juga berkemungkinan akan menjadi pelanggan anda yang baru. Bila mereka dah buat pembelian dengan anda dan berpuas hati dengan servis yang anda bekalkan, pasti mereka akan rekomen kepada orang-orang yang terdekat dengan mereka.

  1. Bisnes Yang Menguntungkan

Sebuah syarikat yang melakukan perniagaan menggunakan internet akan mengurangkan bayaran tambahan kerana kos tersebut tidak digunakan untuk kos bangunan dan perkhidmatan pelanggan.

Jika nak dibandingkan dengan jenis perniagaan tradisional, perniagaan mudah alih ini merupakan salah satu perniagaan yang mendatangkan keuntungan yang besar kepada syarikat dan perniagaan.

  1. Hanya Memerlukan Data Internet

Berniaga dengan menggunakan mobile commerce, smartphone anda hanya perlu disambungkan dengan data internet atau Wi-Fi supaya anda boleh buat pembelian secara online.

Apabila ia sudah disambungkan dengan data internet, anda juga boleh buat pembelian dengan peniaga di luar negara.

Anda tidak perlu log masuk ke website peniaga tersebut kerana anda sudah install aplikasi tersebut di telefon anda. Jadi anda hanya menggunakan internet untuk melayari dan memilih perkhidmatan yang sedia ada.

  1. Kemudahan Pembayaran

Bila anda menggunakan e-dagang atau mobile commerce, bayaran boleh dipindahkan lebih mudah dan lebih selamat berbanding urusan jual beli biasa.

Ini kerana, anda tak perlu lagi pergi ke bank untuk mengeluarkan duit dengan tujuan nak membeli-belah. Disebabkan perkembangan teknologi yang cepat, mobile commerce juga menyokong hampir semua kaedah pembayaran yang popular untuk pelanggan dan untuk membayar bil-bil secara elektronik. Ia juga dapat menyelesaikan urus niaga yang rumit.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply